Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung dan rojak buah sebagainya memang sinonim dengan
industri makanan di Malaysia dan perniagaan makanan, sekiranya ditadbir dengan betul dapat
mendatangkan pulangan yang lumayan.

Shinsegae Mamee Lancar Produk Foodservice

Shinsegae Mamee Lancar Produk Foodservice
Ia juga merupakan salah satu industri mampu membantu masyarakat “Bottom 40%” (B40) untuk
berganjak ke dalam kurungan pendapatan yang lebih tinggi.

Kumpulan B40 yang terdiri daripada golongan berkolar biru, graduan yang menggangur dan
berpendapatan rendah, suri rumah dan pesara dengan pendapatan isi rumah median sebanyak
RM3,000.
[post_ads]

Shinsegae Mamee Dilancarkan Untuk Bantu Pengendali Makanan Menjimatkan Masa dan Kos disamping Mengekalkan Kualiti Makanan dan Keaslian Rasa

Shinsegae Mamee Lancar Produk Foodservice
Sempena pelancaran produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang disasarkan kepada peniaga makanan baru-baru ini, Shinsegae Mamee menganjurkan satu sesi panel bersama pihak berkepentingan seperti GIATMARA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membincangkan golongan B40 boleh berjaya dalam industri makanan.

Di dalam satu sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Tn Haji Jamal Nasir Othman berkata, terdapat keperluan sebanyak 91,000 pekerja mahir dalam bidang Food & Beverage menjelang tahun 2020.

“Dianggarkan, hampir 1,000 pelatih bidang F&B mengikuti latihan sepenuh masa di GIATMARA setiap tahun. Setakat ini, GIATMARA telah mengeluarkan 10,570 orang chef. Di GIATMARA, kita berharap agar chef-chef yang dilatih ini dapat mengusahakan perniagaan sendiri,” katanya.
[post_ads_2]
Jamal juga menambah bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) melalui
GIATMARA telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan pengwujudan usahawan dengan memperkenalkan program-program seperti Mobilepreneur & Mobile Truck selain program Rintis Niaga (inkubator).

“Ia adalah satu polisi kerajaan yang amat baik dalam membantu golongan B40 berganjak kepada M40 (Middle 40%) seterusnya T20 (Top 20%),” kata Jamal.

Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA itu juga berpendapat bahawa kerjasama strategik bersama pemain-pemain industri adalah penting bagi memastikan bahawa kualiti pelatih yang dihasilkan adalah berdasarkan keperluan semasa.

[Dah Baca?] Panduan Bisnes Buat Cupcake di Rumah

Tips Jadi Usahawan F&B Berjaya

Beliau menambah bahawa GIATMARA berminat untuk bekersama dengan Shinsegae Mamee
memandangkan produk-produk Shinsegae Mamee Foodservice yang dilancarkan baru-baru ini menarik dan dapat membantu pelatih-pelatih GIATMARA dari segi penjimatan kos dan masa sambil mengekalkan keaslian rasa makanan.

Di dalam sesi panel yang sama, Eksekutif Chef Shinsegae Mamee Chef Faizul Hazly Ghazali berkata bahawa kebolehan memasak semata-mata tidak dapat membantu seseorang chef untuk berjaya dalam perniagaan makanan.

“Untuk berjaya dalam perniagaan makanan, pemilik perniagaan itu harus bijak merancang masa dan
mengawal kos disamping menjaga kualiti makanan yang dihidangkan,” kata Faizul.

Tiada Perisa dan Pengawet Tiruan Dalam Produk Mamee

Shinsegae Mamee Dilancarkan Untuk Bantu Pengendali Makanan Menjimatkan Masa dan Kos disamping Mengekalkan Kualiti Makanan dan Keaslian Rasa
Berdasarkan ketiga-tiga perkara tersebut, Shinsegae Mamee telah mengeluarkan 10 produk segera
Shinsegae Mamee Foodservice yang diperbuat dengan bahan-bahan asli dan tidak ditambah dengan
perisa tiruan dan pengawet tiruan.

“Bila kita dengar perkataan makanan segera, persepsi pertama yang datang ke fikiran kita ialah tak
‘original’. Tetapi, ramai juga chef yang berjaya telah mengambil jalan pintas dengan menggunakan
bahan-bahan segera untuk menjimat kos and masa.

“Walau bagaimanapun, bahan-bahan segera yang digunakan haruslah berkualiti tinggi supaya rasa
dan kualiti masakan mereka tidak terjejas,” kata Faizul.

[Dah Baca?] Memori Maggie Rendam

Eksekutif Chef Shinsegae Mamee itu juga menambah bahawa Shinsegae Mamee Foodservice sedang
cuba mengubah persepsi bahawa semua makanan segera tidak asli adalah tidak benar dengan mengeluarkan gabungan bahan-bahan segera yang tidak ditambah dengan perisa dan bahan pengawet tiruan agar dapat membantu para peniaga makanan mengurangkan kos dan menjimatkan masa dan mengekalkan keaslian rasa makanan tersebut.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Golongan B40 perlu dibantu dengan ilmu dan idea supaya mereka boleh bersaing dalam alam pekerjaan ataupun bisnes sendiri

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement