3 April 2018

Diskaun Saman JPJ Bermula 2 April - 2 Mei 2018


Siapa sini ada saman tertunggak dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)? Jika ada, terdapat peluang untuk anda menjelaskan saman JPJ yang ada dengan tawaran diskaun 70% bermula dari 2 April hingga 2 Mei 2018.

Diskaun Saman dan Kompaun JPJ Sebanyak 70% Bermula 2 April - 2 Mei 2018

Pengumuman pengurangan dan diskaun saman JPJ sebanyak 70 peratus ini dibuat oleh YB Datuk Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia sempena Sambutan Hari JPJ Ke-72.
Diskaun Saman dan Kompaun JPJ Sebanyak 70% Bermula 2 April - 2 Mei 2018

Kesalahan Tidak Dibenarkan Diberikan Diskaun

Diskaun saman JPJ 70 peratus ini walaubagaimanapun terhad untuk kesalahan jalanraya tertentu sahaja. Sebanyak lima kesalahan utama telah disenaraikan sebagai tidak layak untuk mendapat diskaun 70 peratus ini, iaitu:
  1. Kesalahan Sistem AWAS
  2. Kompaun AES
  3. Kesalahan 'Berat Dengan Muatan' atau BDM
  4. Saman mahkamah
  5. Saman/kompaun membabitkan warga asing
Orang ramai yang mahu membayar saman JPJ dengan kadar diskaun 70% ini, mesti berbuat demikian dalam tempoh sebulan bermula dari 2 April sehingga 2 Mei 2018. Pembayaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia seluruh Malaysia.


Untuk makluman, penawaran pembayaran saman JPJ dengan diskaun 70% ini adalah pertama kali dilakukan sejak JPJ ditubuhkan lebih 30 tahun.

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

2 Komen

tak check lagi saman ni, mana tahu ada. boleh terus bayar dah ada diskaun ni

Inilah masa yg paling bagus naknbayar Saman.. mama nak check la kut2 Ada ni

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon