Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia yang baharu sudah pun umumkan barisan kabinet yang terkandung 13 kementerian utama. Walaupun senarai nama menteri dan kementerian yang dikeluarkan bukan senarai penuh kabinet 2018, tetapi ia dianggap penting untuk memastikan Malaysia mempunyai sebuah kerajaan yang berfungsi.

Diterajui oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kabinet baru kerajaan Pakatan Harapan ini melakarkan beberapa sejarah penting dalam arena politik Malaysia dan juga dunia.

11 Perkara Menarik Mengenai Barisan Kabinet Pakatan Harapan

11 Perkara Menarik Mengenai Barisan Kabinet Pakatan Harapan
Daripada senarai nama menteri kabinet yang diumumkan itu, ada beberapa perkara menarik yang umum perlu tahu. Saya telah senaraikan 11 perkara atau fakta menarik mengenai barisan kabinet yang baru sahaja diumumkan, dan in Sha Allah, akan dilantik dan dibentuk secara rasmi pada Isnin 21 Mei 2018.
Fakta Menarik Barisan Kabinet Pakatan Harapan
Saya suka nak menyenaraikan perkara-perkara menarik tersebut, supaya dapat dibuat panduan dan rujukan secara ringkas akan kabinet baru Kerajaan Pakatan Harapan ini. Anda mungkin akan kagum apabila mendapati bahawa sejarah tercipta dengan pembentukan kabinet baru Pakatan Harapan ini setelah pertama kali menang besar dalam Pilihan Raya Umum.

Jom mari sama-sama lihat apa yang menariknya barisan kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Fakta sejarah ni yang pastinya menarik untuk diketahui dan dikongsi.

#1 - Tun Mahathir - Perdana Menteri Dalam Usia 92 Tahun

Tun Mahathir, Perdana Menteri Tertua di Dunia
Ini satu sejarah. Tidak pernah lagi ada mana-mana Perdana Menteri Malaysia yang mengangkat sumpah jawatan atau memegang jawatan ini di usia 90an. Tun Mahathir juga melakar sejarah sendiri di dunia, sebagai Perdana Menteri Tertua di Dunia yang memegang jawatan menurut The Guardian.

#2 - Tun Mahathir - Dua Kali Jadi Perdana Menteri 

Tun Mahathir - Dua Kali Jadi Perdana Menteri
Satu lagi sejarah tercipta. Tun Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali. Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri yang keempat Malaysia pada 16hb Julai 1981, menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun.

#3 - Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia

Aha, satu sejarah .. inilah pertama kali seorang wanita dilantik dalam kabinet kerajaan Malaysia sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Ia menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan meletakkan wanita di Malaysia pada satu tahap yang jauh lebih dihormati dan disegani berbanding dengan kerajaan pimpinan Barisan Nasional sebelum ini.

#4 - Menteri Kewangan Dari Ahli Parlimen Berbangsa Cina

Ini juga satu sejarah apabila seorang Ahli Parlimen berbangsa Cina dilantik mengetuai Kementerian Kewangan, salah satu daripada kementerian yang paling penting. Dalam kabinet kerajaan PH, Lim Guang Eng, yang merupakan setiausaha agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah dinamakan sebagai Menteri Kewangan.

Kali terakhir seorang Ahli Parlimen berbangsa Cina dilantik menjadi Menteri Kewangan adalah Tun Tan Siew Sin (MCA) pada 1959 dalam kabinet Kerajaan Persekutuan di bawah Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak. Sebelum itu, jawatan ini turut dipegang oleh Ahli Parlimen berbangsa Cina iaitu Tun H.S Lee, bapa kepada Tun Tan Siew Sin.


#5 - Dua Orang Doktor Kemudi Barisan Kabinet PH

Ini merupakan pertama kali kerajaan Malaysia diterajui oleh dua orang bekas doktor perubatan. Tun Dr. Mahathir sebelum bergiat aktif dalam politik, merupakan pengamal perubatan dan mempunyai sebuah klinik perubatan di Alor Setar, Kedah. Sebelum itu, Tun Mahathir pernah berhasrat untuk sambung belajar untuk menjadi doktor pakar tetapi dinafikan oleh bossnya ketika itu.

Manakala, Datuk Seri Wan Azizah adalah bekas seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Beliau telah berhenti daripada kerjaya sebagai doktor pakar pada 1993 apabila suaminya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

#6 - TPM Pakatan Harapan adalah Isteri Bekas TPM Malaysia

Ini satu lagi perkara unik apabila Datuk Seri Wan Azizah, Timbalan Perdana Menteri yang baru dalam kabinet kerajaan PH adalah isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dipenjarakan beberapa kali.

Ini bermakna, pertama kali dalam sejarah suami-isteri menjawat dan pernah menjawat jawatan kedua tertinggi di dalam pentadbiran negara.

#7 - Tiga Wanita Dilantik Menteri Penuh

Ini merupakan pertama kali wanita diberikan lebih tempat dalam kabinet kerajaan Malaysia. Dalam barisan kabinet baru Pakatan Harapan, ternampakkan 3 orang wakil wanita dilantik menjadi wanita penuh.

Mereka yang dilantik sebagai memegang portfolio pentadbiran dalam kerajaan PH ini ialah Datuk Seri Wan Azizah - Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Rina Harun - Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Datuk Zuraida Kamaruddin - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


#8 - Kabinet Pakatan Harapan Bersaiz Kecil

Samada anda sedar atau tidak, barisan kabinet kerajaan PH yang diumumkan oleh Perdana Menteri bersaiz lebih kecil. Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan dan pertindihan bidang kuasa setiap kementerian.

Seandainya ada penambahan, saiz kabinet PH ini kemungkinan tidak akan lebih daripada 25 kementerian atau menteri penuh, berbanding dengan kerajaan sebelum ini.yang mempunyai sehingga 30 jawatan menteri, yang ada di antaranya berada di bawah satu bumbung iaitu di Jabatan Perdana Menteri. Dalam kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, terdapat sehingga 8 orang menteri berada di dalam Jabatan Perdana Menteri.

#9 - Akaun Twitter Mat Sabu, Menteri Pertahanan

Akaun twitter rasmi Mat Sabu Menteri Pertanian Malaysia
Menteri Pertanian opps Pertahanan yang baru Mohammad Sabu tidak pernah mempunyai akaun twitter rasmi sebelum ini, malah beliau merupakan antara ahli politik dan menteri yang baru sahaja mempunyai akaun twitter pada bulan Mei 2018.

Agak berbeza dengan barisan kabinet kerajaan sebelum ini, yang rata-rata menteri kabinet mempunyai akaun twitter mereka sendiri.

#10 - Menteri Penuh Pertama dari Golongan Singh

Ini merupakan pertama kali dalam sejarah politik dan pentadbiran Malaysia, seorang menteri penuh dilantik dari golongan kaum Singh. Beliau ialah anak kepada mendiang Karpal Singh, iaitu Gobind Singh Deo yang dinamakan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

#11 - Council of Elders

Seperti dalam filem terkenal 'Lord of The Ring', kabinet kerajaan PH mempunyai Council of Elders. Ini tidak pernah ada sebelum ini dalam pembentukan sebuah kerajaan. Council of Elders ini terdiri daripada golongan berwibawa dalam bidang ekonomi, bertujuan untuk bantu Kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji-janji manifesto yang kritikal membabitkan ekonomi dan kewangan negara.
Mereka ini terdiri dari Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Marican, Tan Sri Robert Kuok dan Professor Jomo Kwame Sundaram pada peringkat awal penubuhannya.

Orait, begitulah perkara-perkara atau fakta menarik yang ingin saya kongsikan mengenai pembentukan barisan kabinet baru Kerajaan Pakatan Harapan ini. Mungkin senarai ini tidak begitu mantap kerana research singkat yang saya jalankan.

[Baca Juga] Apakah 10 Janji Kerajaan Pakatan Harapan Wajib Tunaikan Dalam 100 Hari

Anda mungkin mahu menambah sesuatu daripada apa yang telah saya berikan ini. Jika ada, boleh sahaja tinggalkan komen anda dalam ruangan disediakan, atau email sahaja kepada saya menerusi ruangan contact.

Semoga ada manfaat dan dijadikan panduan serta rujukan kelak.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. banyak sejarah yg dicipta... rasanya mat sabu tu menteri pertahanan :)

    Jemput untuk sertai giveaway terbaru
    http://aerillhassan.blogspot.com/2018/05/giveaway-ramadhanraya-2018-by-aerillhassan.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhh kesilapan typo .. macam nampak sama je Pertanian dengan Pertahanan .. errrrkkk ... dem. Kena tukau cermin matalah camni.

      Padam
  2. Alhamdulillah semoga kerajaan baru membawa Malaysia ke era baru...

    BalasPadam
  3. Good to know. Banyak benda menarik dalam pilihanraya tahun ni. Kalau tak, rasa suam2 kuku je hehe

    BalasPadam
  4. semoga kabinet kali ini dapat membawa perubahan kepada Malaysia

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement