Bila sebut penapis air berjenama, saya pasti ramai yang akan senaraikan jenama C. Malah, saya sangat percaya, ada di antara anda merupakan pengguna kepada penapis air jenama terkenal di Malaysia ini.

Ada dua jenama besar penapis air di Malaysia yang saling bersaing. Uniknya keduanya bermula dengan huruf C. Membezakan dua jenama ini adalah dari soal harga perlu dibayar setiap bulan, kos penyelenggaraan dan juga 'khasiat' setiap liter air yang ditapis.

Beli Penapis Air Harga Murah Pun Berbaloi

Beli Penapis Air Harga Murah Alternatif Berjenama Terkenal
Jika anda seorang yang sangat teliti dan sangat pentingkan wang yang perlu dikeluarkan untuk air bertapis, tentu sedar bahawa anda perlu berfikir panjang untuk memiliki penapis air berjenama ini. Ini adalah kerana harga penapis air bagi kedua-dua jenama ini bukanlah murah.

Ya, bukanlah murah. Setiap kali saya mendengar penjelasan mengenai harga penapis air dua jenama ini, ia tetap akan membuatkan saya telan air liur walau apa jua harga promosi disertakan.

Saya secara jujurnya memang tak mampulah nak beli penapis air sebegitu mahal, sehingga mencecah RM3 ribu hingga RM5 ribu seunit.

Saya kekal fikir ianya mahal, walaupun hanya bayar secara bulanan serendah RM60.

Penapis Harga Mahal Lebih Baik?

Memang ada yang mengatakan dan mendakwa penapis-penapis air berharga mahal ini mampu meningkatkan kualiti air yang kita minum dan gunakan setiap hari. Tetapi bukan semua orang punyai wang untuk dibayar hanya untuk miliki mesin penapis air.

Kalau ikut pada tawaran dan promosi, sekali pandang memang macam menarik je. Tapi kenalah fikir tanpa kotak, kena fikir samada mesin penapis air benar-benar diperlukan atau sekadar memenuhi gaya hidup masakini.

Kesan dan akibat kena fikir. Kos jangka panjang juga kena fikir - bukan setakat libatkan wang ringgit. Betul tak?

Semurah-murah plan pembayaran yang ditawarkan, adalah mustahil ia tidak menguntungkan kepada pengeluar jenama penapis air. Nama pun bisnes kan .. mesti akan kaut untung.

Aha .. nak nak lagi, bila ia menggunakan agen untuk memasar dan menjual. Ada sistem komisen.

Pengalaman sayalah, kalau dah ada sistem komisen ini, harga sebenar mungkin adalah jauh lebih rendah. Dan saya boleh katakan secara umum, benda-benda yang dijual dengan teknik memberikan komisen kepada agen selalunya over-price...hehe... jangan marah ye para agen jenama C.


Tapi ini Malaysia.

Alhamdulillah, kita ada banyak alternatif untuk mendapatkan set penapis air berkualiti pada harga rendah.. tak adalah sampai kena bayar sampai RM5,000 .... RM7,000 ... aha.. itupun belum tentu leh dapat barang tu jadi milik kita.

Kebiasaan, promosi penapis air akan sebut bayar RM60 sebulan... RM70 sebulan .. RM110 sebulan, tapi tak dinyatakan dengan jelas untuk tempoh berapa lama atau berapa tahun. Betul tak?

Bila kira-kira balik tambah dan darab .. uhh ...

Tu yang jadi sampai jumlah bayar sewa boleh cecah sampai RM5,000 hingga RM7,000 satu set. Bayar lewat lak nanti kena denda. Tak bayar lak nanti, uhh silap-silap penapis air kena pulangkan balik.

Ada banyak jenis penapis air, ada yang jenis penapis air bertangki dan ada pula penapis air tanpa tangki. Harga setiapnya berbeza.

Agen jualan memang akan cuba sehabis baik untuk mempromosi, ini adalah kerana mereka perlu capai target jualan tertentu yang ditetapkan kalau nak rasa pendapatan yang selesa.

Lepas tu, ia ada sistem agen rekrut agen yang menjadikan harga setiap set penapis air itu melampau tinggi ... ala macam produk MLM jugak.. keh keh keh ....

Jadi, memang kena fikir panjang-panjang dan lihat kemampuan kewangan.

Sebenarnya sistem penapis air ini harganya tidaklah mahal, tetapi bila dah dilabel dan diberikan jenama, lepas tu ada sistem jualan tertentu, benda itulah yang menjadikan ia mahal. Mahal weihhh sedangkan ada penapis air guna sistem penapisan yang sama, boleh dapat dengan harga set jauh lebih murah dan mampu milik (benar-benar mampu).

Alternatif tetap ada.

Penapis Air Jenama Alternatif, Harga Lebih Murah

Ada penapis air alternatif, bayar bawah RM2,000 dah boleh dapat terus pasang percuma di rumah. Servis penyelenggaraan pun percuma. Cuma kena bayar filter jika ianya perlu ditukar, itupun selepas ianya diservis dalam tempoh 2-4 bulan selepas penggunaan pertama.

Kalau tak perlu tukar, maka tak perlu bayar apa-apa kos penggantian filter.

Malah, ada jenama yang tak berapa popular yang sediakan 'pakej kelebihan' hampir serupa dengan harga jauh lebih murah. Tiada kos pemasangan dikenakan, begitu juga kos pendaftaran.

Kos daftar?

Hmm ... nak pakai filter air di rumah pun nak kena daftar ke? Daftar kena bayar? Ehh macam guna stesen tv satelit la pulak kan?

Pembayaran cara ansuran pun ada ditawarkan. Bukan sewa bulan-bulan, tetapi dimiliki secara kekal tanpa ada syarat-syarat lain yang perlu dipenuhi.

Saya tak larang anda nak beli dan pakai penapis air apa-apa jenama pun, baik  jenama C atau jenama T, atau B atau D atau apa sahajalah.

Ada duit, berkemampuan nak bayar ribu-ribu, maka pakailah. Tak ada duit, jangan paksa diri. Banyak lagi sumber berkhasiat untuk tubuh badan yang boleh anda dapat selain daripada air bertapis dari jenama-jenama penapis air ini.

Saya tak nafi.


Banyak Kelebihan Gunakan Sistem Penapis Air di Rumah

Memang ada banyak kebaikan menggunakan penapis air berkualiti ini. Walaupun air yang masuk ke rumah kita adalah merupakan air terawat, namun ia masih lagi terdedah kepada banyak bahaya .. kerana perjalanan air terawat dari loji untuk sampai ke rumah kita adalah panjang.

Di Malaysia, dah macam-macam teknologi penapis air telah diperkenalkan.

Antaranya ialah:

  • Teknologi nano 
  • Osmosis terbalik
  • Slow sand filter
  • Distillation Water
  • Penapisan Ultra-violet (UV)
  • Pengionan air
  • Penapisan fiber
  • Penapisan menggunakan seramik
  • Activate Carbon/Charcoal Filter
  • Solid Block Activated Filter
  • Penapisan menggunakan ozon


Setiap satu teknologi penapisan air ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Malah, setiap sistem berbeza besar dari segi kos pemasangan dan kos selenggara. Biasanya teknologi terkini akan menelan kos yang tinggi bila diguna-pakai.

Yang penting, air yang keluar dan digunakan mestilah bersih dan selamat digunakan. Siapa yang tak mahu bekalan air bersih tanpa had kan?

Dalam memilih penapis air yang bagus untuk kegunaan harian terutama untuk diminum, maka kenalah lihat setiap satu kebaikan dan kekurangan sistem penapisan air ini. Kalau nak mandi air bertapis, uhhh ... memang melampaulah .. haha walaupun ada dinyatakan 1000 kebaikannya.

Fikir nak guna untuk apa, boleh gunakan berapa lama, kos sampingan terbabit dan banyak lagi.

Orang zaman dulu, tak pakai pun air yang dok tapis-tapis ni. Ambil dari telaga terbuka, pastu .. kalau nak minum, masak air tu sehingga mendidih.

Kan?

Guna Sistem Penapis Air di Rumah Bukan Jenama Terkenal

Saya kat rumah memang ada menggunakan sistem penapis air. Saya tak gunakan jenama terkenal macam jenama C. Saya bukan golongan orang yang sentiasa berduit berkepok. Ada masa, kena hadap ikan masin atau telur untuk hidangan makan tengahari.
Sebelum ini, isteri saya gunakan sistem penapis air jenama T. Kecil molek je penapis air ini. Ia ada 6 botol pelbagai penapis yang setiap satunya ada ciri khas untuk tapisan tertentu. Ia beroperasi gunakan bateri untuk proses pengionan kalau tak silap.

Selepas beberapa tahun gunakan sistem tu, ia dah tak dapat berfungsi dengan baik.

Lalu isteri saya telah mendapatkan penapis air baharu yang ada ciri air sejuk dan air panas. Air sejuk ni macam air disimpan dalam peti ais, dan air panas pula adalah air yang boleh dibuat bancuhan secawan kopi atau teh.

Kalau nak minum seteko air teh, aha .. tu tak boleh tidak kenalah jerang air atas dapur gunakan cerek.

Harga murah je. Mampu bayar.

Fungsi lebih kurang sama je dengan jenama-jenama terkenal penapis air. Boleh je cari dan beli penapis air jenama alternatif andai tak mampu nak pakai jenama penapis air popular macam jenama C.

Mesti jadi pengguna bijak.

Yang penting, kalau nak beli jenama-jenama penapis air yang harganya ribu-riban ni .. pastikan beli dari seorang yang kita kenal supaya urusan selepas jualan (after-sale) berjalan lancar dan mudah. Nak kawtim kalau terlewat bayar ansuran atau tak dapat nak bayar bulan tu pun nanti senang .. ekekeke .... :P

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. boleh share jenama penapis air tu? emel ke mrzakariamamat@hotmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenama Sanji .. tak ada dijual kat kedai .. ni direct selling yang dah hilang ejen dia ...

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement