RinggitPlus Banner

Buat Visa Murah ke Australia, Cuma RM20 Je

AI Trade
Uishh .. saya tak tahu pun kos nak menyediakan dan membuat Visa ke Australia cuma RM20. Murah tu. Saya ingatkan ia akan ambil kos dalam beberapa ratus ringgit atau lebih daripada RM20. Rupanya, memang ada syarikat yang kendalikan pakej percutian ke Australia yang sediakan sekali visa ke Australia dengan kadar RM20 sahaja.

Servis Buat Visa Murah ke Australia Cuma RM20 Sahaja

Servis Buat Visa ke Australia Cuma RM20 - Memang Murah
Daripada apa yang saya tahu, harga nak buat visa Australia ni dalam $AUD20 - ini kebiasaannya. Paling murah saya pernah lihat adalah RM25 untuk satu visa. Jadi, harga buat visa Australia .. kalau dah cuma RM20 memang dah tersangat murahlah tu.

Saya ada lihat beberapa laman web yang sediakan servis membuat visa Australia ni, caj yang dikenakan untuk dapatkan visa ke Australia memang cukup mahal... ada sampai USD178 .. perghhhh Terkejut juga saya tengok. Paling murah pun .. tu la .... dalam USD20 dan AUD20.
Servis buat visa Australia harga murah
Servis buat visa Australia harga murah
Daripada screenshot di atas tu, nampak kan .. yang caj dikenakan untuk visa Australia tu agak mahal kan?

MuslimTravelBug Tawar Buat Visa Australia Harga Murah

Aha .. tapi menerusi MuslimTravleBug.com; anda boleh dapatkan visa ke Australia ini dari serendah RM20 untuk satu visa. Proses nak dapatkan pun, mudah dan senang serta cepat. Anda tak perlu tunggu lama, apply je online, dalam masa 24 jam .. anda dah boleh dapat visa ke Australia diuruskan oleh MuslimTravleBug ini.
Cara mohon Visa Australia secara online
Ohh untuk mereka yang tak biasa dengan visa ni, saya kongsi sedikit info am mengenainya; almaklumlah .. selalunya biasa kita dengar passport je kan ...

Apa Beza Visa dengan Passport?

Visa ialah dokumen perjalanan yang di keluarkan oleh sesebuah negara yang memberi keizinan untuk kita berada di negara tersebut dalam sesuatu tempoh dan waktu . Ia sedikit berbeza dengan passport kerana passport hanyalah dokumen yang mengesahkan kita boleh ke luar negara. Tidak semua negara memerlukan kita memohon visa. Namun, Australia adalah salah satu negara yang perlukan visa untuk dimasuki.

Visa dikeluarkan oleh pejabat-pejabat kedutaan, pejabat konsulat, pesuruhjaya tinggi atau di Konsulat British bagi negara-negara yang tidak mempunyai pejabat kedutaan di Malaysia. Kebanyakan pejabat kedutaan di Malaysia berlokasi di Jalan Ampang.


Dua Jenis Visa ke Australia

Terdapat 2 jenis visa. Satu visa yang boleh kita pohon terus dengan cara ke pejabat kedutaan atau secara online dan juga visa yang boleh dipohon ketika sampai di sesebuah negara. Visa yang boleh di pohon ketika kita telah pun berada di pintu masuk negara tersebut di panggil visa on arrival (VOA ).

Bagaimanapun untuk visa on arrival ( VOA ) tidak semua negara menawarkannya. Kita harus meneliti syarat-syarat yang perlu di patuhi kerana setiap satu negara mempunyai syarat-syarat mereka sendiri. Australia tidak menawarkan VOA kepada rakyat Malaysia dan ia perlu dipohon terlebih dahulu ketika kita masih berada di dalam negara.

Visa ke Australia sah untuk tempoh 12 bulan dari tarikh ia di keluarkan. Visa ini boleh di gunakan tidak kira berapa kali kita ke Australia cuma untuk setiap percutian itu tidak melebihi jangkamasa di tetapkan iaitu 3 bulan.

Cara Memohon Visa Australia

Australia merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem permohonan visa yang canggih. Cara permohonan visa Australia untuk rakyat Malaysia boleh dilakukan melalui laman web mereka di Electronic Travel Authority atau ETA.

Aha .. harga yang dikenakan adalah AUD20 untuk satu visa.

Tetapi menerusi MuslimTravelBug.com; anda boleh dapatkan visa ke Australia dengan harga cuma RM20 sahaja. Jauh beza tu ... dengan RM20 dengan AUD20 tu ye .. angka je sama, tapi watawang berbeza.

Kalau nak memohon visa murah ke Australia boleh terus ke link berikut - Servis Visa Australia Harga Murah

Jangan risau, tiada caj tambahan lain akan dikenakan. Apa yang anda tengok iaitu RM20 untuk satu visa Australia, itulah yang perlu anda bayar. Semuanya secara online, dan visa akan diterima juga secara online. Hanya ambil masa 24 jam sahaja untuk proses permohonan visa ni.

Melancong ke Australia, Apa Yang Best Ehh?

Saya tak pernah pergi melancong atau bercuti ke Australia. Tetapi saya ada la beberapa kenalan dan rakan yang pernah bercuti ke negara yang terkenal dengan Walabi dan Kanggaroo ni.

Kata mereka, Australia memang satu destinasi percutian yang menarik. Ada banyak tempat juga nak dilawati memandangkan ia sebuah negara pulau yang agak besar.

Antara destinasi terkenal yang menjadi pilihan pelancong ke Australia ialah seperti:
Destinasi menarik melancong ke Australia

  • Sydney Opera House
  • Great Barrier Reef Marine Park
  • Uluru-Kata Tjuta National Park
  • Melbourne
  • Bondi Beach
  • Daintree National Park
  • Kangaroo Island

Dan banyak lagi ....

MuslimTravelBug adalah salah satu syarikat pengendali pakej percutian yang semakin dipercayai di Malaysia. Selain menguruskan visa ke Australia, syarikat ini juga mengendalikan pakej percutian ke Korea Selatan, Turki, Jepun, China, India, Hong Kong dan banyak lagi termasuklah negara Eropah.

Saya ada kongsikan beberapa pakej menarik disediakan MuslimTravelBug ini, dalam beberapa post sebelum ini ...

Orait, bercadang nak bercuti ke Australia? Aha .. apa lagi .. dapatkan servis buat visa murah ke Australia ini, cuma RM20 sahaja .. menerusi MuslimTravelBug - Servis Visa Australia Harga Murah

Semoga bermanfaat buat anda yang gemar melancong ... huhu.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

1 Comments

  1. Sangat menarik. LeYa memang bercadang nak bercuti ke sana bersama Incik Suami, Otomen Taro tahun ni.. Terima kasih atas info ni ye HH

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.