Uyaina. Anda mungkin kenal kalau anda menonton rancangan Nona di TV3. Orangnya memang cantik, dan pernah menjadi juara juara Nona Manis pada tahun 2015. Setelah tidak lagi mengacara program Nona TV3, namanya kembali menjadi sebutan apabila menjadi juara Puteri Muslimah Asia 2018 buat pertama kalinya.

Pertandingan Puteri Muslimah Asia telah diadakan di Jakarta Indonesia pada Mei 2018. Ia dianjurkan julung kalinya oleh stesen TV Indosiar dan telah menghimpunkan seramai 18 peserta jelitawan dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Turki dan Timor Leste.

Uyaina Arshad - Bekas Pengacara Nona, Juara Puteri Muslimah Asia 2018

Saya tak pernah kenal dengan nama Uyaina, tetapi bekas pengacara Nona inilah yang mengendalikan segmen dalam Nona yang menampilkan kisah reunion antara saya dengan isteri saya satu ketika dahulu.

Aha .. masa itulah saya baru kenal dengan nama Uyaina Arshad ini. Dan kerana segmen Nona itulah, saya kembali menonton Nona TV3 setelah bertahun lamanya...hahaha.

Shaidatul Naseha Uyaina Arshad, Gadis Dari Kuala Kangsar

Uyaina atau nama sebenarnya Shaidatul Naseha Uyaina Arshad, berusia 26 tahun telah dinobatkan sebagai juara Puteri Muslimah Asia 2018. Uyaina telah menewaskan dua lagi calon di top 3 iaitu Hanifah Razan, dari Indonesia dan Avida Lale dari Turk yang masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.

Uyaina memenangi hadiah berupa wang tunai berjumlah RM30,000, tiara dan trofi.

Kerja di Singapura

Sejak Uyaina menjadi juara Puteri Muslimah Asia 2018, gadis cantik ini telah mengacarakan program Aksi Asia, dan dikhabarkan Uyaina akan menyambung kerjaya sebagai pengacara dalam sebuah rancangan realiti terbaru, iaitu Liga Dangdut di Indonesia.
Gambar Uyaina Arshad
Nampaknya rezeki bekas pengacara Nona ini semakin murah di Indonesia. Saya rasa beliau akan jadi seorang yang popular dan dikenali ramai di Indonesia berbanding berada di Malaysia.

Sekarang pun, dah nampak yang Uyaina sudah mempunyai pengikut yang ramai dan peminatnya tersendiri di Indonesia. Popularitinya mendadak naik setelah mengacara Aksi Asia.

Uyaina merupakan gadis kelahiran Kuala Kangsar, Perak. Lahir tahun 1992, anak bongsu daripada empat adik-beradik. Uyaina merupakan lulusan undang-undang dari Universiti Malaya. Selain menjadi pengacara, Uyaina juga merupakan seorang model pakaian muslimah dan pernah berlakon teater.

Gambar Uyaina

Gambar Uyaina Arshad
Foto cantik Uyaina Arshad
Foto cantik Uyaina Arshad



Kredit: Instagram Uyaina Arshad

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement