Hari ini saya nak kongsikan satu video yang tunjukkan cara-cara untuk membeli barangan atau import produk dari China, dengan menggunakan laman web TaoBao. Ada ramai yang teringin nak beli barang dari China, malah ada peniaga yang teringin nak borong produk China untuk dijual di kedai runcit, pasar malam atau jual secara online; namun tak tahu bagaimana.

Apa masalahnya bila nak borong dari China ni? Apa masalahnya nak beli online menerusi laman web TaoBao yang memang banyak jual barang dan produk dengan harga murah dari China?

Bagaimana Nak Beli Barang Online Menerusi TaoBao?

Bagaimana Nak Beli Barang Online Menerusi TaoBao?
Masalahnya ialah, laman web TaoBao ini dalam bahasa Cina, bahasa mandarin kalau tak silap. Jadi, untuk usahawan dan peniaga yang tak tahu bahasa Cina ni memang bermasalah besarlah kalau nak beli dan borong barang China menerusi TaoBao ni.

Malah, peniaga dan usahawan berbangsa Cina di Malaysia pun ramai yang fail nak faham apa yang terpapar di laman web TaoBao tu. Serius ni.


Saya pernah bersembang dengan seorang tauke buat perabot di rumah. Dia selalu ambil barang dari China, gunakan laman web TaoBao. Dia borong banyak, dihantar menerusi kontena terus dari China. Kebanyakkan barang yang dibeli pastilah yang ada kaitan dengan bisnes perabotnya, macam pintu bilik air, engsel, tombol pintu, hiasan perabot, dan macam-macam lagi.

Yang kelakarnya, dia beritahu saya ... dia tak faham pun apa yang ada dalam laman web TaoBao tu, cuma dia faham gambar dan harga dipaparkan.

Tahu tak dia buat macamana? Dia hanya ambil gambar benda yang dia nak, lepas tu upload di laman web tu, lansung dia akan dapat semua senarai produk berkaitan dengan harganya sekali. Lepas tu, dia tempah dan beli.

Barang-barang yang dijual di TaoBao memang murah katanya, malah lepas bayar shipping pun masih murah dan dia boleh buat untung banyak.

Susah ke nak bayar kat web TaoBao?

Bila dah tempah dan beli ni, di ruangan tempahan laman web TaoBao, ia dah jadi senang sikit (sikitlah) sebab ada bahasa Inggeris sebagai bantuan. Bahasa Inggeris yang tak susah nak faham pun, jika biasa beli online .. mesti akan faham punya.

Anda boleh bayar samada gunakan kad kredit atau kad debit, malah TaoBao boleh dibayar menerusi online banking. Satu benda yang sangat biasa untuk mereka yang suka shopping online di Malaysia.

Okay.

Video Cara Beli Barang Menerusi TaoBao Secara Direct

Meh tonton video di bawah, ia akan tunjukkan cara asas nak beli barang secara online di laman web TaoBao. Moga dapat bantu sedikit sebanyak.


Jika rasa tak nak beli barang secara direct dari China menerusi TaoBao, boleh je anda beli menerusi agen-agen macam Lazada Malaysia, 11th Street, Rakuten dan banyak lagi.

Seandainya anda tak berapa jelas dan mahu lebih info serta mengetahui cara nak borong, gunakan panduan Rahsia Taobao di bawah ini (klik banner). Ia akan beritahu anda dari A sampai Z bagaimana nak borong dari China secara online menerusi Taobao ini.


Ok ye, semoga sedikit sebanyak beri manfaat pada anda. Video disediakan hanyalah video asas sahaja, nak lebih? Maka anda perlu dapatkan daripada orang yang memang dah berpengalaman bertahun import barang dari Taobao, boleh belajar dari beliau di sini (klik).

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bagaimana nak joint belanja borong kat taobao ni? Bahasapun tak ada guna malay mr english. So tak faham.please help

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapatkan panduan RAHSIA TAOBAO tu ... kan dah TERANG2 ada banner tu

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement