Senarai Harga Kereta Baru Bermula 1 Jun (GST Sifar)

Borong Online dari China
Ramai yang ingin tahu adakah harga kenderaan baru akan berubah apabila kadar sifar GST diimplementasi mulai 1 Jun 2018. Dari segi logiknya, harga baru untuk kenderaan mulai 1 Jun 2018 pastinya akan turun memandangkan kadar GST dikenakan adalah sifar. Dengan kata lain, cukai 6% yang dikenakan sebelum ini dalam penentuan harga kenderaan sudah tiada.

Senarai Harga Kereta Baru Bermula 1 Jun (GST Sifar)

Dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini, yang mana kadar GST akan ditetapkan pada sifar mulai 1 Jun 2018; banyak pengeluar kenderaan telah mengeluarkan senarai harga kereta baru bagi semua model yang akan dikuat-kuasakan mulai 1 Jun 2018.
Senarai Harga Kereta Baru Bermula 1 Jun (GST Sifar)
Jom lihat beberapa senarai harga kenderaan baru mulai 1 Jun 2018 yang telah diumumkan oleh beberapa syarikat pengeluar dan pengedar kenderaan di Malaysia. Harga baru bagi kenderaan-kenderaan ini adalah harga atas jalan (OTR) tanpa insurans.

Harga Kereta Toyota Mulai 1 Jun 2018

Senarai harga kereta honda tanpa GST

Harga Kereta Renault Dengan 0% GST

Renault Captur
Berikut adalah harga menarik tanpa GST untuk model kereta Renault, penjimatan yang boleh dinikmati bermula dari RM6,745 bagi model Fluence, hinggalah RM11,763 bagi model Koleos 2.5L 4WD.

TC Euro Cars yang menjadi pengedar Renault di Malaysia telah menawarkan insentif tambahan bermula dari 7,349 hingga RM33,255. Ini membolehkan pelanggan untuk jimat hingga RM40,000.
Senarai Harga Kereta Renault Baru Bermula 1 Jun (GST Sifar)

Harga Kereta Subaru Mulai 1 Jun 2018

Harga Kereta Subar Mulai 1 Jun 2018

Harga Kereta Isuzu Dengan 0% GST Mulai 1 Jun 2018

Harga Kereta Isuzu Dengan 0% GST Mulai 1 Jun 2018

Harga Kereta BMW dan Mini Cooper Mulai 1 Jun 2018

Senarai harga kereta BMW dengan GST Sifar
Senarai harga Mini Cooper dengan GSt Sifar

Harga Kereta Honda

Untuk harga kenderaan Honda yang baru, pihak Honda Malaysia telah mengumumkan harga baru kenderaannya untuk tempoh 18 Mei hingga 31 Mei 2018. Harga baru untuk kenderaan Honda ini adalah harga setelah diberikan rebat promosi "Welcome Ramadan Rewards", dan juga rebat GST.

Jadi, ini adalah masa yang sangat sesuai untuk mendapatkan kereta Honda kerana boleh dapat dua kali diskaun harga, berbanding dengan jenama kenderaan lain.
Harga kereta Honda baru selepas GST Sifar

Manakala di bawah ini adalah harga kereta Honda apabila GST sifar peratus mulai 1 Jun 2018.

Menerusi jadual harga di bawah, pelanggan bakal menikmati penjimatan terendah bernilai RM4,088 jika membeli Honda Jazz 1.5 S, dan penjimatan terbesar RM18,072 jika membeli Honda Civic Type R yang diimport dari UK.
Harga baru kereta Honda bermula 1 Jun 2018
Dijangka Honda Malaysia akan berikan tawaran yang lebih menarik menerusi kempen promosi “Welcome Festive Rewards” kelak menggantikan promosi “Welcome Ramadan Rewards” yang akan berakhir 31 Mei ini.

Namun jika anda kira sendiri kadar penurunan harga menerusi jadual diatas, ia tidak lah tepat 6%. Ini kerana GST hanya ditolak pada harga jualan kereta, tidak termasuk kos-kos seperti pemeriksaan Puspakom bagi model CBU, yuran pendaftaran, dan lain-lain.

Rebat 6% Untuk Perodua dan Proton

Bagi kenderaan Perodua, rebat sebanyak 6% akan ditawarkan untuk semua kenderaan baru yang ditempah mulai 18 Mei hingga 31 Mei 2018. Malah, rebat ini juga ditawarkan untuk mana-mana kenderaan Perodua yang diservis dalam tempoh yang sama, termasuklah pembelian barang gantian tulen Perodua.
Rebat GST 6% Untuk Kenderaan Perodua
Manakala untuk kenderaan Proton, pihak Proton telah mengumumkan yang mereka akan menawarkan pemberian rebat dalam bentuk baucer servis. Semua kenderaan Proton yang dibeli dan didaftarkan dari 16 Mei sehingga 31 Mei 2018 akan diberikan baucer servis bersamaan nilai perbezaan antara harga semasa kereta dengan harga kereta selepas GST sifar.

Untuk info lengkap mengenai harga terkini untuk kereta baru selepas GST sifar ini, bolehlah ke showroom berdekatan.

Senarai harga kereta baru yang saya kongsikan ini adalah sekadar panduan dan rujukan sahaja dengan mengambil kira pengurangan 6% daripada GST yang dikenakan sebelum ini atas harga kenderaan tersebut.

Sumber: Paultan.org




Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

3 Comments

  1. boleh la beli kereta baharu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak automotif kata masa terbaik untuk beli kereta

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.