Syok Makan Buah Durian Segar di Farm Stay Relau, Bandar Baharu

Borong Online dari China
Relau, Bandar Baharu. Pekan kecil yang terletak di dalam daerah Bandar Baharu/Kulim ni tak jauh dari tempat saya, iaitu di Nibong Tebal/Parit Buntar. Ia merupakan satu tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis durian tempatan yang berkualiti terbaik. Salah satu tempat yang boleh anda pergi ialah Farm Stay Relau.

Makan Buah Durian Segar di Farm Stay Relau, Bandar Baharu

Durian FarmStay Relau Bandar Baharu

Farm Stay Relau ni dah lama ada. Ia berdekatan dengan Kem PLKN Sri Impian. Di Farm Stay Relau, anda boleh menikmati buah durian dari pokok yang berusia lebih 50 tahun. Kata orang lama, andai nak rasa nikmat makan buah durian, carilah dari pokok yang dah berusia.

Hari minggu ketika musim buah durian sedang rancak, saya dan keluarga telah berkesempatan untuk pergi ke Farm Stay Relau ni.

Itupun selepas isteri saya beria-ria mengajak saya untuk pergi. Isteri saya memang hantu durian, sama dengan anak perempuan saya, si Maira. Rasanya dah berpuluh kilo kot isteri saya borong buah durian ni dari merata tempat...huhu.. yang sekarang ni semuanya dijadikan durian frozen.

Ramai Kata Buah Durian Relau Sedap ..

Sebelum kami ke Farm Stay Relau ni, dah ada beberapa kawan dan kenalan yang pergi ke tempat ni. Kata mereka, durian di situ sedap dan boleh makan dengan puas, sebab kalau ada busuk atau rosak, boleh tukar segera.

Bila dah dengar cerita kawan-kawan, uhh apalagi .. hati meronta nak pergi dan rasai pengalaman sendiri. Isteri sayalah paling teruja .. hehehe...

Mencari Lokasi Lubuk Durian Farm Stay Relau

Jauh ke? Mana lokasi?

Perjalanan dari tempat saya ke Farm Stay Relau ni, lebih kurang sejam jugalah.

Masa yang agak lama diambil sebab ia melalui jalan kampung. Mana boleh bawa kenderaan laju-laju. Silap-silap terlanggar kambing atau lembu, silap haribulan, boleh kena sodok dengan babi hutan .. haha.

Bila dah sampai ke pekan Relau, dah boleh tahu tempat lokasi Farm Stay ini, sebab di kalangan penduduk kampung ia merupakan tempat untuk 'melonggok' segala hasil dusun. Ia memang jadi tumpuan ramai.

Dari jalanraya utama nak masuk ke Farm Stay ini, lebih kurang 1km juga. Kena melalui jalan yang agak sempit tetapi berturap. Ada papan tanda arah kecil yang menunjukkan ke tempat dituju.

Bila sampai sahaja ke Farm Stay .. masha Allah .. besar betul tempatnya.
Dusun Durian FarmStay Relau Bandar Baharu
Ada beberapa rumah untuk penginapan, dikelilingi oleh deretan pokok buah-buahan termasuklah pokok buah durian yang tinggi melampai di lereng bukit.

Sampai sahaja, terus disambut oleh owner Farm Stay ni. Uhh Encik Abd Razak ni memang peramah. Belum tanya apa-apa, beliau dah berikan segala jawapan yang diinginkan. Memang bestlah Encik Razak ni .. boleh buat sembang .. hehe.

Kalau ikutkan Relau ni memang dah lama terkenal sejak 30 tahun dahulu sebagai lubuk buah-buahan tempatan terutama buah durian di belah utara ni. Malah, beberapa kenalan saya, pensyarah USM pun ada memiliki beberapa dusun buah-buahan di sini.

Bukan setakat buah durian, di sini boleh dapat buah manggis, buah rambutan, dan juga langsat.

Buah Durian Akhir Musim

Ketika kami di Farm Stay ini, buah durian sudah di akhir musim. Jadi, tak banyak pilihan... namun masih boleh merasa variati buah durian yang ada. Nasib baik Farm Stay ini ada dusun durian sendiri lebih 40 ekar .... huhu .. dengan pelbagai jenis durian berkualiti terbaik, jadinya tak adalah kecewa sangat.
Buah durian kualiti terbaik


Durian kahwin kualiti terbaik di Farm Stay Relau
Kami beli buah durian kahwin dengan harga RM8 sekilogram. Dua biji. Tak nak beli banyak sebab kami sebenarnya dalam perjalanan untuk pulang ke Batu Gajah, Perak. Kami terus makan di situ.

Buah manggis dan rambutan kami borong sedikit untuk dibawa balik.

[Baca] 12 Fakta Mengenai Durian dan Cara Menikmatinya Dengan Betul

Syok Makan Buah Durian Segar

Syok ooo .... Sambil makan buah durian yang dibeli, owner Farm Stay jamukan kami sekali dengan buah manggis dan rambutan .. aha .. ini free-of-charge. Siap anak saya tambah lagi ambil dari bakul buah yang tersedia. Walaweihhh .. tak ke syok berganda tu .. huhu.
Buah durian tempatan kualiti terbaik Farm Stay Relau
Farm Stay Relau, Bandar Baharu, Kedah
Walaupun buah tak berapa banyak, tapi sakan juga owner jamu percuma buah-buah yang masih ada.

Owner Farm Stay ini, iaitu Encik Abd Razak memang seorang yang pemurah, tak lokek menjamu pelanggan dengan pelbagai jenis buah-buahan yang ada. Tak perlu bayar .. hanya bayar apa yang ingin dibeli sahaja .. aha .. menarik kan?

Syok oo makan buah-buah segar baru turun dari dusun kat Farm Stay ni.
Durian Relau
Durian Relau, Bandar Baharu, Kedah


Oh ya, jika di Farm Stay ini lebih menumpukan buah-buah durian dari jenis tempatan dan durian kampung, ada dua lagi tempat makan atau dusun buah durian yang best di Kedah, iaitu Serene Orchad, dan Nictron Agriculture yang masing-masing mengeluarkan buah Durian Duri Hitam dan Musang King.

[Baca] 11 Jenis Buah Durian Popular di Malaysia

Jika anda nak tahu, 90% buah Durian Duri Hitam datangnya dari Bandar Baharu, Kedah. Tempat lain memang susah nak dapat buah durian jenis ni.

Pasal Serene Orchad dan Nictron Agriculture ni ..

Dua tempat tu, saya belum jejaki lagi .. mungkin di musim buah durian akan datang, saya nak bawa isteri serta anak-anak ke dua tempat tu pula.

In Sha Allah, andai umur panjang saya akan kongsikan cerita dan gambar.

Jangan lupa untuk langgan blog ini ya, hanya isi email anda sahaja. Percuma terus ke inbox. :)




Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

7 Comments

  1. Saya sejak musim durian yang banyak sangat ni, Saya baru tau ada macam-macam jenis durian rupanya hehehe.
    Yang ni pun Saya baru tau..
    Dan Saya baru dapat petua agar taknak demam makan durian, adalah, selepas makan duran, makan buah manggis, buah manggs menyejukkan badan.
    Patutlah dia bermusim sama hehehehe

    ReplyDelete
  2. wow... sedapnya... p kebun lagi sedap leh makan yg fresh... bandar baharu kedah.... saya tak tahu pun tempat tu,,, hukhuk

    ReplyDelete
  3. wowww --- pemurah pemilik dusun tu ----

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap durian tu. Dapat FREE sedap ni. hahahaha.

    ReplyDelete
  5. Memang sedap makan durian ni. Leya pun beberapa kali juga dapat makan durian... Best3x.. Suka sangat..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya durian. Durian makan hari hari pun tak jemu tapi kalau hati hari undang penyakit namanya. Tak pernah lagi sampai sini. Kalau datang Perak boleh jalan jalan kat sini.

    ReplyDelete
  7. Bestnya bila penjual murah hati..Puas makan buah..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.