Bayaran khas Aidilfitri 2018. Dalam pembentangan Bajet 2018 yang lalu, pihak kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberikan bayaran khas sempena Aidilfitri 2018 sebanyak RM500.00 kepada semua penjawat awam persekutuan.

Makluman Bayaran Khas Aidilfitri 2018 Kepada Kakitangan Awam


Bayaran Khas Aidilfitri 2018 Kepada Kakitangan Awam
Bayaran khas Aidilfitri sebanyak RM500.00 untuk penjawat awam ini akan dibayar pada 7 Jun 2018, seperti yang termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2017 (JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (21)).

Malah, bayaran khas Aidilfitri 2018 sebanyak RM250.00 juga akan diberikan kepada semua pesara kerajaan yang menerima pencen.

Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM500.00 diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dengan syarat bahawa pegawai telah berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut pada tahun 2018.

Tempoh 30 hari berturut-turut adalah termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, semua jenis cuti separuh gaji, semua jenis cuti tanpa gaji, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2018.

Pekeliling Perkhidmatan Awam Berkaitan Pembayaran Khas Aidilfitri 2018

Ok. Untuk maklumat penuh dan lebih terperinci mengenai pembayaran khas sempena Aidilfitri 2018 untuk kakitangan awam ini, bolehlah rujuk pada pekeliling tersebut di bawah:


Sumber: Laman JPA

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alhamdulillah . Rezeki kepada penjawat kerajaan kali ni . Semoga kita dapat manfaatkan rezeki ini utk perkara baik. Jom visit https://www.ketamkecil.com/kenapa-tulang-patah-tak-bercantum-cantum/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement