Wednesday, March 14, 2018

6 Perkara Penting Urus Bisnes Homestay

Baru-baru ini saya ada berkongsi tentang tips untuk melariskan bisnes homestay, selain berikan sedikit panduan bagaimana nak mulakan bisnes homestay ini sebagai salah satu punca pendapatan. Dalam entri tersebut, saya ada sebut tentang satu ebook yang ditulis oleh seorang jutawan Homestay di Malaysia, iaitu ebook Jutawan Homestay.

6 Perkara Penting Untuk Urus Bisnes Homestay

6 Perkara Penting Untuk Urus Bisnes Homestay
6 Perkara Penting Untuk Urus Bisnes Homestay
Walaupun, saya ada ceritakan sedikit sebanyak apa yang bakal anda dapat dengan membaca ebook panduan tersebut, namun masih ada yang bertanya kepada saya, apakah yang terdapat di dalam ebook Jutawan Homestay?

Orait. Saya tahu ramai yang cuba nak mulakan bisnes ini, dan mahu tahu adakah ebook tersebut akan membantu bisnes homestay untuk berkembang.

Ebook Jutawan Homestay tu agak lengkap sebenarnya. Penulisnya bukan calang orang ye. Pernah keluar di dada akhbar tempatan.

Meh meh, saya cuba ceritakan secara ringkas apa yang ada dalam ebook Jutawan Homestay tu.

Sebenarnya, di dalam ebook tersebut, anda boleh baca semua perkara yang penting untuk menjalankan bisnes homestay. Ia bukan satu ebook main tulis dan cedok dari internet. Ia adalah sebuah ebook panduan disediakan bersandarkan pengalaman sebenar penulis.
[post_ads]
Baik. Untuk memudahkan anda hadamkan ilmu-ilmu yang terdapat di dalam ebook tersebut, penulis telah pecahkan isi kandungan ebook tersebut kepada 6 bahagian!

Ya, ada enam bahagian semuanya. Agak banyak kan? Mestilah kalau benar-benar penulis nak bantu mereka yang nak majukan bisnes homestay mereka.

Bahagian 1 - Pemilihan & Pemilikan Homestay

Penulis terangkan bagaimana untuk mengenalpasti lokasi homestay yang HOT dan bagaimana untuk menjalankan bisnes homestay tanpa perlu untuk membeli hartanah di kawasan tersebut.

Ya, tak perlu beli hartanah samada rumah atau apartment untuk jalankan bisnes ni. Nak tahu? Ia ada diceritakan dengan lengkap dalam ebook panduan ini.

[Dah Baca?] Bisnes Dari Rumah

Bahagian 2 - Mempersiapkan Homestay

Perkara Penting Urus Bisnes Homestay - Persiapkan Kelengkapan
Segala peralatan dan bajet untuk menyediakan sebuah homestay telah diperincikan di dalam bahagian ini! Anda tentu terkejut bahawa ada cara mudah dan murah untuk lengkapkan peralatan di dalam homestay anda.

Bahagian 3 - Pemasaran Homestay

Ini adalah bahagian yang paling kritikal, iaitu cara untuk mempromosi dan mendapatkan pelanggan. Ada 9 cara yang boleh kita lakukan. Setiap cara tersebut telah dikupas di dalam bahagian ini dengan terperinci.

Ramai usahawan homestay gagal dalam teknik pemasaran. Disebabkan kegagalan cara pemasaran dan promosi yang betul, homestay yang mereka usahakan terbiar sepi tanpa pelanggan. Lebih parah lagi, pengusaha terpaksa berdepan dengan hutang bank (sebab beli hartanah untuk homestay).

Bahagian 4 - Pelanggan Check-in

Macam mana nak sambut tetamu? Apa dokumen yang perlu diberikan ketika mereka check-in? Bagaimana tetamu boleh self check-in tanpa perlu kita berada di homestay sewaktu mereka sampai? Semua trik tersebut ada diceritakan di dalam bahagian ini.

Jika anda seorang usahawan homestay yang menetap di Kuala Lumpur, tetapi memiliki homestay di Cameron Highlands atau di Janda Baik, Pahang .. anda harus baca bahagian ini dengan teliti.

Bahagian 5 - Pelanggan Check-out

Selepas pelanggan check-out, banyak juga perkara yang perlu dilakukan sebelum pelanggan yang seterusnya masuk. Jika perkara ini tidak diurus dengan baik, pelanggan yang masuk seterusnya, mungkin tidak akan berpuas hati dengan homestay anda.

Bahagian 6 - Mengembangkan Bisnes Homestay

Ini rahsia sulit! Tetapi penulis tunjukkan strategi yang telah digunakan sehingga berjaya mendapat beberapa anugerah. Ketahui bagaimana penulis menerusi beberapa kaedah dan teknik, kembangkan bisnes homestay beliau dari 1 unit kepada 8 unit dalam masa 4 tahun sahaja!

Itulah secara ringkas apa yang terdapat di dalam ebook Jutawan Homestay.

Ebook ini setebal 115 mukasurat dan mempunyai 27 bab. Ianya memang betul-betul padat dan boleh dikatakan, ebook ini adalah ebook yang paling lengkap tentang bisnes homestay.

[Dah Baca?] Panduan Iklankan Homestay Menerusi AirBnb

Usahawan homestay samada yang baru mahupun lama elok dapatkan ilmu di dalam ebook ini. Itupun kalau mahu melihat bisnes homestay yang dikendalikan sekarang ni berkembang dan benar-benar menjana income pasif sepanjang hayat anda.

Mahu serius dalam bisnes ini?

Jika anda berminat untuk dapatkan ebook ini! Klik sahaja gambar di bawah!
[post_ads_2]

6 Perkara Penting Urus Bisnes Homestay Hasrul Hassan 4.5 of 5
Baru-baru ini saya ada berkongsi tentang tips untuk melariskan bisnes homestay , selain berikan sedikit panduan bagaimana nak mulakan bisnes...

Artikel Terkait

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon