Selamat Hari Lahir buat isteri saya yang tercinta. Tarikh 8 Julai adalah merupakan tarikh hari ulangtahun kelahiran isteri saya yang ke __. Saya tak buat apa-apa sambutan istimewa, tapi adik ipar saya ada belikan kek harijadi yang sedap dari Secret Recipe.

Isteri Terima Hadiah Harijadi Unik Yang Paling Manis

Isteri Terima Hadiah Harijadi Unik Yang Paling Manis

Saya bukan nak cerita pasal kek tu. Tapi saya nak kongsikan kepada anda tentang hadiah unik dan cukup istimewa diterima isteri saya diberikan oleh rakan sepejabat. Aha .. saya pun tak pernah lagi terima hadiah harijadi sebegini unik.

Walaupun tak nampak 'segak' sebagai hadiah. Tapi bagi isteri saya, ia cukup membuatkan hadiah harijadi unik itu dikenang sampai bila-bila. Saya pun pasti tak akan lupa. Walaupun tak dibungkus cantik-cantik tapi ... memang istimewalah.

Isteri saya terima 'hadiah' harijadi berupa 4 ulas buah durian gred AA dan juga beberapa biji buah Manggis. Cukup unik dan menarik kan?

Kata isteri saya, inilah hadiah harijadi paling manis (the sweetest) pernah dia dapat. Aha .. saya pun tak pernah hadiahkan sesuatu yang paling manis semanis apa yang isteri saya dapat hari ini. Tahniah buat isteri .. hehe.

Cuba tengok ni ...
Isteri Terima Hadiah Harijadi Unik Yang Paling Manis
Isteri Terima Hadiah Harijadi Unik Yang Paling Manis
Isteri Terima Hadiah Harijadi Unik Yang Paling Manis
Cukup menarik tak? Ada tak sesiapa dari anda yang pernah dapat hadiah harijadi seperti isteri saya dapat ni? Aha .. memang manis semuanya .. .errr kecuali udang tu la.

Udang tu isteri saya beli. Di tempat saya ni, banyak benda boleh dibeli terus dari opis isteri saya, macam-macam ada ... termasuklah buah durian, manggis, rambutan, cempedak dan segala benda ..  hehe...

Al maklumlah, bila rakan-rakan satu pejabat semuanya asal orang kampung yang ada dusun buah, kolam ikan, kedai roti dan macam-macam. Itulah gunanya berkawan baik dengan semua orang. Kadang hadiah harijadi yang tak pernah kita fikir pun akan dapat macam isteri saya ni.

Selamat hari lahir buat isteri saya. Walaupun saya tak dapat nak berikan hadiah yang bagus, namun jauh dari sudut hati .. andai saya mampu berikan batu permata dari 7 lubuk bumi .. pasti saya akan berikan.

Apa yang mampu adalah doa, kerana yang Maha Memberi itu hanyalah Allah S.W.T.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement