As-Salam. Sebelum ini, HH pernah buat entri mengenai sistem AES ini yang merupakan sistem terbaru untuk mengesan pesalah-pesalah undang-undang jalanraya di Malaysia. Ianya merupakan satu sistem yang dijangka dapat memberi impak tersendiri kepada kadar kes kemalangan jalanraya di Malaysia.

Sistem AES atau dikenali sebagai Automated Enforcement System ini telah pun menjalankan beberapa siri percubaan pada bulan Jun lalu, dan kini ia telah pun dipasang dan dikuatkuasakan di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Ia melibatkan beberapa fasa, dan fasa pertama ini Sistem AES telah ditempatkan di kawasan-kawasan yang sering berlaku kemalangan maut.

Penggunaan sistem ini adalah selaras dengan peningkatan bilangan pengguna jalanraya yang saban tahun meningkat, begitu juga dengan kadar kemalangan. Penguatkuasaan secara manual kini dianggap kurang sesuai memandangkan jumlah anggota penguatkuasa daripada PDRM, JPJ dan yang berkaitan agak terhad. 

Malah, penggunaan sistem ini yang beroperasi 24 jam 7 hari seminggu disifatkan sebagai satu langkah yang lebih baik kerana ia lebih telus, lebih tepat dan diyakini kerana menggunakan teknologi terkini yang terbaik.

Senarai Lokasi Sistem AES - Sistem Pengesanan Kesalahan Trafik



Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Tips Lulus Temuduga

Advertisement


Lubuk Bundle

CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement


Rahsia Kerja di Singapura