Semua saman AES/AwAS yang dikeluarkan dari mula pelaksanaan sehingga 31 Ogos 2018 dibatalkan. Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook membuat pengumuman ini pada sidang media di Putrajaya pada 17 Ogos 2018.

Aha... satu berita gembira buat mereka yang tak puas hati dengan sistem saman AES, dan yang telah terkena saman AES. Pasti mereka akan rasa lega dengan kenyataan rasmi daripada menteri berkenaan.

Kenyataan Rasmi Berkaitan Saman AES/AwAS Dibatalkan

Pun begitu, jangan cepat sangat rasa seronok dan gembira. Sistem ini masih lagi ada, cuma saman-saman yang dikenakan sebelum 31 Ogos 2018 sahaja akan dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
Kenyataan Rasmi Saman AES Batal


Berikut adalah kenyataan rasmi dari Menteri Pengangkutan berkaitan isu saman AES/AwAS yang  dibatalkan untuk semua saman sebelum 31 Ogos 2018:

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah mula dilaksanakan pada 2012 dan kemudiannya dijenamakan semula kepada Automated Awareness Safety System (AwAS) pada tahun 2017.

Pada 2013, kerajaan terdahulu telah menangguhkan pelaksanaan sistem ini selepas menerima maklum balas yang amat negatif daripada orang ramai disamping pelbagai isu perundangan.

Seterusnya, pada tahun 2015, kerajaan pada waktu itu telah memutuskan supaya Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengambil alih projek AES melalui anak syarikatnya Irat Properties Sdn. Bhd. dengan bayaran sebanyak RM555 juta untuk hanya 47 buah kamera kepada dua syarikat pengendali asal AES iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan A.T.E.S. Sdn. Bhd.

Sejak pengenalan AES/AwAS pada 2012, hanya 18 peratus daripada 3.76 juta saman yang dikeluarkan sudah membayar saman manakala sebanyak 3.1 juta saman berjumlah lebih RM435 juta masih lagi tertunggak dan belum diselesaikan.
Kenyataan Rasmi Saman AES Sebelum September 2018 Batal
Sehubungan dengan itu, Kerajaan, dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini telah mencapai beberapa keputusan signifikan terutamanya berhubung isu AES/AwAS ini. Antara keputusan-keputusan yang dicapai termasuk:
  1. Dua perjanjian konsesi AES/AwAS yang dikendalikan oleh LTAT yang akan tamat pada penghujung bulan Ogos ini tidak akan disambung;
  2. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambilalih pengoperasian, pembangunan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan sistem AES/AwAS ini setelah perjanjian konsesi tersebut tamat pada 31 Ogos 2018;
  3. Semua saman-saman AES/AwAS tertunggak yang telah dikeluarkan dari mula pelaksanaannya semenjak 2012 sehingga 31 Ogos 2018 adalah dibatalkan dan dikecualikan pembayarannya;
  4. Mulai 1 September 2018, kerajaan melalui JPJ akan melaksanakan sepenuhnya semua peruntukan perundangan ke atas saman-saman yang dikeluarkan oleh AES/AwAS tanpa sebarang pengurangan atau pengecualian; dan
  5. Kerajaan juga telah memutuskan untuk membuat pembayaran balik secara berperingkat kepada LTAT bagi sejumlah RM555 juta yang telah digunakan dalam proses pengambilalihan sistem AES/AwAS ini bagi menjamin kebajikan semua anggota tentera.
Dalam hal ini, saya ingin menyeru kepada semua pemandu supaya mematuhi semua peraturan jalan raya dan sentiasa mengamalkan pemanduan selamat bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya dalam usaha kementerian untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Selain daripada itu, Jemaah Menteri juga telah bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan sistem e-call yang sepatutnya dimandatorikan kepada semua kenderaan baharu bermula Julai 2019.

Ini adalah berikutan industri pembuatan kenderaan masih belum lagi bersedia untuk sistem ini serta bagi mengelakkan kenaikan harga kenderaan akibat kos pemasangannya.

 - Kenyataan media Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook pada 17hb Ogos 2018 di Putrajaya

Ok. Sekarang jelas dan anda dah tahu.

Selain kelegaan buat mereka yang telah terkena saman ini, ia juga akan memberikan pencerahan kenapa saman AES sebelum ini dibatalkan dan bagaimana ianya akan diteruskan laksana mulai 1 September 2018.

[Baca] Senarai Lokasi Sistem Kamera AES

Jangan keliru ya. Sistem ini masih berfungsi. Jadi, hati-hati bila melalui kawasan kamera AES/AwAS ini .. jangan sehingga terkena lagi.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. berhati-hati di jalan raya, pandu cermat jiwa selamat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul .. tak boleh jadi bongkak bila berkenderaan yang boleh pecut pecut tu .. hehehe

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement