Fakta Perlu Tahu Tentang Cukai Jualan SST 2018
Disebabkan saya teringin nak tahu, atas kapasiti untuk menjadi seorang pengguna yang ambil tahu, maka saya pun buatlah carian. Macam-macam info saya dapat hasil carian berkaitan SST ini, namun yang paling tepat saya jumpa adalah penerangan daripada Jabatan Kastam Diraja itu sendiri.
Banyak fakta yang sebelum ini saya temui agak kurang menyakinkan dengan apa yang diberitahu menerusi laman web Kastam.
Maka, saya sukacita nak kongsikan dengan anda mengenai penemuan ini, supaya sama-sama faham berkaitan SST versi 2018, yang bakal dilaksanakan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan bermula September 2018.
1. Apakah Cukai Jualan?
Cukai jualan adalah cukai seperingkat yang dikenakan dan dilevi:- ke atas barang bercukai yang dikilangkan di Malaysia oleh orang bercukai dan dijual olehnya (termasuk pelupusan dan kegunaan sendiri); dan
- ke atas pengimportan barang bercukai ke Malaysia
2. Apakah Barang Yang Tertakluk Kepada Cukai Jualan?
Barang yang tertakluk kepada cukai jualan adalah barang yang tidak disenaraikan dalam Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Barang dari Cukai Jualan) yang dicadangkan, ini nanti saya akan kongsikan, ada banyak senarai barang yang tidak dikenakan cukai (dicadangkan oleh Kastam).3. Apakah Dimaksudkan dengan Pengilangan?
Pengilangan bermaksud:- Perubahan bahan dengan manual atau mekanikal ke atas suatu produk kepada satu produk yang baru dengan menukar saiz, bentuk, komposisi, sifat atau kualiti bahan tersebut dan termasuk pemasangan bahagian-bahagian ke dalam satu jentera atau produk lain. Walau bagaimanapun, pengilangan tidak termasuk pemasangan mesin atau peralatan untuk tujuan pembinaan.
- Berkaitan dengan petroleum, apa-apa proses pengasingan pembersihan, penukaran, penapisan dan pengadunan.
4. Siapakah Orang Bercukai?
Orang bercukai adalah orang yang mengilang barang bercukai dan nilai jualan tahunan melebihi nilai ambang RM500,000.00 dan bertanggungan untuk berdaftar. Orang itu dikehendaki untuk berdaftar melalui sistem mySST. Sistem ini akan membantu dalam proses percukaian ini, sama seperti sistem cukai GST sebelum ini.5. Apakah Kadar Bagi Mengenakan Cukai Jualan?
Cadangan kadar cukai jualan adalah 5%, 10% atau kadar tertentu.Cukup lima fakta ini.
Jelas tak?
Amnya, cukai SST 2018 ini adalah cukai satu peringkat, yang dikenakan hanya pada peringkat pengeluar. Berbeza dengan GST yang mana cukai dikenakan pada pelbagai peringkat iaitu pada pemborong, peruncit termasuklah pengguna seperti kita.
Ini satu perbezaan yang besar yang pastinya akan mempengaruhi harga barangan serta perkhidmatan kepada pengguna akhir, macam anda, macam saya.
Harga barangan dan perkhidmatan, samada akan jadi lagi mahal atau lagi murah adalah bergantung dengan jenis barangan selain harga ditetapkan oleh pengeluar. Jika harga di peringkat pengilang dah mahal, pastilah sekali harga barangan akan jadi mahal.
Simple matematik je tu.
Kerajaan Akan Hilang Pendapatan Besar dari Cukai
Dari segi perolehan atau pendapatan, sistem cukai SST 2018 ini pasti sekali akan mengurangkan pendapatan kerajaan berbanding dengan sistem cukai GST. Apatah lagi, kerajaan hanya akan terima perolehan atau boleh menerima cukai tersebut selepas perkhidmatan atau produk diterima pengguna.Agak lambat kerajaan dapat pungut hasil berbanding dengan sistem cukai GST sebelum ini.
Hmm .. nampaknya kerajaan sanggup rugi dari segi perolehan pendapatan dari cukai.. huhu. Itu mungkin bagus untuk pemahaman pengguna seperti saya. Namun, ia juga berikan satu sebab untuk para pengilang menaikkan harga sebagai cubaan untuk menyerap cukai dikenakan.
Itu sekadar pendapat dan telahan sayalah. Saya bukan pakar ekonomi. Lulusan ekonomi pun bukan.
[Dah Baca?] Komisen, Upah, Income Online Wajib Kena GST
Apa yang tahu adalah apa yang telah terkandung di dalam FAQ berkaitan sistem cukai SST 2018 ini.
Apa yang saya kongsikan di atas adalah sebahagian daripada FAQ berkaitan cukai SST yang diperoleh dari laman web rasmi Kastam. Ada banyak lagi sebenarnya yang ingin dikongsi, tetapi saya tak mampu nak tulis semuanya.
30+ Persoalan Lazim Berkaitan Cukai Jualan - SST 2018
Ok, untuk itu saya lampirkan fail penuh (dalam format pdf) di bawah untuk dijadikan panduan serta rujukan, khusus untuk mereka yang ingin tahu berkaitan cukai SST 2018 ini.Anda boleh muat-turun fail di atas dengan klik kekotak pada penjuru tu ye, samada pilih 'save-as' atau boleh terus 'print'.
Saya harap perkongsian ini akan berikan sedikit pengetahuan berkaitan sistem cukai SST 2018 ini.
Dulu, saya cukup suka dengan sistem GST (awalnya), kerana beranggapan, kebanyakkan harga barangan akan jadi lebih murah. Namun, secara keseluruhan, ianya tidak berlaku pun seperti mana didakwa oleh mereka yang bertanggungjawab kepada sistem cukai dalam negara.
[Dah Baca?] Harga Kereta Baharu - Sebelum dan Sesudah GST Dilaksanakan
Dan kini, SST 2018 diperkenalkan semula, pastinya dengan hasrat agar ia tidak membebankan pengguna seperti saya.
Apapun, sebagai rakyat .. memang tak boleh lepas daripada terkesan daripada apa-apa sistem cukai dikenakan oleh kerajaan ini, samada secara langsung dan tidak langsung. Harapnya, selain daripada termaktub akta berkaitan cukai ini, pihak bertanggungjawab perlu juga aktif untuk pastikan perlaksanaannya berkesan.
Jangan sampai ia menjadi satu sistem menzalimi rakyat, kerana hasil itu nanti akan digunakan untuk pembangunan negara. Jika hasilnya tak berkat, bagaimana negara nak mendapat kebaikan yang diberkati?
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.