Tempah Kereta Baru Sebelum 1 September Untuk Elak Kena SST?

Borong Online dari China
Apabila GST berkadar sifar peratus diumumkan kerajaan pada 1 Jun lalu, ramailah yang ambil kesempatan untuk menempah dan membeli kereta baru. Ini adalah kerana harga kereta pada kadar GST sifar peratus adalah lebih murah berbanding sebelumnya.

Sehingga kini, masih ramai yang ambil kesempatan untuk beli kereta baru kerana belum lagi dikenakan apa-apa cukai oleh kerajaan. Malah, ramai menyangka dengan membeli kereta sebelum perlaksanaan SST mulai 1 September, mereka dapat elak dari membayar harga kereta yang dikenakan cukai jualan SST 2018 itu nanti.

Beli Awal Kereta Baru, Sebelum 1 September Untuk Elak SST? Benarkah?

Tempah Kereta Baru Awal Untuk Elak Kena SST


Di sebalik pengumuman kerajaan akan kembalikan sistem cukai SST mulai 1 September 2018, ramai yang menyangka jika tempah kereta awal sebelum tarikh tersebut, akan dapat elak dari membayar cukai SST.

Tetapi, sebaliknya .. situasi berbeza mungkin berlaku.

[Dah Baca?] Orang Kaya Je Untung Dengan GST Sifar Peratus

Pembeli yang telah menempah kereta sebelum 1 September 2018, tetapi menerima kenderaan tersebut selepas 1 September berkemungkinan besar tetap dan akan dikenakan cukai jualan SST.

Kena SST Jika Kereta Ditempah Diterima Selepas 1 September

Menurut Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, tempahan kereta baharu yang naik mendadak akibat cukai GST sifar peratus telah menyebabkan ada pengeluar kenderaan menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan dengan segera.
Harga Kereta Apabila SST 2018
Ini menyebabkan berlakunya senarai menunggu yang lama untuk kereta baharu yang ditempah selepas GST sifar peratus diumumkan. Ini memungkinkan akan ada pelanggan dan pembeli bakal menerima kereta tersebut selepas SST 2018 diperkenalkan.

[Baca] Senarai Barang/Produk Tidak Dikenakan SST 2018

Cukai GST kadar sifar peratus hanya boleh dinikmati oleh pelanggan yang mendapatkan kenderaan baharu mereka didaftarkan dalam tempoh cuti cukai, iaitu sebelum 1 September 2018.

"Namun jika kenderaan diserahkan dan didaftarkan selepas 1 September, maka pembeli perlu membayar jumlah lebih tinggi untuk kenderaan tersebut kerana cukai SST."


Saya pasti ramai pembeli kereta baharu sudah mula gelisah, dan mula takut-takut untuk membuat tempahan kereta seandainya pengeluar tidak dapat menunaikan penghantaran sebelum 1 September 2018.

Walaupun banyak syarikat automobil di Malaysia yang tawarkan harga menarik, diskaun dan rebat ... untuk pembelian kereta baharu, kenyataan terkini dari MAA ini pasti merisaukan.

Apa pendapat anda?

Sumber: MStar


Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

0 Comments