Kejayan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu mencatatkan sejarah apabila parti keramat UMNO tewas setelah 61 tahun mentadbir negara. Ternyata, rakyat telah bersuara, suka atau tidak, ini adalah suara majoriti rakyat yang dahagakan perubahan.
Ratu Naga Punca Sebenar Kerajaan BN Tumbang?
Namun, siapakah yang menjadi tunjang atau akar umbi yang membuka mata rakyat sejak dahulu lagi? Siapakah yang sebenarnya telah membuatkan rakyat berani untuk bersuara lantang? Adakah dari suara penyokong Parti Keadilan (PKR) atau Parti Demokratik Rakyat (DAP)? Atau sebenarnya datang daripada suara penyokong tegar kerajaan Barisan Nasional itu sendiri??Ahaaa... jeng jeng jeng.
Pernah dengar dengan nama Ratu Naga? Pernah tahu akan kisah seorang wanita digelar Ratu Propaganda ini?
Jika anda seorang yang memang tidak ambil tahu langsung mengenai politik di Malaysia, memang nama ini seolah sangat asing.. haha. Sebut Ratu Naga ibarat macam tajuk komik ciptaan Ma Wing Shin atau Tony Wong yang pernah popular dengan Raja Rimba dan Naga Wira pada tahun 80an - 90an.
Pendedahan Otai Reformasi
Seorang aktivis politik, Otai Reformasi telah tampil membuat pendedahan di mana beliau mendakwa Ratu Nagalah yang sebenarnya telah memainkan peranan penting sehingga kerajaan Barisan Nasional berjaya dijatuhkan, dan membolehkan Pakatan Harapan membentuk kerajaan setelah menang besar dalam PRU14.Tulisan Otai Reformasi ini ada dikongsikan di blog SiakapKeli.my
Ada beberapa bahagian daripada perkongsian itu menarik perhatian saya untuk dikongsi di sini ...
**
Jika anda masih ingat, pada 26 Jun 2016, UMNO telah mengambil tindakan untuk memecat Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO, Shafie Afdal sebagai Naib Presiden UMNO & Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah & ahli Majlis Tertinggi UMNO. Mereka ini dipecat kerana mempertikaikan 1MDB, betul atau tidak?
Tindakan Tun Mahathir yang keluar dari UMNO pada 29 Feb 2016 turut menjadi punca kenapa ketiga-tiga pemimpin tertinggi UMNO ini dipecat kerana dilihat menjadi orang belakang atau orang kuat kepada Tun M.
Namun, mungkin anda sudah lupa, pada 6 Ogos 2015, seorang wanita iaitu rakyat biasa telah disaman oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak atas akta sakit hati.
Tun Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, Shafie dan pemimpin Pakatan lain juga pernah menegur dengan ‘keras’ kepada seorang Perdana Menteri; tetapi sekalipun mereka tidak pernah didakwa. Ajaib bukan?
Apa ‘istimewanya’ wanita yang bergelar rakyat biasa ini hingga boleh didakwa sebegitu? Menjadi orang pertama yang didakwa dalam akta sakit hati kerana berniat menyakiti hati seorang Perdana Menteri, pastinya apa yang dilakukan oleh wanita ini membuatkan kita tertanya-tanya.
Dia Kepala Strategi Perang Cyber UMNO BN
Pada asalnya, wanita tersebut sangat terkenal sebagai kepala strategy utama perang cyber UMNO Barisan Nasional. Dia yang sangat berpengaruh di dalam Barisan Nasional dan menjadi ikon pakar perang saraf UMNO menjadi aset paling penting yang dimiliki parti itu untuk melawan pembangkang.Tetapi, wanita itu telah tampil membuat satu tindakan mengejut yang lantas mengubah kehidupannya. Dia dengan beraninya menghina Najib Razak kerana tidak mahu berkompromi dengan beliau dalam mempersetujui TPPA iaitu Perjanjian Trans Pacifik yang sangat kontroversi hingga dibanggakan oleh Presiden Amerika ketika itu.
Syarul Ema Rena atau terkenal dengan nama 'Ratu Naga' seorang wanita yang menjadi inspirasi rakyat Malaysia untuk berani bangkit bersuara melawan Barisan Nasional. Wanita ini hatinya kering, biarpun diserbu di rumah dengan kehadiran berbelas-belas pegawai polis dan SKMM hanya kerana dia mengeluarkan kenyataan mempertikaikan TPPA sahaja. Dasyat bukan?
**
Berikut merupakan rentetan penglibatan Ratu Naga yang disenaraikan oleh Otai Reformasi tersebut sehingga menurutnya telah membangkitkan suara rakyat sehingga menjadi punca sebenar kerajaan BN tumbang pada PRU14.
- 6 Ogos 2015 - keluarkan kenyataan menghina Najib Razak kerana TPPA
- 18 Januari 2016 - diserbu berbelas-belas pegawai polis di kesdiaman rumahnya berapa hari selepas TPPA ditanda tangani
- 26 Febuari 2016 - didakwa akta sakit hati kerana sengaja menyakiti hati Perdana Menteri & mengaku tak bersalah atas tindakannya
- 16 April 2016 - menjadi tulang belakang deklarasi rakyat walau pun tidak duduk depan
- 26 Mei 2016 - Chegubard menyerang Deklarasi Rakya dengan memfitnah Ratu Naga membeli data
- 27 Mei 2016 - Ratu Naga menjawab fitnah Chegubard dengan bersumpah
- 10 Jun 2016 - Ratu Naga serbu sidang media Chegubard yang memfitnah namanya dan deklarasi rakyat
- 10 Oktober 2016 - Ratu Naga masuk Parti Keadilan Rakyat untuk tebus salah dan balas budi jadi pengimbang Anwar dan Mahathir
- 12 Oktober 2016 - Ratu Naga memohon maaf di depan istana kehakiman yang disaksikan oleh beribu penyokong Anwar Ibrahim sewaktu menunggu keputusan perbicaraan Anwar Ibrahim
- 5 Ogos 2016 - diserbu dengan ramai pegawai polis dalam keadaan sarat mengandung
- 21 September 2016 - diserbu dengan ramai pegawai polis pada tengah malam dalam keadaan berpantang
- 12 Disember 2016 - Ratu Naga diserang 30 orang Jamal Yunos kerana hantar bantuan air
- 12 Jun 2017 - Ratu Naga bawa 500 orang UMNO masuk PKR
- 3 Febuari 2018 - Ratu Naga serah diri untuk di soal siasat
Uishhh ... banyak juga kes melibatkan Ratu Naga ni ye .. haram satu pun saya tak pernah tahu sangat .. haha ...
Menurut Otai Reformasi lagi ...
**
Wanita kental ini banyak menghabiskan masa membahayakan diri untuk membuka mata rakyat sejak berhenti menyokong BN dari tahun 2015. Dalam usaha tersebut, banyak kes kebajikan yang dibawakan beliau hingga menjadi kontroversi. Tidak cukup dengan itu, akta fake news sekalipun pun tidak berjaya mematahkan semangatnya yang masih berdegil dalam menyuarakan hak rakyat.
“Saya pernah naikkan Barisan Nasional dengan tangan ini, dan tangan ini juga akan pastikan Barisan Nasional kalah pada PRU14”. Kenyataan beliau pada Ogos 2015, kini menjadi kebenaran. Ini lah bukti nyata, jangan sesekali memperlekehkan kuasa wanita.
**
Satu pendedahan yang menarik bukan? Sekarang daripada anda tak tahu siapa Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena, sekarang anda dah tahu ...sepertimana saya yang juga baru tahu .. haha.
Padanlah kenapa Ratu Naga ini diangkat sebagai seorang wira oleh sesetengah pihak. Banyak juga kes melibatkan nama Ratu Naga ini ye. Dan tak sangka juga dulunya Ratu Naga ini terkenal sebagai pakar perang saraf dalam politik.
Errrr .. entah-entah, penulisan dan perkongsian Otai Reformasi ini juga salah satu daripada teknik perang saraf menggunakan platform blog .. huhu.
Di akhir perkongsian Otai Reformasi itu, berikut ditulis ...
***
Ini lah yang dikatakan wira tidak didendangkan. Semoga pemimpin Pakatan membuka mata mengingat jasa besar beliau. Wanita ini tekad mengambil keputusan meninggalkan kemewahan di bawah Najib Razak dan berusaha membantu kemenangan Pakatan Harapan wajar diberi pujian.
Terima kasih ‘Ratu Naga’ kerana manjadi inspirasi rakyat untuk bangkit. Walau pun satu hari nanti, kerajaan Pakatan Harapan akan melupakan usaha beliau, tapi bagi kami rakyat Malaysia, jasa besar wanita ini dalam membangkitkan suara rakyat akan sentiasa dikenang.
***
hasihh... saya pun baru tahu pasal ratu naga ni... nice sharing HH
ReplyDeletepernah dengar nama tapi tak tau apa yg dibuat oleh ratu naga..nice sharing :)
ReplyDeleteramai lagi ada... dia bukan main utama...
ReplyDeletetulah tiba2 hot cerita ratu naga ni. tapi tak paham sangat sebab kenapa.. dah baca ni baru paham. baguslah ada juga wanita yang berani macam dia.
ReplyDeleteBerani kerana benar takpe ..jgn berani sebb salah .
Deletesaya pun baru tahu...
ReplyDeletetak sangka sangat berani menentang arus..
boleh dikatakan wirawati la nie
Kemana menghilang nya ratu ni sekarang,baru terbaca kehebatan nya.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.