RinggitPlus Banner

Obses Berselfie Ada Masalah Psikologi atau Mental

AI Trade
Siapa sini gemar berselfie atau berswafoto? Aha, anda patut tahu, anda berkemungkinan ada masalah psikologi atau boleh dikategorikan sebagai golongan yang kekurangan kasih sayang, kurang keyakinan diri dan mahukan perhatian.

Ini bukan kata-kata saya ye, ini adalah laporan akhbar yang saya petik, yang disertakan dengan hasil kajian di luar negara. Agak menakutkan juga bila tahu obses dengan berselfie ini boleh dikategorikan sebagai satu masalah psikologi atau mental.

Obses Berselfie Boleh Bawa Kepada Masalah Psikologi atau Mental

Obses Berselfie Boleh Bawa Kepada Masalah Psikologi atau Mental
Memetik kata dari seorang pakar motivasi dan kaunselor, saudara Hushim Salleh; individu obses berselfie tanpa mengira masa dan tempat bahkan keselamatan hingga sanggup menggadai nyawa dikesan adalah mereka yang tergolong  kurang kasih sayang atau amnya tidak bahagia sejak zaman kanak-kanak.

Katanya, situasi berkenaan dikesan berdasarkan  kekerapan kedatangan mereka yang mengadu obses berselfie ke pusat rawatan kaunseling beliau yang terletak di Taman Sri Andalas, Klang.

Gemar Selfie Ada Masalah Zaman Kanak-Kanak

Daripada penelitian beliau, didapati perlakuan mereka yang gemar berselfie ini ada kaitan dengan cara didikan keluarga sejak  zaman  kanak-kanak. Golongan ini dikesan adalah mereka yang terpencil atau tidak mendapat kasih sayang penuh daripada ibu bapa serta ahli keluarga. Misalnya kehidupan dalam situasi keluarga berpecah belah.
Sebab kenapa seseorang gemar berswafoto


Disebabkan itu, mereka terdorong mencari kepuasan hidup dengan mengambil gambar sendiri atau dalam istilah bahasa Malaysianya berswafoto. Katanya lagi, mereka ini sebenarnya ‘lonely’ dan terdorong mencari hiburan sendiri.

Encik Hushim juga menambah, dari sudut negatif individu obses berswafoto adalah mereka yang ‘excited’ atau cukup suka menonjolkan diri kepada masyarakat namun pada masa sama mereka adalah golongan individu mempunyai masalah psikologi dan berbeza personaliti (split personality).

Ada Kaki Selfie Suka Kena Kecam

Saya seperti bersetuju dengan pendapat yang diberikan. Bukan apa, kadangkala saya hairan .. mengapa ada mereka yang masih gemar berselfie dengan cara yang boleh mengundang kecaman serta komen negatif. Makin pelik ialah, mereka sedar bahawa gambar selfie tersebut memang boleh menerima kecaman tetapi kekal dan terus melakukannya.

Nak lagi pelik, mereka tak kisah pun gambar mereka tular menjadi kecaman, dan tak hairan langsung dengan kecaman serta komen-komen berbaur negatif, lucah, menghina yang diterima. Seolah-olah, memang mahu tindakan itu dibuat ... tanpa ada rasa untuk menghalang atau berhenti dari melakukannya.

Ia Satu Masalah Psikologi -  Mental Disorder

Dalam satu laporan akhbar lain, saya memetik Pakar Perunding Psikiatri dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid yang berkata; beberapa tahun kebelakangan ini, pakar psikiatri dari seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu ‘mental disorder’ terutamanya yang mendatangkan kemudaratan.

Menurut pakar ini, setakat yang diketahui terdapat kajian dijalankan di United Kingdom dan India terhadap 225 golongan muda melalui selfitis behavior skill bagi melihat tahap keseriusan mereka berselfie, hasilnya ....
Kategori masalah berkaitan berselfie
Didapati lebih 65 peratus daripada 225 orang berkenaan mengalami masalah selfitis behaviour scale (SBS) yang dikategorikan sebagai selfitis borderline, selfitis akut dan selfitis kronik.

3 Kategori Masalah Selfitis Behaviour Scale

Buat anda yang mungkin tak tahu kategori masalah tersebut, saya ringkaskan di bawah ini untuk pengetahuan ...

  1. Selfitis borderline bermaksud mereka yang berselfie sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan tidak memuat naik gambar dalam media sosial.
  2. Selfitis akut dikategorikan mereka yang berswafoto sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial
  3. Selfitis kronik pula mereka yang berswafoto lebih daripada enam kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial 

Aha, kategori ini adalah bersandarkan kepada kajian yang disebut oleh Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid itu tadi ye.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan berswafoto juga mempunyai kaitan dengan ‘narsisistik personaliti’ bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit psikiatri seperti anxiety disorder, dan ketagihan. Malah, kesan daripada sibuk berselfie boleh menyebabkan komplikasi penyakit mental.

Contohnya, bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit was-was atau kurang berkeyakinan berkaitan penampilan, maka mereka akan berselfie kerana mahu memastikan diri kelihatan sempurna dalam alam maya.
Obses Berselfie Boleh Bawa Kepada Masalah Psikologi atau Mental
Hmm .. adakah anda berada dalam kategori-kategori disebutkan di atas tu? Kena lihat balik pada aktiviti selfie yang sering kita buat. Jangan sampai kita terlalu obses dengan selfie sehingga boleh terarah kepada masalah psikologi atau mental.

Turut diberitahu, aktiviti berswafoto yang terlalu kerapa juga dikaitkan dengan individu yang bangga dengan diri sendiri, mengharapkan pujian orang ramai. .... ehemm ....


Moga kita tak tergolong dan terhindar daripada apa yang dikatakan oleh mereka yang pakar tu. Mungkin perlu lebih banyak kajian mengenai aktiviti berselfie ni dibuat, khusus terhadap rakyat Malaysia ...

Rakyat Malaysia bukan sahaja antara pengguna laman Instagram terbanyak yang dikaitkan dengan muat-naik gambar selfie ke internet, malah pengguna agak aktif juga dalam laman TikTok dan juga Bigo Live. Jengg ... hahaha.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

1 Comments

  1. glamour gk org malaysia ni... plg byk selfie... hehehe.... hopefully buat apa pun semoga niat ke arah kebaikan....

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.