Siapa yang teringin nak buat bisnes tudung secara sampingan? Aha .. ini peluang baik terutama sekali surirumah yang mahu menceburi bisnes menjual tudung ini. Kalau tak reti dan tak tahu nak bermula, maka bolehlah dapatkan sebuah ebook yang baru sahaja diterbitkan oleh pihak Klikjer, iaitu Bisnes Tudung.

5 Alasan Untuk Anda Ceburi Bisnes Tudung

Bisnes Tudung
Bisnes tudung ni memang best. Isteri saya pun pernah buat bisnes tudung ni, jual hanya kepada kawan-kawan dan kenalan rapat. Mudah sangat nak dijual. Apatah lagi bila tiba satu-satu trend tudung terbaru yang hangat.

Apalagi alasan ehh mengenai bisnes tudung ni yang merupakan antara lubuk mencari rezeki berniaga di Malaysia?

Sempena pelancaran ebook "Bisnes Tudung" semalam, maka disini, saya ingin kongsikan tentang 5 kelebihan yang mungkin boleh menjadikan alasan kenapa bisnes tudung ni best dan wajar diceburi oleh mereka yang nak mencari pendapatan sampingan, terutama sekali kaum wanita dan golongan surirumahtangga.

1. Bisnes Evergreen

Ya! Tudung ni adalah produk evergreen, maksudnya, ada permintaan sepanjang masa. Tak kira waktu, setiap hari dan setiap bulan, memang ada sahaja orang yang membeli tudung.

Tudung ni tak macam bisnes kuih raya. Kuih raya ni permintaannya tingggi masa musim raya je, iaitu sekali setahun, lepas raya... permintaan kuih akan jadi suam-suam kuku sahaja.
Bisnes Tudung
Berbeza dengan tudung.. kalau tak musim raya pun, memang ada banyak permintaan. Tapi bila masuk musim nak raya, permintaannya akan melonjak antara 3 hingga 4 kali ganda dari bulan biasa.
Jadi, tidak hairanlah akak-akak yang jual tudung ni boleh jana untung belas-belas hingga puluh-puluh ribu sebulan jual tudung sewaktu musim raya. Macam tak percaya kan? Tapi memang ada bukti dah ..

2. Modal Mula Rendah

Satu lagi kelebihan bisnes tudung ni, modal untuk nak mula bisnes ni juga sangat rendah! Nak start dia, tak perlu susah-susah nak beli peralatan apa-apa. Hanya perlu beli stok tudung sahaja! Sekitar 3-4 ratus ringggit.

Malah, kalau takde modal langsung pun, masih boleh start dengan modal 0.. iaitu buat secara dropship!
[post_ads]
Apa yang penting, kita kena tahu siapa target market kita dan tudung apa yang mereka suka beli & pakai. Bila kita tahu je perkara ni.. kita dah boleh start jual walaupun masih belum ada stok di tangan.

3. Tiada Tarikh Expired

Tudung ni adalah kategori produk tiada expired. Jadi, kita boleh simpan lama.

Tak seperti produk makanan, atau produk kosmetik. Kalau kita jual barang makanan, bila tak habis.. nak tak nak, kena buang. Kalau makanan kering, paling lama pun boleh tahan, mungkin dalam 1-2 tahun. Lepastu, ia akan rosak dan tidak boleh digunakan. Sama juga produk kosmetik, ada tarikh luput.

Berbeza dengan tudung, ia tiada tarikh expired.
Bisnes Tudung

Kalau rasa susah nak terjual sesuatu tudung tu. Kita boleh bagi harga diskaun atau buat sale. Tapi kalau masih tak terjual juga! Boleh jadikan sebagai produk free gift! Takdelah produk tu terbuang sia-sia.

4. Boleh Buat Dari Rumah!

Ini adalah kelebihan terbesar bisnes tudung. Especially untuk golongan surirumah. Bisnes ni kita boleh buat dari rumah je. Jual pun secara online je. Pos barang pun tak perlu susah-susah gi pejabat pos, abang posmen boleh datang pickup barang. Memang mudah.
[post_ads_2]

5. Produk Senang Jual

Of course, jual tudung ni tak macam jual ubat kurus atau ubat putih kulit. Kena cerita panjang lebar dan tunjuk segala bukti dan testimoni bagai. 

Untuk jual tudung ni, cukup sekadar tunjuk gambar tudung yang dipakai oleh wanita dengan wajah yang ceria dan gembira, serta.. sedikit penerangan tentang jenis kain serta harganya. Memang mudah!.

Ada banyak lagi kelebihan bisnes tudung ni kalau nak cerita.

Tapi cukuplah dengan 5 kelebihan ini dulu.

Jika anda rasa berminat nak tahu lebih lanjut tentang selok-belok bisnes tudung nie. Dapatkan segera ebook "Bisnes Tudung" di SINI
Bisnes Tudung
Dalam ebook tu.. akak tu dah bocor siap-siap senarai supplier serta, macam mana strategi dia jual tudung sampai untung belas-belas ribu. Malah, siap tunjuk juga cara nak buat tudung jenama sendiri.

Semuanya dia dah tulis dan ceritakan dalam ebook tu!

Memang rugi kalau tak dapatkan ebook ni.

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Menarik juga bisnes tudung ni. Tapi betul lah, kena tahu target audience dan market yang ,macam mana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, dalam jenis tudng .. ada yang sesuai untuk kanak-kanak, remaja, belia, orang tua ... ada harga mampu, ada yang mahal .. :)

      Padam
  2. assalamualaikum HH...bagus juga kan...menarik jual tudung ni...

    BalasPadam
  3. kalau dilihat bisnes tudung ni mmg takkan pudar. makin ramai wanita berhijab sekarang. bermacam fesyen boleh diilhamkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Ala .. kalau tudung bawal biasa dulu pun masih laku keras dijual skrang ni. In Sha Allah .. boleh untung dan pulang modal dalam berniaga bisnes tudung ni.

      Padam
  4. Itulah yang Bunda sedang buat...baru2 je nak berjinak2 dropship tudung...

    BalasPadam
  5. setuju! tudung pun ada banyak jenis. saya yg nak membeli ni pun rambang mata. hehehehee

    BalasPadam
  6. ada sebenarnya lelaki yang dasat jual tudung ni..tapi aku takde le minat, sebab jenis warna je ada berapa puluh..fuhh

    BalasPadam
  7. awak dah pernah bisnes aparel termasuk tudung,,,yang paling penting supaya sukses adalah model, kualitas, harga dan kepercayaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. model? ke modal? Tapi ya juga pasal model tu .. nak jual perlu peraga dan iklankan. Tanpa iklan, orang takkan tahu ..

      Padam
  8. wow.. tudung memang keperluan dan akan beredar mengikut zaman... yang penting, tutup apa yang patut ditutup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan setakat PATUT .. memang wajib pun jika seorang muslim .. hehe .. skrang orang bukan muslim pun nak bergaya dengan tudung2 cantik.

      Padam
  9. jom lawat blog kami @ https://www.ketamkecil.com/pesakit-endometriosis-perlu-elakkan-perkara-yang-dicadangkan-oleh-pakar-sakit-puan-no-2-paling-ramai-orang-buat/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement