Masih ramai lagi orang yang tertanya-tanya bagaimana nak buat duit secara online menggunakan blog? Ada yang tak faham dan tak percaya bahawa menerusi blog percuma, mereka boleh dapat sehingga USD100 setiap bulan dengan teknik termudah. Mereka tak mahu cara susah, tapi mahukan cara paling mudah, paling simple, tanpa perlu jual apa-apa menerusi blog mereka.

Saya telah mempunyai blog lebih 8 tahun. Saya ada banyak blog tapi blog utama ialah blog yang sedang anda baca ini, terbina pada tahun 2010. Menerusi blog ini, saya berjaya menjana income secara sampingan, minima USD100 setiap bulan menerusi platform Google Adsense.

Adsense 101: Belajar Buat Duit Dengan Blog - Cara Buka Akaun Google Adsense

Belajar Buat Duit Dengan Blog - Cara Buka Akaun Google Adsense
Bila sebut sahaja Google Adsense, kebanyakkan blogger Malaysia, nusantara malah seluruh dunia dah tahu mengenai platform ini yang dah lama wujud. Ia merupakan platform percuma buat duit online yang paling popular, digunapakai hampir di semua ceruk internet ini.

Anda boleh jumpa Adsense di dalam akhbar online yang anda baca setiap hari, di dalam email anda gunakan, di dalam game online yang anda muat-turun dari Google Play di smartphone anda, malah anda boleh jumpa Adsense ketikan menonton video kesukaan anda di YouTube.

Potensi buat duit di internet dengan Google Adsense ini memang tidak ada had.

Cuba lihat contoh income Adsense di bawah, anda bukan sekadar buat duit dalam USD, malah boleh dalam matawang lain seperti Pound Sterling. Jika tukarkan ke dalam MYR .. agak-agak berapa boleh anda dapat kelak?
Contoh pendapatan dari Google Adsense gunakan blog percuma
Seronok tak bila blog anda boleh jana income seperti itu?

Adsense merupakan cara mendapatkan duit atau wang tanpa perlu bersusah-payah - anda tidak perlu jual apa-apa, tidak perlu pengetahuan tinggi pasal komputer atau internet dan anda tidak perlu keluar dari rumah.

[Baca Dah?] Cara Buat Duit Adsense Gunakan Video YouTube

Ia salah satu cara bagaiman ramai orang yang ada akses internet dapat buat duit dan jana income sampingan di internet seluruh dunia.

Ok.

Perkara Penting Untuk Buka Akaun Adsense

Benda paling penting dan ramai orang nak tahu, bagaimana nak gunakan Adsense ini untuk dapatkan duit menerusi internet?

Ada tiga perkara penting.

  1. Akaun Google. Anda mesti ada akaun Google yang aktif, paling mudah gunakan akaun Gmail anda. Zaman sekarang, saya fikir semua orang yang ada smartphone mesti akan ada akaun Gmail sendiri.
  2. Anda mesti nak ada - samada blog, laman web, channel YouTube atau mungkin aplikasi dimuat-naik ke Google Play. Cara paling mudah ialah gunakan blog percuma (blogspot/wordpress). Daftar sebuah blog percuma pun mudah, hanya gunakan akaun Google anda sahaja.
  3. Akaun Google Adsense - mesti daftar dahulu. Pendaftaran adalah percuma. Anda kena masukkan maklumat diri seperti nama penuh, alamat rumah, nombor telefon, akaun bank dan juga url blog. Tanpa akaun Adsense, anda tidak boleh jadikan blog anda sebagai lubuk duit sampingan di internet.

Semak tiga perkara di atas, jika dah ada, maka anda dah boleh tersenyum kerana langkah paling utama mesti dilakukan ialah mendapatkan akaun Google Adsense.

Anda belum ada blog sendiri? Buat secara percuma di blogspot ... boleh refer pada blog post saya ini - Cara Buat Blog Sendiri

Cara Buka Akaun Adsense

Buat mereka yang masih tak tahu cara nak buka akaun Adsense ini, hanya ikuti langkah mudah di bawah ini.

  1. Pergi ke laman web Google Adsense di pautan ini - https://www.google.com/adsense/
  2. Masukkan url blog anda, contohnya: www.hasrulhassan.com dan email Google (Gmail) anda.
  3. Login ke Adsense dengan akaun email Google.
  4. Ikuti langkah-langkah ditunjukkan di skrin komputer anda, di dashboard Adsense anda.
  5. Isi segala butiran dikehendaki, dan akhir sekali klik 'apply'.

Pihak Google Adsense akan buat review mengenai permohonan anda. Pertama sekali, mereka akan lihat samada blog anda boleh atau tidak menjana income untuk anda, dengan kata lain ... sesuai tak diletakkan iklan Adsense di dalam blog.

Jika tidak sesuai, atau langgar terma dan syarat (samada semua atau sebahagian), mungkin permohonan anda akan ditolak. Namun, jangan risau, Adsense akan menghantar email kepada anda sehingga permohonan anda diterima sepenuhnya.

Google seboleh-bolehnya akan mahu anda capai keinginan anda untuk jana income menerusi blog. Ikuti sahaja saranan, teguran, dan tips yang diberikan.

Orait.

Jika anda masih ada bermasalah, atau mahukan rujukan yang baik untuk faham bagaimana nak buka akaun Adsense atau ketahui cara-cara buat duit dengan blog ini, boleh dapatkan Panduan Adsense Revive.

Muat-turun panduan tersebut di pautan ini - KLIK SINI UNTUK BELAJAR ADSENSE/BLOG JANA INCOME

Anda tentu akan lebih semangat untuk menulis blog selepas adanya akaun Adsense ini. Selepas dah dapat approval Adsense, anda akan teruja setiap kali terima email seperti di bawah ini, memberitahu anda bahawa duit dalam USD sudah dipindah-masuk ke akaun bank anda.
Email beritahu duit Adsense sudah dipindah ke akaun bank Malaysia

Semoga bermanfaat.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wow bermanfaat. thanks for sharing

    BalasPadam
  2. Tq...kalau register melalui blog...automatik ke? then tunggu email je kan...awak baru nak berjinak - jinak..mohon tunjuk ajar...lembap sikit hal - hal macam ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement