Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-51, anak saya Zikri telah dengan kreatifnya menghasilkan sebuah buku skrap 'Sayangi Malaysiaku'. Buku skrap ini adalah merupakan kerja sekolah yang perlu disiapkan sebelum bermulanya cuti penggal/cuti Hari Raya Aidiladha.

Buku Skrap Sayangi Malaysiaku Sempena Hari Merdeka 2018

Bersungguh-sungguh betul Zikri menyiapkan buku skrap ini, sehingga diri saya sendiri perlu dikerahkan untuk membantu...haha. Tapi ... ampeh .. semua bantuan yang diberikan, sertakan gambar-gambar telah dinafikan oleh Zikri.

Aduh. Ada ke patut anak saya reject semua.

Tak kena dengan ideanya barangkali.

Tapi tak mengapa, janji sebagai ibu bapa kena ambil bahagian dalam perkara-perkara begini supaya anak-anak akan jadi lebih semangat untuk menyiapkan dengan cantik.

Uhh ambil masa selama 2 hari tu untuk siapkan buku skrap Sayangi Malaysiaku ini. Zikri nak pastikan hasil akhir memuaskan hati, dan yang terbaik. Zikri seorang yang agak perfectionist dan mahu semuanya kelihatan dan nampak sempurna.

Ini hasilnya ...
Buku Skrap Sayangi Malaysiaku Sempena Hari Merdeka 2018
Buku Skrap Sayangi Malaysiaku Sempena Hari Merdeka 2018
Buku Skrap Sayangi Malaysiaku Sempena Hari Merdeka 2018
Buku Skrap Sayangi Malaysiaku Sempena Hari Merdeka 2018
Amacam? Cantik tak? Ini hasil kerja murid darjah empat ya .. hehe ..

Rasa bangga lak Zikri boleh hasilkan sesuatu macam ni. Siap letak riben. span dan hiasan. Kertas digunakan pula bukan kertas biasa, ada lip lap lip lap kalau kena cahaya .. haha.

Last sekali ... Zikri cakap ...

"Abah .. boleh tak letak lagu Ini Kita Punya dalam buku skrap ni ...??"

Perghh tu dah kira tahap kreatif melampau tu dahh .. hahaha .. saya pun tak pernah buat buku skrap leh letak lagu. Tapi kalau lirik lagu tu ... aha .. tu biasa letak .. lagi-lagi kalau buat buku skrap untuk awek .. kah kah.

Bangga dengan hasil kerja Zikri ini. Dia pun nampak puas hati dan seronok dapat siapkan sebuah buku skrap yang nampak hebat di matanya.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Haaa baru okay takde keluar 'allow' tu Tuan..

    Waaa kratifnyaaa Zikri, aunty Lin dulu, arwah Abah yang buatkan designnya hahahahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la .. saya sampai tak terikut apa yang Zikri nakkan untuk kempen Sayangi Malaysiaku ni ..

      Padam
  2. alhamdulillah semangat patriotik dan cintakan negara dalam diri zikri patut dicontohi oleh org lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm adik dia, Maira ada baju bendera tau .. hehehe

      Padam
  3. uniknyaaa, jadi menarik untuk baca..

    BalasPadam
  4. Bagusnya..ada semangat patriotik

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement