Alahai anak bongsu saya ni, kecik-kecik lagi dah bijak semacam ..  Aha .. tak padan dengan kecil, cakap pun masih tunggang terbalik, dah pandai pergi bershopping kat pasaraya dengan abang-abang dan kakaknya.

Baru-baru ni saya bawa anak bongsu saya, si Najmi ke pasaraya baru buka di Nibong Tebal. Anak saya ni, baru berusia setahun 3 bulan (ketika post ini ditulis). Saja je ngajak dia berjalan-jalan waktu bulan puasa, lagipun nak abiskan waktu yang ada bersama abang dan kakak dia.

Tak Padan Dengan Kecil, Dah Bijak Bershopping

Tak Padan Dengan Kecil, Dah Bijak Pergi Bershopping


Pasaraya tu masih baru, jadi tak banyak lagi kedai jualan yang dibuka. Maka, kawasan pun memang lapanglah. Lapang selapang-lapangnya ... hehe.

Kalau biasa, jika saya bawa Najmi ke pasaraya, saya akan masukkan dia dalam troli. Tapi kerana kawasan pasaraya tu lapang, dan tak banyak gerai niaga .. maka saya lepaskan Najmi ikut kehendak kaki dia.

[Dah Baca?] Najmi Dah Usia Setahun

Lagipun, Najmi dah pandai berjalan. Malah, Najmi dah mula berjalan sejak berusia 9 bulan lagi (kalau tak silap). Makanya, memang waktu-waktu ini, Najmi tengah 'gila-stereng' .. haha.

Saya beranilah nak lepaskan Najmi sebab ada abang-abang dan kakaknya yang boleh jaga, perhati, pantau dan 'kepung' Najmi jika berada di luar kawalan.

Siapa yang ada anak kecil tentu tahu betapa susah nak awasi anak kecil yang baru 'dapat' kaki ni. Uhh meratalah si Najmi ni berjalan. Tak takut satu benda pun. Semua nak explore.

Tapi yang bagusnya ialah, bila saya kata nak balik .... terus je si Najmi ni bawa troli ke kereta. Tak pusing lain dah. Najmi tolong abangnya menyorong troli yang dah ada barang-barang siap dibayar. Uhh macam orang besooo je dah. Tak padan dengan kecil tu ..haha .. troli pun lagi besar dari badan.
Tak Padan Dengan Kecil, Dah Bijak Pergi Bershopping
Tak Padan Dengan Kecil, Dah Bijak Pergi Bershopping

Najmi tak meragam apa-apa. Tak minta apa-apa pun semasa di pasaraya. Najmi lebih excited nak explore je dan kenal sekeliling.

[Baca] Kak Maira Dah Pandai Suapkan Najmi Makan

Sesekali, bolehlah saya bawa Najmi ni pergi bershopping bersama. Kalau selalu, jenuh juga ... takut nanti dia dah tersangat faham yang ada banyak benda boleh dibeli di pasaraya besar .. hoho.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tak lama lagi pandai lah dia minta itu ini.. jagaaa.. haha.. awal ye najmi jalan 9 bulan tu awal tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement