Desas-desus kini bertiup kencang yang mengatakan harga rumah baharu akan jadi lebih murah apabila sistem cukai SST diperkenalkan kembali mulai 1 September 2018 oleh kerajaan. Ini berikutan pengumuman Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng yang SST tidak akan dikenakan pada bahan-bahan asas binaan.

SST Tidak Dikenakan Untuk Kos Bahan Binaan & Perkhidmatan Pembinaan

Berdasarkan laporan akhbar online hari ini (12 Ogos 2018); cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuatkuasa 1 September depan tidak akan dikenakan kepada perkhidmatan pembinaan termasuklah kepada kos bahan binaan.

SST Tidak Dikenakan Untuk Kos Bahan Binaan & Perkhidmatan Pembinaan
Laporan itu menyebut, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, antara contoh-contoh bahan pembinaan yang tidak dikenakan SST adalah seperti simen, pasir dan besi.

Saya sangat tertarik dengan kenyataan daripada Menteri Kewangan ini.

Sebagai rakyat marhein yang bukan berpendidikan tinggi dan tahu selok belok pasal pembinaan perumahan, pastinya ia sesuatu yang menggembirakan.

Harapan - nak lihat harga rumah kian mampu dimiliki dan tidak dijual terlampau mahal sehingga boleh membebankan kewangan.

Orait.

Harga Rumah Dijangka Murah Tanpa SST Dikenakan

Harga Rumah Dijangka Murah Tanpa SST Dikenakan
Asasnya, kalau dah bahan binaan asas untuk pembinaan rumah sudah tidak dikenakan sebagai bentuk cukai jualan mahupun cukai perkhidmatan, ia tentunya akan mengurangkan kos untuk membina yang menjadi antara faktor penentuan harga rumah di Malaysia.

Difahamkan juga, sistem cukai SST yang akan digunakan mulai 1 September adalah sistem cukai SST yang telah ditambahbaik untuk menggantikan sistem cukai GST lama yang didakwa membebankan rakyat selama ini.

Dulu, di bawah rejim GST, bahan-bahan asas seperti batu-bata, simen, pasir dan lain-lain bahan pembinaan dikenakan GST pada kadar enam peratus di samping perkhidmatan pembinaan yang turut dikenakan GST pada kadar serupa.

Itu sebab menurut Menteri Kewangan, harga rumah melambung naik serta membebankan di era GST diguna-pakai.

Kemungkinan juga harga jualan untuk bangunan industri serta komersil turut juga akan jadi lebih rendah dengan pemansuhan GST dan pengecualian cukai SST ini.

Apapun, sejauh mana kebenarannya, kita semua hanya akan dapat tahu apabila tiba waktunya SST ini mula digunakan dalam sistem percukaian negara. Adakah benar seperti didakwa? Atau sebenarnya, kuasa perletakkan harga rumah ini adalah tertakluk kepada mereka yang terlibat sepenuhnya dalam industri ini.


Biarpun harga bahan mentah murah untuk pembinaan rumah, harga akhir nanti pastinya ditentukan oleh syarikat-syarikat perumahan yang secara logiknya mahu mengecap keuntungan yang tinggi memandangkan sektor perumahan di Malaysia sentiasa ada permintaan.

[Baca] Senarai Barang Tidak Dikenakan SST

Tak percaya, lihat sahaja berapa ramai rakyat Malaysia yang masih tidak mempunyai rumah sendiri walaupun sudah berkerja puluhan tahun.

Sumber: Sinar Harian

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. itulah yang kesiannya bila belum ada rumah sendiri..

    moga-moga dengan adanya harga rumah yang mampu milik...saya pun nak sembat rumah..

    tidak la masa tua nanti tinggal di hotel atau homestay sahaja

    BalasPadam
  2. Harapnya kerajaan Pakatan Harapan ni betul-betul mengambil kira masalah rakyat yang berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah sendiri

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement