RinggitPlus Banner

Cabai Apa Ni Bah? Inilah Solok Lada

AI Trade
Hari tu pergi ke sebuah pasaraya baru di Nibong Tebal. C-Mart namanya. Ketika bulan ramadan baru ni, dah dua kali saya dan anak-anak ke C-Mart ni. Agak lapang dan besar juga, tetapi disebabkan ia masih baru .. masih banyak lagi barangan atau produk yang belum diletakkan di rak jualan.

Semasa dok jalan-jalan dalam pasaraya C-Mart ini, saya pun pergilah ke ruangan barang basah. Saya sebenarnya nak mencari sayur untuk hidangan berbuka puasa. Asyik berbuka penuh lauk je, tapi sayur tak ada. Cari kat bazar ramadan pun, tak ramai peniaga yang jual sayur siap masak.

Cabai Muda Solok Lada

Solok Lada
Tengah dok melihat sayur yang ada dijual dalam C-Mart tu, ternampaklah bahagian cabai. Ada cabai masak, ada cabai muda .. dan ada cabai lagi muda .. haha.

Anak saya, si Maira pun tanya ...

"Ni cili apa abah?"
"Ni la solok lada ... cabai yang lagi muda dari cabai muda tu .." sambil saya menunjukkan cabai/cili muda yang bersebelahan cabai masak kemerah-merahan.

"Huh solok lada?"
"Tak pernah dengar pun bah ... " kata Maira.

"Ni la cabai yang letak sama dengan nasi kerabu tu .. pernah tengok kan? yang Mama selalu makan tu" saya cuba nak terangkan.

"Tak tahu .. " selamba je jawapan Maira.

"Ala .. kalau orang jual Yong Tau Fu .. kan ke ada benda ni ... tak perasan ehh?" kata saya.

Saya pun sebenarnya tak tahu wujudnya cabai warna hijau muda begini ... dan tak tahu ianya ada dijual di sini. Kalau warna hijau tua yang biasa tu .. memang normallah dan senang jumpa, tapi ni .. warna hijau tersangat muda.

Harga pula agak mahal berbanding cabai atau cili yang lain. Mungkin sebab keunikkannya untuk dijadikan solok lada.
Cabai Apa Ni Bah? Inilah Solok Lada


Hmmm solok lada adalah salah satu menu terkenal di Kelantan dan juga Terengganu. Kebiasaanya ianya diletakkan bersama nasi Kerabu. Kalau di sebelah sini, solok lada selalu ada pada pilihan menu dalam Yong Tau Fu.

Jadi, nak dikatakan sukar nak jumpa tu, memang taklah jugak. Cuma cari kedai yang ada jual Yong Tau Fu lah .. huhu.

Resepi Solok Lada

Saya difahamkan, agak sukar juga nak sediakan resepi Solok Lada ni. Solok Lada ialah cili muda yang disumbat dengan isi ikan dan juga kelapa. Kalau nak tahu resepi ni, boleh tonton video di bawah ini...







Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

11 Comments

  1. Besaq cabai ni.. klu buat solok lada mmg best nk² klu pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan, first time saya tgk dijual kat pasaraya ni

      Delete
  2. Tak sah makan nasi kerabu kalau takde solok lada hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha.. saya jika beli yong tau fu pun akan ambil Solok lada ...

      Delete
  3. fuh sedap tu solok lada makan dgn nasi kerabu

    ReplyDelete
  4. Susah nk jumpa cili hijau jenis tu.. Klau jumpa confirm buat lauk solok lada. Tapi kalau dah xde cili hijau yg biasa tu pun ok.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Memang susah nak dapat, tu sbb harga dia pun agak mahal dibandingkan dwgn cabai lain tu

      Delete
  5. Lama pulak rasanya tak makan Nasi Kerabu.. Lagi-lagi solok lada nih.. Adeh...lapar pulak rasa tekak ni..

    ReplyDelete
  6. menu kegemaran saya ni. Setiap kali balik Kelantan, mesti minta mak buatkan solok lada banyak-banyak. lepas tu kami bawa balik Perak, simpan dalam Freezer (Top oading yang boleh tahan selama 3 bulan). Nak makan je, kita akan keluarkan sikit-skit, panaskan dalam microwave.

    ReplyDelete
  7. Tak tau pun ada jual ke tak perasan eh. Yang perasan betul masa beli nasi kerabu

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.