RinggitPlus Banner

Rezeki Gambar Cikgu Cantik Malaysia Tular di Internet

AI Trade
Cikgu cantik Malaysia. Setiap tahun, pasti akan viral beberapa gambar guru cantik, comel, lawa, menawan persis model tatkala awal persekolahan bermula. Di saat inilah, hampir kesemua ibu bapa anak-anak terutama di tahun satu akan berada di sekolah, dan di saat itulah juga ibu terutama bapa anak sekolah ini akan tersedar wujudnya guru atau cikgu cantik yang mengajar di sekolah.

Disebabkan viralnya gambar cikgu-cikgu cantik ini, ia mengundang pelbagai reaksi netizen, dan pada masa yang sama juga, pintu rezeki untuk mereka juga bertambah. Ada yang menjadi pelakon, ada yang mengikat kontrak sebagai penyanyi, dan tidak kurang juga yang menjadi model sambilan. Paling menarik, ada antara cikgu cantik ini mengambil kesempatan atas populariti mendadak dengan mewujudkan produk sendiri.

Cikgu Cantik Malaysia Viral di Internet

Cikgu Cantik Malaysia Viral di Internet
Ya, kadangkala internet agak kejam terhadap seseorang, terutama yang menerima tempias menjadi viral atau tular di media sosial. Untung menjadi seorang cikgu cantik, agak mudah mendapat perhatian .. baik di kalangan murid dan pelajar mahupun di kalangan ibu bapa. Untung menjadi seorang cikgu cantik, senang nak promosikan produk samada jenama sendiri atau orang lain.

Saya suka dengan beberapa cikgu atau guru yang telah menjadikan populariti mendadak mereka untuk memajukan diri sendiri. Tiada salahnya menggunakan kelebihan sebagai seorang cikgu cantik untuk peroleh peluang yang lain, ye tak? Anggap sahaja itu rezeki. Lain orang, mungkin lain pula kelebihannya.

Cikgu Jash Jafri

Cikgu cantik ini lebih dikenali sebagai seorang ustazah. Kalau dilihat gambar-gambarnya yang ada di instagram miliknya, memang tak ramai menyangka bahawa Cikgu Jash Jafri adalah seorang ustazah. Gambar cikgu cantik ini menjadi viral atau tular apabila beliau muncul dengan berpakaian sekolah semasa sambutan Hari Guru di sekolahnya .. uhh serius dah macam anak murid je dah. Cikgu Jash Jafri sudah berkahwin dan kini banyak ambil peluang dalam modeling selain membuat servis paid review di instagramnya. - https://www.instagram.com/jash_jafri/

Cikgu cantik Malaysia
Cikgu cantik Malaysia
[post_ads]
Cikgu cantik Malaysia

Cikgu Mastura

Rakan blogger saya ini juga seorang cikgu yang cantik. Cikgu Mastura namanya. Boleh dikatakan banyak juga menerima tawaran untuk kerjasama mempromosikan produk orang samada menerusi instagram mahupun blognya. Boleh follow instagramnya di sini - https://www.instagram.com/_masturarara

Guru cantik Malaysia
Guru cantik Malaysia

Cikgu Shasha Nordin

Salah seorang cikgu cantik yang sudah ada jenama skincare sendiri. Selain bergelar guru, Cikgu Shasha juga adalah pemilik kepada RizzSkin, produk berkaitan kecantikan kulit, lebih tepat kecantikan kulit tubuh. Aha .. jika nak memiliki kecantikan sepertinya, bolehlah follow instagram di sini - https://www.instagram.com/shashanrdn/

Guru cantik Malaysia
Guru cantik Malaysia
Guru cantik Malaysia
Guru cantik Malaysia
[post_ads_2]

Cikgu Ameera

Cikgu Ameera atau Cikgu Meera menjadi perhatian ramai apabila guru dari Kodiang ini mempunyai suara yang sedap, dan menjadi viral di aplikasi Smule. Cikgu muzik ini bakal keluar dengan single pertama Oh Sayangku tidak lama lagi, hasil ciptaan komposer terkenal Eddie Hamid.  Cikgu Ameera juga dikenali dengan jolokan Cikgu Viral.

Guru cantik Malaysia
Guru cantik Malaysia
Guru cantik Malaysia

Cikgu Dayang

Pernah tular dan menjadi sebutan ramai netizen. Cikgu Dayang kini sudah mendirikan rumahtangga, dan sekarang sudah ada jenama sendiri iaitu DAYG. Boleh follow instagram di SINI.

Guru cantik Malaysia
Guru cantik Malaysia
Mudahnya Jadi Owner Produk
Guru cantik Malaysia

Ada yang dengki dan hasad ke dengan apa yang cikgu-cikgu cantik ni dapat daripada netizen yang 'prihatin'? Tak perlu .. tak perlu dengki. Seperti saya katakan tadi, itu rezeki mereka. Dan kebanyakkan cikgu-cikgu cantik ini sudah pun berpunya atau berkahwin serta beranak-pinak. Doakan kebaikan untuk mereka sudahlah ye.

Mahu menjadi seorang owner produk? Mahu jadi usahawan online berjaya? Boleh dapatkan panduan ini - Buku Lali



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

5 Comments

  1. wow! Tak lama lagi cikgu-cikgu hensem ala-ala Fattah Amin bakal muncul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada .. cikgu PJ yang badan sado tu .. tular juga

      Delete
  2. tapi tu la. ramai yang cantik cantik ni dah berpunya plak..hahaa

    ReplyDelete
  3. Tak silap saya dulu ada viral cikgu cantik dpt surat drp bapa murid dia dh jd pelakon. Puteri Aisyah kalau tak silap saya yang berlakon drama lelaki itu pemilik hatiku

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.