Durian Kampung RM5 Sekilo Dari Batu Kurau

Kongsi:

Buah durian kampung dari Batu Kurau, harga murah RM5 sekilogram. Buah durian harga murah dijual di pasar malam.

Musim durian kembali di negeri Perak! Ok ... tak sangka pula musim durian sudah kembali di awal tahun 2018 ni. Alhamdulillah, rasa kepingin nak makan durian dipermudahkan Allah S.W.T apabila saya dapat beli buah durian kampung dari Batu Kurau dengan harga murah, RM5 sekilogram.

Durian Kampung RM5 Sekilo Dari Batu Kurau

Tak percaya je bila harga durian dijual dengan serendah RM5 sekilogram. Sebelum ini, sepengetahuan saya, harga durian paling murah pun ... busuk-busuk pun mesti dalam lingkungan RM8 hingga RM12 sekilogram.

Hari tu, isteri saya balik dari pejabat, beritahu yang ada orang jual buah durian kampung dari Batu Kurau semurah RM8 sekilogram. Tapi isteri saya tak belilah. Lepas isteri cakap je .. tiba-tiba rasa nak makan durian.

[Dah Baca?] Durian Batu Kurau Hanya Rm10 Sekilogram - Memang Puas Hati

Kebetulan, ianya hari Jumaat, ada Pasar Malam di pekan lama Parit Buntar. Isteri saya minta saya carikan buah durian jika ada jual. Kalau dijual dengan harga RM8 - RM10 .. bolehlah beli katanya.

Cari Buah Durian Murah di Pasar Malam

Maka, saya pun pergilah ke Pasar Malam Parit Buntar dengan dua orang anak saya, iaitu Zikri dan Maira. Maira memang hantu durian, sebiji buah durian dia boleh habiskan seorang .. macam arwah moyang dia. Rileks je makan buah durian berulas-ulas sambil tengok video YouTube .. huhu.
[post_ads]
Pusing punya pusing sekitar Pasar Malam Parit Buntar, memang ramai yang jual buah durian. Semuanya claim jual buah durian kampung dari Batu Kurau. Hmmm mungkin musim durian di Batu Kurau dah banyak buah durian yang luruh.

Saya pun nampak ramai juga pengunjung Pasar Malam yang beli buah durian tu. Ada yang angkut dua tiga plastik hitam sarat dengan buah durian. Sah memang murahlah.

Rata-rata peniaga yang jual buah durian Batu Kurau letakkan harga antara RM8 - RM12 sekilogram.

Tiba-tiba di satu sudut, saya dan anak-anak ternampak ada 3 orang lelaki yang menjual durian longgok. Wahhh ... selongok buah durian dijual dengan harga RM20. Ada 3-4 biji ikut saiz.

Buah Durian Batu Kurau - Hanya RM5 Sekilogram

Pastu, sebelahnya .. mereka jual durian kampung dengan harga RM5 sekilogram. Wow .. murah betul ni. Tak pernah lagi saya jumpa orang jual buah durian dengan harga timbang sebegini murah. Mana weihh nak dapat RM5 sekilogram buah durian kampung sekarang ni .. .memang susah nak jumpa!
Jadi, tanpa fikir 24 jam .. saya pun beli sehingga 7 biji buah durian kampung dari Batu Kurau ni. Bayar dalam RM40 ... uhh seronok Maira bila saya beli buah durian sehingga dua plastik besar.

Sebelum saya bayar, saya check dulu isi buah durian. Ni tips penting kalau nak beli durian longgok atau durian yang dijual dengan harga murah, lebih-lebih lagi durian kampung yang kurang berjaga. Bila puas hati, baru bayar, dan beli.

Hmm .. bila balik rumah, terkejut isteri saya bila bawa balik banyak buah durian. Kata saya ...

"Lima ringgit je sekilo ..."

"Murahnya .. dah tengok isi dia tak? kang semua tak boleh makan ..." kata isteri saya.
Alhamdulillah, walaupun ada beberapa ulas isi yang tak boleh nak dimakan sebab masam, namun saya puas hati, anak-anak puas hati dan isteri saya juga puas hati.

Najmi pun teruja dapat merasa pegang dan makan buah durian kampung dari Batu Kurau ni ... hehe.
[post_ads_2]
Semua makan dengan puas buah durian kampung Batu Kurau. Yang masam, isteri saya simpan untuk buah tempoyak.

Kiranya berbaloilah dengan apa yang dibayar. Tak adalah bayar beli durian dengan kulit semata .... haha.

[Dah Baca?] Rezeki Dapat Ikan Segar Dari Power Plant Penang

Sahabat saya juga ada beritahu durian dah muncul dengan banyak sekitar Slim River, Sungkai dan Kampar. Jadi, kalau teringin nak makan durian kampung, bolehlah datang ke negeri Perak. Untung-untung, anda boleh dapat harga jual buah durian murah macam saya dapat, hanya RM5 sekilogram.

COMMENTS

BLOGGER: 4
Loading...
Panduan Iklan Adwords
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,73,Abah Blogger,38,Advertorial,130,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,39,advertorial 2015,7,ARTIKEL KEHIDUPAN,7,ARTIKEL KEKELUARGAAN,7,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,148,Bicara Minda,72,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,76,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,56,Buat Duit Online,370,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,44,Contest 2014,16,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,diskaun saman PDRM,2,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,817,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,356,FAKTA MENARIK,106,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,26,Giveaway,9,Hari Raya,57,Hartanah,60,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,House Husband,599,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,59,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,36,Info GST,14,Informasi,553,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,9,Inspirasi,16,Inspiration,4,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,46,Kekeluargaan,149,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,100,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,58,KISAH KELUARGA,49,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,22,KONGSI PETUA,2,KTM,17,Lawak Blogger,38,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,391,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,11,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,432,Panduan Adsense,19,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,4,PDRM,1,Pelaburan,29,Pendapat,31,Penghargaan Dari Bloggers,8,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,92,Percutian Keluarga,14,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,18,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,57,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,533,Semesti,2,SENI,3,Shopping,133,Shopping Online,4,Sihat Cantik,8,SIHAT SOKMO,17,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Menarik,209,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,116,Tips Blogging,325,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,83,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,53,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,117,Work From Home,11,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog: Durian Kampung RM5 Sekilo Dari Batu Kurau
Durian Kampung RM5 Sekilo Dari Batu Kurau
Buah durian kampung dari Batu Kurau, harga murah RM5 sekilogram. Buah durian harga murah dijual di pasar malam.
https://3.bp.blogspot.com/-L_Q0G-gX7Vc/WsLbo8MiFoI/AAAAAAAAvLU/SNcM8BL5YYEExbHbJjDHkSXDR6gkb-I_gCLcBGAs/s1600/durian-lima-ringgit-sekilo.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-L_Q0G-gX7Vc/WsLbo8MiFoI/AAAAAAAAvLU/SNcM8BL5YYEExbHbJjDHkSXDR6gkb-I_gCLcBGAs/s72-c/durian-lima-ringgit-sekilo.jpg
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog
https://www.hasrulhassan.com/2018/04/durian-kampung-rm5-sekilo-dari-batu.html
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/2018/04/durian-kampung-rm5-sekilo-dari-batu.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Muatkan Semua Post Tidak ditemui sebarang post PAPAR SEMUA Seterusnya Balas Batal balas Padam Oleh Utama LAMAN POST Papar Semua PILIHAN KHAS UNTUK ANDA TAG ARKIB SEARCH SEMUA POST Tidak ditemui sebarang post berkaitan Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis sebentar tadi 1 minit lalu $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Semalam $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy