Traveloka Banner

Anak-Anak Berseronok di Bird's Paradise Pulau Langkawi

Bird's Paradise adalah salah satu tempat menarik yang wajar anda kunjungi di Pulau Langkawi. Terutama sekali apabila bercuti membawa bersama anak-anak. Bird's Paradise adalah merupakan sebahagian daripada Wildlife Park Pulau Langkawi yang terletak di Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, Pulau Langkawi.

Setiap kali ke Pulau Langkawi, anak-anak saya pasti akan meminta saya membawa mereka ke Wildlife Park and Bird's Paradise ini. Saya boleh katakan ia merupakan salah satu destinasi wajib pergi kalau ke Pulau Langkawi selain Oriental Village.

Berinteraksi Lebih Dekat Dengan Burung Comel di Bird's Paradise Pulau Langkawi

Anak-Anak Berseronok di Bird's Paradise Pulau Langkawi
Bird's Paradise Pulau Langkawi
Anak-anak saya memang seronok kalau pergi ke Bird's Paradise Pulau Langkawi ni. Kesempatan untuk berinteraksi dengan pelbagai jenis burung di sini mengujakan mereka. Yelah, kat tempat lain tak dapat nak buat.

Di Bird's Paradise, anak-anak saya dapat lihat dengan lebih dekat burung-burung comel, sentuh dan beri makan.

Saya pun teruja dan rasa seronok, apatah lagi anak-anak ... haha.

Pun begitu, harga tiket masuk ke Bird's Paradise sedikit mahal (bagi kebanyakkan orang), namun saya nak beritahu bahawa pengalaman yang dapat dikutip oleh anak-anak di sini memang sukar nak dapat kat mana-mana destinasi pelancongan lain.
[post_ads]

Gambar Anak-Anak Berseronok di Bird's Paradise Pulau Langkawi

Meh layan beberapa gambar keletah anak-anak saya berseronok di Bird's Paradise Pulau Langkawi ni.
Bird's Paradise Pulau Langkawi
Beri makan burung di Bird's Paradise Pulau Langkawi
Bird's Paradise Pulau Langkawi
Gambar-gambar di atas adalah kawasan mula-mula akan nampak bila masuk ke dalam Bird's Paradise ni. Akan jumpa kolam ikan dan burung Flamingo selepas bertemu dengan beberapa burung Kakak Tua yang jinak dan sentiasa nampak lapar .. haha.

Part beri makan burung Kakak Tua dan Flamingo memang anak-anak saya sungguh seronok. Lama juga berada di kawasan tu sebelum beredar ke kawasan lain.
Bird's Paradise Pulau Langkawi
[post_ads_2]
Bird's Paradise Pulau Langkawi
Bird's Paradise Pulau Langkawi
Anak saya yang paling bongsu, Najmi pun seronok dapat lihat burung-burung di sini. Sekarang ni, setiap kali saya sebut 'bird' .. mesti dia akan cari. Najmi dah kenal dan tahu bunyi burung.

Apabila bawa anak-anak ke Bird's Paradise ni, mereka nampaknya menghargai kecantikan dan kehidupan burung-burung ini. Mereka belajar banyak perkara tentang cara makan dan apa yang dimakan oleh burung-burung.

Paling best ialah, mereka boleh kenal spesies burung lebih dekat yang sebelum ini tak pernah mereka lihat dan ketahui. Anak-anak dapat beri makan burung-burung comel di atas tapak tangan ... memang awesome melihat keseronokan di wajah mereka.
Gambar Anak-Anak Berseronok di Bird's Paradise Pulau Langkawi
Gambar Anak-Anak Berseronok di Bird's Paradise Pulau Langkawi
Gambar Anak-Anak Berseronok di Bird's Paradise Pulau Langkawi
Jika ke Pulau Langkawi, bawalah anak-anak ke sini ... pasti mereka akan seronok dan banyak cerita yang boleh mereka bawa balik untuk dikongsi dengan kawan-kawan. Malah, kisah mereka pergi ke Bird's Paradise ini akan diingati mereka .... satu peluang untuk anda sebagai ibu bapa untuk lekatkan memori indah bersama mereka.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

3 Comments

  1. Wah seronoknya. Boleh masuk dalam wishlist ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok. Boleh buat terapi, dduuk je dalam tu berjam2 tak mengapa. Ni baru sebahagian je, ada lagi cerita pasal tempat ni.

      Delete
  2. ya..

    pengalam begini memang menjadi bahan cerita untuk mereka dengan kawan-kawan yang lain

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.