12 June 2018

Cucur Udang Masak Sendiri Baru Puas


Dah lama tak buat Cucur Udang. Kali ini, untuk berbuka puasa ... saya buat cucur udang, resepi baru.. haha. Best kalau nak masak cucur ni, kita boleh eksperimen macam-macam. Dulu, saya letak ibu roti, nak bagi Cucur Udang saya jadi kembong bila goreng .. haha.

Saya jarang beli Cucur Udang kat luar. Bagi saya, masak Cucur Udang sendiri baru puas. Saya boleh letak udang besar-besar, saya boleh letak kucai, taugeh, bawang ikut suka saya. Rasa pun boleh terjamin sedap ya amat ..hahahaha.

Resepi Cucur Udang Sedap Untuk Berbuka Puasa

Bulan puasa ni dah dua kali saya masak Cucur Udang. Tapi untuk bulan Ramadan ni, saya gunakan resepi standard.

Bahan-Bahan

  • 3 cawan tepung gandum .
  • 600 gram udang sederhana besar (lebih pun tak apa). Buang kepala dan ekor.
  • 3 sudu besar cili kering kisar.
  • Sebiji telur.
  • Kucai.
  • Taugeh.
  • 1 sudu besar garam.

Cara Memasak

  1. Campurkan semua bahan-bahan di atas di dalam sebuah bekas - tepung, udang, cili kisar, kucai, taugeh, garam.
  2. Kacau sebiji telur dalam satu bekas asing, dah nampak kembang sikit baru masukkan sekali ke dalam bahan-bahan lain. 
  3. Tambahkan 1-2 cawan air ke dalam bahan-bahan. Gaul semuanya sehingga sebati.
  4. Biarkan selama beberapa minit, atau masukkan sebentar ia ke dalam peti ais. Anggaran 5 - 10 minit ..lebih sehingga sejam dua pun tak mengapa ..hehe.
  5. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya.
  6. Goreng bancuhan tadi. Masukkan sedikit demi sedikit guna senduk.
  7. Bila dah nampak kekuningan, baru angkat. Gunakan api sederhana.
Sedap ... serius. Rahsia sedapnya ialah pada telur dan juga tak gunakan bawang. Ingat tak tentang resepi Nasi Goreng Kampung yang viral tu, mana ada gunakan bawang .... huhu.

Sebelum ni, andai saya masak atau buat resepi masak-masak, saya suka nak letakkan bawang banyak .. tapi tidak untuk resepi Cucur Udang bulan ramadan kali ini. Oh ya, saya juga tidak gunakan mayonis untuk gebukan Cucur Udang saya kali ini ..nyata ia lebih sedap ..haha...

[Dah Baca?] Resepi Buah Melaka

Kalau nak mencuba, bolehlah try resepi di atas tu .. hahahaha .. eceh macamlah anda perlukan resepi nak masak Cucur Udang .. kah kah.


Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

1 Komen sahaja

cucur udang makan panas-panas cicah sos cili dan minum teh o panas, wow memang terbaik

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon