Ez Buy Kini Dengan JD.com & Mogujie Untuk Lebih Pilihan Bershopping!

Jika anda kaki shopping online, apatah lagi andai anda seorang yang suka berfesyen tentu tahu akan kewujudan lama web Ezbuy.my. Laman web ini menawarkan banyak pilihan produk pada harga yang cukup murah. Bukan setakat untuk fesyen, tetapi juga untuk elektronik, perabot, hiasan dalaman dan banyak lagi.

Terkini, Ez Buy menambahkan lagi koleksi produk yang ditawarkan dengan memperkenalkan seleksi terbaik daripada laman web shopping JD.com dan Mogujie. Ia sesuatu yang sangat menarik kerana dua laman web tersebut yang kini boleh diakses menerusi Ez Buy menawarkan ribuan produk pada harga yang sukar nak ditandingi oleh kedai biasa.

Ez Buy Kini Dengan JD.com & Mogujie Untuk Lebih Pilihan

Anda mungkin tak tahu mengenai kewujudan dua laman web JD.com dan Mogujie ini. Kedua-dua laman web shopping online ini berpengkalan di China. Setiapnya menawarkan pelbagai produk dan barangan yang pelbagai pada harga yang lebih menarik dan mampu.

Info Ringkas JD.com

JD.com lebih dikenali sebagai Jingdong yang dulu asalnya adalah laman web 360buy. Laman web shopping online ini merupakan antara dua business-to-consumer (B2C) terbesar di China berdasarkan kapasiti dan keuntungan. Malah ia tersenarai sebagai syarikat berpengaruh dalam Fortune Global 500 dan juga merupakan pesaing terbesar untuk TMall yang dikendalikan oleh Alibaba.

Info Ringkas Mogujie

Mogujie mungkin satu nama baru buat mereka yang gemar shopping online. Tetapi sebenarnya Mogujie sangat terkenal sebagai sebuah aplikasi untuk fesyen di China, di sebalik terasnya sebagai sebuah syarikat media sosial di China. Jika di Amerika Syarikat, Mogujie lebih dikenali sebagai Mushroom Street dan menjadi antara laman web yang sentiasa trending dengan fesyen terkini.

Cuma satu sahaja buat anda yang ingin shopping online di kedua laman web ini secara terus, iaitu masalah bahasa.

Shopping Lebih Pilihan Menerusi Ez Buy

Ya, kedua-dua laman web shopping online JD.com dan Mogujie menggunakan bahasa Cina yang mungkin menyukarkan pengguna-pengguna di Malaysia mahupun di Asia Tenggara untuk mendapatkan produk pada harga berpatutan di situ.

Tetapi kini, JD.com dan Mogujie sudah tersedia di dalam platform EzBuy.my.

Inilah sebabnya mengapa dan kenapa anda harus login ke laman web EzBuy. Ia kini menawarkan ribuan produk tawaran terbaik dari dua sumber yang 'mewah' dengan pilihan terutama untuk fesyen.
Jika anda seorang pengguna di Malaysia, anda boleh layari EzBuy.my untuk mendapatkan produk menarik pada harga berpatutan dari JD.com dan juga Mogujie. Tak perlu risau mengenai masalah bahasa. Ia telah dipermudahkan di Ez Buy.

Anda tidak perlu lagi ke luar negara untuk bershopping terutama untuk mendapatkan rekaan fesyen terkini sebab semuanya sudah tersedia di Ez buy - Buy Global, Locally.

Jadilah salah seorang dari ribuan orang yang telah menggunakan Ez Buy ini, daftar percuma dan dapatkan baucer shopping bernilai RM15 -Registration - Free RM15 Shopping Voucher

Post a Comment

0 Comments