19 Jun 2018

Mudahnya Buat Duit Dengan Blog Dengan 3 Cara Ini

Kerja Kosong Sambilan
HASRUL HASSAN Online Blog

Mudahnya buat duit dengan blog!! Aha, mesti ada yang tak percaya ... lagi-lagi yang belum pernah ada blog sendiri. Sebenarnya blog merupakan cabang jana income sampingan yang best kalau tahu cara-caranya. Ramai lagi yang tidak tahu bahawa blog memang boleh memberikan income yang diinginkan.

Buat mereka yang masih lagi tidak tahu, post kali ini saya akan tunjukkan beberapa bukti bahawa blog memang boleh buat duit, dan memberikan income bulanan yang mudah untuk diperoleh. Paling seronok, menerusi blog, anda dengan mudah boleh buat duit dalam matawang asing seperti USD.

Mudahnya Buat Duit Dengan Blog Dengan 3 Cara Ini ..

Cara nak jana pendapatan dengan blog sendiri
Saluran paling mudah nak jana income dengan blog ialah menerusi pengiklanan. Pengiklanan yang macamana? Buat mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan blog, saya sukacita nak beritahu bahawa terdapat lebih daripada 3 cara nak menjana income menerusi pengiklanan di blog anda.

Google Adsense

Pertama ialah menerusi Google Adsense. Ini adalah cara paling asas untuk menjana pendapatan menerusi blog. Anda tidak perlukan modal apa-apa pun untuk beroleh income dengan Google Adsense. Apa yang diperlukan ialah sebuah blog dan satu akaun Google Adsense.

Apa yang menarik mengenai Adsense ialah:
  1. Ia platform pengiklanan percuma. Hanya daftar dan letakkan kod tertentu ke dalam blog anda, dan blog akan menjana income secara automatik setiap hari. Tak perlu jual apa-apa, tak perlu nak promosikan apa-apa produk. Pendaftaran pula adalah percuma.
  2. Anda hanya perlukan samada blog atau laman web untuk mula mendapatkan duit dengan Adsense ini. Dan paling menarik ialah, anda boleh menjana income USD ini bermula dari sebuah blog percuma (blogspot/wordpress).
  3. Income diperoleh setiap hari dalam matawang USD. Malah, ada beberapa teknik yang membolehkan blog anda menjana income dalam matawang lain seperti Pound Sterling.
  4. Income dari Adsense ini akan automatik dipindahkan ke dalam akaun bank anda di Malaysia setelah cukup USD100 (minima).
  5. Anda tulis blog dalam Bahasa Melayu pun boleh jana income USD ini.
  6. Blog anda tidak perlu ada pengikut (followers) yang tinggi, malah dengan teknik dan kaedah yang betul, blog anda juga tidak perlu hits yang tinggi untuk menjana USD100 pertama anda menerusi Adsense.

Lihat bukti di bawah, bagaimana Google Adsense memberikan anda duit dalam USD setiap hari, setiap bulan tanpa gagal! Tak perlu jual apa-apa .. tak perlu nak promosi apa-apa produk pun. Cukup dengan mempunyai blog dan tulis serta kongsikan kisah, pendapat atau apa sahaja di dalam blog anda.
Google Adsense - Teknik termudah buat duit dengan blog percuma
Apa yang dipaparkan di atas merupakan income blog menerusi Adsense dari salah satu akaun Adsense milik saya dari sebuah blog berbahasa Melayu yang mula diterbitkan sekitar awal tahun 2017.

Menarik tak? Tentu seronok kan boleh jana income dalam USD hanya dengan menulis blog? Dah la buat blog pun secara percuma. Tak best ke macam tu? Siapa weihh nak bagi duit dengan membaca bebelan dan tulisan anda .... huhu .. tapi dengan Adsense, mereka akan bayar anda.

Nak belajar lagi cara nak jana income dengan USD ini, dan bagaimana nak dapatkan akaun Google Adsense, bolehlah gunakan panduan ini - Raja Adsense Revive.

Panduan Raja Adsense adalah panduan yang saya gunakan sejak awal-awal saya menulis blog untuk ketahui cara jana income USD termudah di internet. Elok dibaca, dihadam dan dipraktikkan .. terutama untuk mereka yang baru nak belajar cara mudah nak buat duit dengan blog.

Program Affiliate Percuma

Buat duit dengan tulis blog


Keduanya adalah menerusi program affiliate percuma. Ada banyak program affiliate yang boleh anda daftar secara percuma dan mula menjana income yang anda inginkan. Seperti mana Google Adsense, anda cuma perlu letakkan kod tertentu di dalam blog anda.

Ia akan keluar seperti iklan di dalam blog. Anda akan peroleh income apabila seseorang yang klik pada iklan tersebut membeli produk yang diiklankan. Income tersebut merupakan komisen atas setiap penjualan. Lebih banyak ianya terjual, maka lebih banyak komisen anda akan terima.

[Dah Baca?] 13 Nota Penting Cara Jana Income Sampingan Dengan Affiliate

Paling best mengenai komisen daripada program affiliate ini ialah, anda boleh jana sebanyak mana yang mungkin tanpa had. Selain ianya program percuma, anda tidak perlu bersusah-payah pun nak mempromosi apa yang dijual menerusi program affiliate ini.

Dengan hanya menggunakan blog anda, apa yang perlu anda buat ialah bercerita mengenainya atau paling malas pun, letak je kod iklan yang disediakan. Tu paling mudah dan paling senang nak buat duit dengan blog menerusi program affiliate ni.

Nak bukti? Di bawah ini adalah sebahagian income yang saya peroleh menerusi salah satu program affiliate percuma ini..
Ada beberapa program affiliate. Malah ada program affiliate dari luar negara yang boleh anda sertai secara percuma. Dan komisen yang dibayar pula adalah dalam USD.

Program ini juga tidak memerlukan anda mempunyai blog yang ramai pengikut atau ada trafik yang tinggi. Ia bukan kriteria utama untuk buat duit dengan program affiliate. Hari ini anda buat blog sendiri, esok dah boleh gunakan program affiliate ini untuk menjana income sampingan dengan blog.

[Dah Tengok?] Klikjer - Jana Income Menerusi Program Affiliate Percuma

Income yang terkumpul juga akan secara automatik masuk ke akaun bank anda. Anda tidak perlu nak memohon pengeluaran atau 'cash-out'. Cukup bulan, anda akan diberitahu menerusi email bahawa ada duit masuk ke akaun bank ... huhu.. best tak?

Pengiklanan Lansung

Ketiga ialah menerusi pengiklanan langsung. Anda buat blog secara percuma samada menerusi blogspot (blogger.com) atau wordpress; kemudian anda dapatkan hits yang tinggi untuk blog anda ... lepas tu selepas beberapa bulan, anda tawarkan kepada sesiapa sahaja untuk meletakkan iklan di blog anda dengan bayaran tertentu.

[Baca Ni] Buat Duit Dengan Blog Menerusi SushiVid

Cara ini agak susah sedikit namun ada beberapa platform yang menyediakan servis untuk memperkenalkan blog anda kepada syarikat-syarikat yang ingin beriklan di blog anda. Anda boleh daftar dengan platform ini secara percuma, tetapi nanti income yang diterima perlu dikongsi bersama penyedia servis.

Walaupun saya kata agak susah sedikit, namun ia masih lagi cara mudah untuk buat duit dengan blog tanpa perlu anda jual apa-apa. Anda cuma perlu tulis sahaja apa yang pengiklan inginkan. Bayaran yang boleh anda terima adalah sehingga RM1000 untuk satu post! Menarik tak?
Bagaimana blog boleh buat duit
Macamana? Dah tahu dah ke bagaimana sesebuah blog itu boleh menjana pendapatan sampingan? Anda tak perlu bekerja untuk hasilkan sebuah blog yang boleh menjana income. Anda cuma perlu sediakan sebuah blog sendiri dan kemudian beritahu orang lain yang anda ada blog.

Anda boleh beritahu sanak sedara, jiran, kawan-kawan mahupun kenalan di Facebook... bahawa anda ada sebuah blog yang kongsikan cerita-cerita menarik tentang percutian anda, tentang famili anda, tentang resepi anda, tentang hobi anda .. atau apa sahaja.


Inilah cara saya buat blog dan ketahui betapa mudahnya buat duit dengan blog. Anda juga seharusnya mencuba sebagai salah satu alternatif untuk menambah sumber kewangan sedia ada.

Nak tahu lebih banyak peluang jana pendapatan dengan blog? Nak tahu teknik dan kaedah buat duit menerusi internet? Boleh ikuti blog saya ini, dan subscribe di ruangan yang disediakan. Hanya perlukan alamat email anda yang sah untuk menerima segala tips percuma yang saya berikan.

Mudahnya Buat Duit Dengan Blog Dengan 3 Cara Ini Hasrul Hassan 4.5 of 5
Mudahnya buat duit dengan blog !! Aha, mesti ada yang tak percaya ... lagi-lagi yang belum pernah ada blog sendiri. Sebenarnya blog merupaka...

Artikel Terkait

9 Komen

saya masih belajar dan terus mencuba untuk menjana duit dari blog...

biasanya kurang berjaya semenjak dua menjak ini

Google adsense macam sukar jer nak lulus..huhu

Blog affiliate madam baru ada tanda-tanda boleh buat duit dengan blog. So to all netizen and readers out there.. Jom create and have your own blog. To get your own sweet income.

Skrang dah senang. Cubalah gunakan panduan reviev tu ye

Terima kasih untuk nota ini. Boleh buat rujukan

Kena konsisten .. istiqomah ..

Cuba jangan berhenti mencuba..

Betul... MAcam-macam cara dah nak buat duit dengan blog

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon