26 April 2018

Senarai Terkini Parti Politik Malaysia Beserta Logo Rasmi

Jika anda masih belum mengetahui kesemua 53 parti politik yang ada di Malaysia, maka mungkin post saya kali ini boleh membantu. Saya telah menyenaraikan kesemua 53 parti politik yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebelum 1 April 2018.

Penyenaraian 53 parti politik berdaftar ini disertakan sekali dengan logo rasmi setiap parti yang berkenaan. Kemungkinan ada logo dan juga senarai parti politik yang tidak biasa anda nampak dalam pilihan raya sebelum-sebelum ini ... jadi, bolehlah diketahui menerusi post ini.

Senarai Parti Politik di Malaysia Beserta Logo Rasmi

Senarai Parti Politik di Malaysia Beserta Logo Rasmi
Jom tengok senarai 53 parti politik yang wujud di Malaysia, termasuklah di Sabah dan Sarawak, beserta dengan logo parti masing-masing. Ada yang biasa anda nampak? Anda yang tak pernah anda nampak? Atau tak pernah tahu pun wujud parti-parti politik tersebut?

Inilah masa untuk tahu serba sedikit ... jom ..
Ok. Dah tengok senarai di atas? Dah kenal logo-logo rasmi setiap parti politik yang ada di Malaysia (sehingga April 2018)? Kesemuanya ada 53 parti politik yang didaftarkan menerusi SPR Malaysia. Banyak kan? Tapi tak banyak yang diketahui umum.

Senarai Parti Politik Yang Ada di Malaysia

Meh tengok senarai tu sekali lagi ..
  1. Barisan Nasional (BN)
  2. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)
  3. Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  4. Parti Islam Se Malaysia (PAS)
  5. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
  6. Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)
  7. Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)
  8. Parti Tindakan Demokratik (DAP)
  9. Parti Liberal Demokratik (LDP)
  10. Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP)
  11. Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) Malaysia United People’s Party (MUPP)
  12. Parti Maju Sabah (SAPP)
  13. Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR)
  14. Parti Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA)
  15. Parti Pekerja Sarawak (SWP)
  16. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN)
  17. Parti Barisan India Se-Malaysia (AMIPF)
  18. Parti Punjabi Malaysia (PPM)
  19. Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
  20. Parti Amanah Negara (AMANAH)
  21. Sarawak United People’s Party (SUPP)
  22. Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)
  23. Parti Kongres India Malaysia (MIC)
  24. Parti Bersatu Sabah (PBS)
  25. Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)
  26. Parti Persatuan Cina Malaysia (MCA)
  27. Parti Kongres Ceylonese Malaysia
  28. Parti MakkalSakti Malaysia (M.M.S.P)
  29. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  30. Parti Rakyat Sarawak (PRS)
  31. Parti Cinta Malaysia (PCM)
  32. Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)
  33. Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)
  34. Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri)
  35. Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai (Peace Party-Sarawak)
  36. Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS)
  37. Parti Kebangsaan Sabah (PKS)
  38. Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU)
  39. Parti Rakyat Bersatu (UPP)
  40. Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB)
  41. Parti Alternatif Rakyat (PAP)
  42. Parti Cinta Sabah
  43. Parti Warisan Sabah (WARISAN)
  44. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
  45. Parti Solidariti Tanah Airku
  46. Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat)
  47. Parti Bumi Kenyalang (PBK)
  48. Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)
  49. Parti Bersama Malaysia (Malaysian United Party) (MU)
  50. Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan)
  51. Parti Generasi Baru (New Generation Party) (NEWGEN PARTY)
  52. Penang Front Party (PFP)
  53. Parti Damai Sabah (Sabah Peace Party) (Parti SPP)
Kemungkinan parti-parti politik ini tidak diketahuan kerana tiada promosi atau pengenalan setiapnya dibuat di media massa. Alangkah bagus andai setiap parti politik yang ada di Malaysia ini diberikan peluang untuk mengenalkan diri mereka ... setidaknya tak adalah rakyat Malaysia yang blur bila sebut nama parti tertentu.

Oh ya, bagaimana kalau ada calon yang nak bertanding dalam pilihan raya tidak berparti atau merupakan calon bebas? Nak guna logo apa kalau masuk jadi calon pilihan raya?

Logo 'Parti' Untuk Calon Bebas Pilihan Raya

Aha.. berikut adalah logo-logo yang boleh digunakan untuk kegunaan calon bebas bertanding dalam pilihan raya.
Logo pilihan raya untuk calon bebas

Moga fakta menarik mengenai parti politik yang ada di Malaysia ini dapat dimanfaatkan sebagai pengetahuan am berguna untuk semua.

Sumber: Laman Web SPR Malaysia

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

2 Komen

Memang tak tahu pun.
TQ HH for this info.
Oh! patutlah Azwan Ali nak pilih logo gajah ke apa ke satu lagi tu sebab dah sediada logo gajah kat calon bebas hahahahaa....

Wow..banyak rupanya parti politik di Malaysia ni. Ada yang dah tahu, ada juga yang baru tahu. Info yang menarik ni.

www.maisarahsidi.com

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon