Mohon kerja sektor awam menerusi agensi kerajaan. Saya tak pasti samada graduan atau lepasan SPM, STPM, Diploma mahupun Ijazah tahu akan perkara ini. Jika di zaman saya, ini adalah antara cara atau kaedah alternatif kalau nak memohon kerja sektor awam.

Cara Lain Mohon Kerja Sektor Awam - Guna Saluran Agensi Kerajaan

Tips kerjaya - Cara Lain Mohon Kerja Kerajaan
Mungkin ada yang tak tahu, nak mohon kerja kerajaan bukan hanya menerusi pendaftaran di laman web SPA sahaja, tetapi boleh juga menerusi permohonan terus ke badan-badan yang berkaitan kerajaan termasuklah kerajaan negeri.

Waktu saya dahulu, memang saya akan gunakan senarai agensi kerajaan yang ada dalam buku edaran kepada para graduan untuk hantar permohonan kerja dan juga resume. Ia merupakan laluan alternatif untuk mendapatkan kerja dalam sektor awam ni.

Yelah, siapa yang tak nak kerja dengan gomen kan? Tangga gaji memang menarik selain ada banyak insentif best yang boleh dapat sebagai seorang penjawat awam.

Bila kerja kerajaan ni, boleh dapat kemudahan-kemudahan seperti:
  • Elaun perumahan.
  • Elaun imbuhan tetap perkhidmatan awam.
  • Elaun sara hidup atau COLA
  • Pinjaman perumahan dengan kadar 'faedah' rendah.
  • Pinjaman kenderaan.
  • Kemudahan cuti sakit
  • Kenaikan pangkat mudah.
  • Tangga gaji yang naik setiap tahun.
  • Kemudahan rawatan perubatan.
  • Cuti diberi.
  • Cuti bersalin yang lebih baik.
  • Peluang melanjutkan pengajian.

Dan macam-macam lagilah.

Saya dulu kerja dengan USM yang boleh dikategorikan sebagai agensi kerajaan juga. Saya dapat semua kemudahan yang biasa dapat kepada seorang penjawat awam (kecuali elaun-elaun tertentu).

Bila pembentangan bajet tahunan kerajaan ada umum bonus atau pemberian khas, saya juga akan terima. Malah, kadangkala ada dapat bonus tambahan selain bonus diumumkan dalam bajet Kerajaan Persekutuan.

Bila ada pengumuman kenaikan tangga gaji, saya pun akan terima kenaikan yang sama. Begitu juga dengan perubahan gred gaji serta yang lain-lain tu.

Saya dapat kerja di USM bukan kerana saya daftar atau memohon di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tu .. tapi saya dapat kerja hasil lantikan terus secara kontrak.

Ni antara gambar saya ketika masih berkhidmat dengan USM ...


Bagaimana saya mohon kerja dan dapat kerja di USM tu?
  1. Saya buat surat permohonan bila nampak tawaran jawatan kosong.
  2. Saya sediakan resume ikut jawatan yang disediakan.
  3. Saya hadiri temuduga ringkas yang dibuat di USM.
  4. Saya jalani tempoh percubaan dalam jawatan selama 3 bulan (tanpa gaji).

Alhamdulillah, selepas 3 bulan, saya disahkan dalam jawatan walaupun ianya jawatan kontrak. Hubung bulan ketiga, saya dapat segedebuk gaji untuk 3 bulan ... fuh .. memang syok masa tu.

Seronok Dapat Gaji Kerja Kerajaan

Gaji awal saya ketika itu adalah RM1,500 sebulan. Bila cukup 3 bulan, saya terima lebih RM5,000 termasuklah dengan elaun tambahan yang patut saya terima dengan gred gaji waktu itu.

Dapat je duit gaji, saya terus beli TV skrin 21 inci untuk emak saya. Waktu tu, TV 21 inci dah cukup besar dah .. haha ... tak macam sekarang yang ada sampai 72 inci! Dulu masih lagi TV dengan bulb kembong tu .. bukan flat macam sekarang.

Seronok emak saya dapat TV baru hasil duit gaji saya kerja dengan 'kerajaan' ni.

Tu pengalaman saya yang lalu, waktu awal-awal saya nak mencari kerja dengan kerajaan dan agensi kerajaan berkaitan.

Saya juga pernah memohon kerja di Majlis Daerah Batu Gajah, Majlis Bandaraya Ipoh, Pejabat Tanah dan Daerah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan macam-macam lagi agensi kerajaan di bawah kerajaan negeri.

Ada yang panggil saya untuk temuduga, ada yang setakat membalas surat permohonan kerja saya.

Usaha.

Tak berhenti cari peluang kerja untuk masuk kerja kerajaan yang banyak kelebihannya.

Jika anda seorang penganggur, tak kiralah anda lepasan SPM ke, STPM ke, ada sijil, diploma atau lulusan ijazah; jangan putus asa untuk memohon kerja dalam sektor kerajaan ini. Gunakan kaedah dan saluran alternatif seperti saya lakukan.

In Sha Allah, jika usaha bagus, disertai dengan resume yang baik, lepas tu lulus temuduga; anda mungkin akan berakhir sebagai seorang penjawat awam di agensi kerajaan di tempat anda.

Huhu .. nampak tak?

Kerja Sebagai Penjawat Awam Dengan Kerajaan Tempatan

Anda boleh kerja sebagai penjawat awam di tempat anda. Tak perlu nak pergi sampai ke KL atau Putrajaya yang menjadi tumpuan jawatan-jawatan sektor kerajaan ini.

Malaysia bukan setakat ada Kerajaan Persekutuan sahaja. Ada kerajaan negeri, agensi kerajaan negeri, agensi kerajaan persekuuan di negeri, badan-badan berkanun dan juga syarikat berkaitan kerajaan.

Semua tu adalah lubuk tempat cari kerja selain dari memohon menerusi SPA.

Ramai yang tak sedar dan kurang ambil berat nak memohon direct di agensi kerajaan ni, walhal peluang tu ada.

Ada lebih 200 agensi kerajaan yang diketahui. Kalau anda nak laluan kerjaya kerajaan cara alternatif, boleh gunakan SENARAI INI untuk cuba memohon kerja sektor awam idaman anda. Ada banyak jawatan ditawarkan dalam pelbagai kategori.

Cubalah. Jadikan ia laluan awal membina kerjaya anda dalam sektor awam atau kerajaan.

Langkah Penting Untuk Mohon Kerja

Ingat langkah ini ...
  1. Cari senarai agensi kerajaan yang ada alamat, nombor telefon dan website.
  2. Lihat senarai kekosongan jawatan di laman web mereka.
  3. Buat pertanyaan direct kepada mereka samada telefon atau hadir ke pejabat.
  4. Buat permohonan bersurat.
  5. Hantar resume.

Ini usaha anda. Nak kerja bagus, mesti ada usaha. Tak boleh duduk goyang kaki di rumah tunggu SPA panggil. Kena ingat, ada ribuan orang macam anda yang mencari peluang kerja dalam kerajaan. Jika nak masuk ke dalam sektor awam, anda kena giatkan usaha, luaskan cara memohon.


Alhamdulillah, saya telah kerja dengan seronoknya bersama USM selama lebih 10 tahun. Dapat pergi melancong ke Johor, Terengganu, Sarawak .. dapat elaun makan minum dan hotel penginapan. Dapat kenaikan gaji setiap tahun, dan ditawarkan peluang untuk sambung belajar (yang saya tolak).

Gunakan SENARAI AGENSI INI untuk anda mula gerakkan langkah. Semoga anda berjaya, in Sha Allah.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Eh, HH penah g unimas eh? Tgk dlm gmbar mcm library unimas..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya pernah.Timbalan Naib Canselor skrang, Prof Dr Wan Hashim adalah boss saya dulu, yang ambil saya kerja dengan USM tu la .. hehe. Dialah juga yang pendorong awal saya jadi penulis blog.

      Padam
  2. Tq saranan. Skrg ni sy giat mencari kerja di kerajaan, doakn sy tq

    BalasPadam
  3. preparation iv temu duga usm tempoh hari sama x dgn preparation utk iv spa, contohnya dari segi documents yg perlu disediakan..t.kasih

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum saya nk tanya, ada ka kalau nk kerja dgn kerajaan, kita just kena bayar yuran utk kursus, then pihak kementerian akan hantar surat tawaran. Lepas habis kursus akn dapat kerja terus. Tak perlu interview pn

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement