Bulan Ogos adalah bulan Kemerdekaan Malaysia. Tahun 2018 adalah merupakan ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 61. Tema sambutan Merdeka 2018 adalah Sayangi Malaysiaku. Ini merupakan sambutan pertama kali Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan ke 61 di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.

Tema, Logo dan Lagu Rasmi Hari Merdeka 2018

Tema Hari Kebangsaan 61 iaitu Sayangi Malaysiaku - Hari Merdeka 2018
Tema Sayangi Malaysiaku memberi maksud penekanan terhadap kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama, bangsa dan fahaman.

Logo Hari Merdeka 2018

Logo rasmi sambutan Hari Merdeka 2018
Logo rasmi Hari Merdeka 2018 adalah logo yang menggambarkan simbol tiga orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu.

Ia merupakan ciptaan hebat Encik Nik Zulkifli Nik Hitam.

Logo rasmi ini membawa maksud warganegara Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara Malaysia.

Penggunaan warna pula adalah berdasarkan kepada warna jalur gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang masing-masing membawa maksud tersendiri.

Sepertimana tahun-tahun terakhir sebelum ini, sambutan Hari Merdeka 2018 juga ada lagu rasminya - 'Kita Punya Malaysia' yang dinyanyikan oleh Bunkface.

Video Lagu Tema Merdeka 2018 - Kita Punya Malaysia



Lirik - "Kita Punya Malaysia"

Penyanyi: Bunkface
Lirik dan lagu: Sam Bunkface

31 Bulan 8, 57 ,

Perjuangkan pertahankan tanah airku,
Impian aku gemilang baru,
Satu suara laungkan (Merdeka),

Bangkit semua demi negara,
Selamanya,

Kita Merdeka,
Sayangi Malaysiaku,
Sayangi Malaysiaku,
Tanah Airku, (Ini Kita Punya)

Sayangi Malaysiaku,
Sayangi Malaysia,

Satu Suara Laungkan, (Merdeka)
Jangan lemah bangunlah,
Buat baru semula,
Percayalah hari ini,
Kita punya,

Impian aku gemilang baru,
Satu suara laungkan, (Merdeka)
Bangkit semua demi negara,
Selamanya,

Fakta Ringkas Hari Merdeka 2018

Info penting Malaysia Merdeka 2018 - Hari Kebangsaan 61

Untuk kegunaan pelajar/murid bagi pertandingan mewarna Hari Merdeka 2018/Hari Kebangsaaan ke 61, boleh muat turun imej di bawah:
Logo Merdeka 2018 untuk mewarna kanak-kanak
Atau klik link ini - https://goo.gl/5MKCYa

Rujukan/Sumber: http://malaysiamerdeka.my

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Simple je design ni..bila dah warna insyaallah lawa kot. Btw visit my blog http://www.ketamkecil.com/suntikan-insulin-kencing-manis-bukan-tanda-gagal-kawal-gula/

    BalasPadam
  2. simple ja logo Merdeka. tapi membawa maksud yang mendalam. Selamat Hari Kemerdekaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Merdeka Malaysia kali ke 61!!! Merdeka ... Merdeka 2018

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement