Langkawi sebagai destinasi cuti terbaik di Malaysia. Anda dah pernah sampai ke Pulau Langkawi tak? Kalau belum pernah pergi bercuti ke Langkawi, maka ambil peluang untuk menginap di hotel-hotel bajet yang tawarkan harga murah untuk bercuti dan berada di sana. Ada banyak hotel dengan harga murah boleh anda dapati secara online memandangkan Langkawi adalah antara destinasi cuti pilihan terbaik di Asia Tenggara.

Pulau Langkawi terletak lebih kurang 30km dari pantai barat laut utara Semenanjung Malaysia. Sejak beberapa dekad ini, ia menjadi antara pilihan destinasi cuti ramai orang dari serata dunia. Tarikan utamanya tentu sahaja kepada keindahan pantainya dan kawasan alam semulajadi yang masih terpelihara dan terpencil.

Pulau Langkawi Sebagai Destinasi Cuti Pilihan Terbaik

Langkawi Sebagai Destinasi Cuti Pilihan
Saya dan keluarga antara yang sukakan Langkawi sebagai sebuah destinasi cuti pilihan setiap kali cuti persekolahan bermula. Cuma sejak dua menjak ini sahaja, kami belum ada perancangan untuk bercuti ke Pulau Langkawi. Al maklumlah sebelum ini isteri saya mengandung, dan kini dah ada baby baru dalam keluarga. Jadinya nak berjalan dan bercuti jauh sampai ke Pulau Lagenda ini memang satu keberatanlah (masalahat) juga... huhu.

Langkawi Sebagai Destinasi Cuti Pilihan Bajet
Sejak Pulau Langkawi ni terkenal sebagai destinasi cuti pilihan di Asia Tenggara, ia telah menarik banyak pengusaha hotel dan homestay. Dulu, mungkin pilihan nak mencari hotel bajet dan berharga sewaan murah agak sukar, tetapi kini dah semakin mudah. Apatah lagi dah ada banyak laman web tempahan online untuk hotel dah wujud sekarang ni, antaranya Hotels.com, Agoda.com, Booking.com, Trivago, Expedia.com .. tak lupa juga Traveloka dan juga AirAsiaGo.com.


Semua laman web tempahan hotel online ini wujud dengan ghairahnya disebabkan oleh tarikan tempat menarik untuk bercuti seperti yang ada di Pulau Langkawi lah .. huhu... tapi apa yang ada di Langkawi tu sampai ia menjadi tempat pilihan untuk bercuti ehh? Serius .. apa yang sebenarnya ada di pulau yang pernah dikatakan telah terkena sumpahan itu?

Tarikan Utama Pulau Langkawi

Daripada banyak-banyak review dan perkongsian cerita daripada rakan-rakan blogger, antara tarikan utama di Pulau Langkawi adalah Pantai Cenang. Ia merupakan pantai terpanjang atau terbesar serta paling cantik di pulau bebas cukai ini.

Selain itu, pekan utama Pulau Langkawi iaitu Kuah yang hanya sepelaung jaraknya dari Taman Lagenda adalah lokasi paling banyak dikunjungi di sana. Pekan Kuah merupakan tempat atau syurga shopping untuk mereka yang datang ke Pulau Langkawi. Manakala Taman Lagenda yang luasnya lebih daripada 50 ekar mempamerkan taman cantik, selain menunjukkan warisan unik yang ada di pulau tersebut.

Kaki shopping boleh cuba cari barangan yang ingin dibeli di Langkawi Parade Megamall. Langkawi Parade Megamall adalah pasaraya paling besar yang terdapat di Pulau Langkawi. Di sini, bukan sekadar anda boleh jumpa kedai-kedai bebas cukai tetapi juga restoran makanan yang best-best. Aha .. bolehlah shopping produk harga murah tetapi berkualiti seperti pinggan mangkuk, periuk belanga, peralatan dapur, hiasan dalaman, barangan hantaran dan sebagainya.

Tetapi, jika anda mahukan sesuatu yang lebih personal, untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan atau cenderahati, mungkin anda boleh ke Kompleks Budaya Kraf. Di situ, anda boleh dapatkan pelbagai hasil kraftangan tempatan, yang pastinya unik dan menarik

Kejiranan di Pulau Langkawi

Pantai Cenang sememangnya pantai tercantik dan paling popular di pulau ini. Ia mempunyai kawasan pantai yang panjang, dengan pasir halus putih bersih .. saujana mata memandang. Kawasan pantai ini juga ada kedai-kedai menjual cenderahati, selain beberapa restoran dan kedai makan yang sedap-sedap termasuklah yang menjual makanan laut yang segar.

Jangan lupa dengan Pantai Kok yang berada di sebelah barat bahagian pulau. Ia adalah antara pantai yang tidak terusik dengan pembangunan pesat.

Kereta kabel Gunung Mat Chincang Langkawi


Oh ya.. terlupa satu lokasi atau destinasi cuti di Pulau Langkawi yang memang wajib anda pergi, iaitu merasai perjalanan menaiki kereta kabel ke Gunung Mat Cincang. Jika anda gayat dengan ketinggian, inilah masanya untuk melihat sejauh mana rasa ketakutan anda itu dapat dibendung dengan perjalanan kereta kabel antara terpanjang di Asia Tenggara. Jangan lupa untuk merasai kedinginan Air Terjun Telaga Tujuh yang indah.

Bagaimana Untuk Jelajah Pulau Langkawi?

Lapangan terbang utama ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
  • Cara untuk ke pusat bandar dari lapangan terbang ialah dengan mengambil teksi, kadar tambang dalam RM12-RM30 bergantung kepada jenis teksi.
  • Manakala dari lapangan terbang untuk Pantai Cenang, tambang teksi adalah dalam RM20.
  • Cara untuk menikmati dan bercuti di Pulau Langkawi adalah samada anda menyewa motorsikal atau skuter dengan bayaran sekitar RM40 sehari.
  • Namun, cara paling ramai gunakan terutama di kalangan pelancong yang membawa keluarga adalah dengan menyewa kereta (kereta sewa) dengan kadar bayaran serendah RM50 untuk sebuah kereta sehari - bergantung kepada jenis kenderaan yang disewa.
Jeti Pulau Langkawi

  • Menaiki feri samada daripada Kuala Perlis, Kuala Kedah atau Pulau Pinang
  • Dari jeti feri, boleh sewa teksi atau dapatkan kereta sewa dengan kadar sewaan harian berpatutan bergantung dengan jenis kenderaan.

Langkawi Sebagai Destinasi Cuti
Bercuti ke destinasi cuti pilihan ke Pulau Langkawi, mahu lebih jimat dan anda bercuti bajet, maka saya syorkan anda untuk menempah hotel atau homestay bajet menerusi Zenroom. Anda boleh dapat penginapan selesa, dari semurah RM50 semalam menerusi laman web tempahan hotel bajet online ini. Pastikan juga anda cari pakej lawatan ke tempat-tempat menarik di sini, yang bakal memudahkan anda untuk pengalaman percutian yang paling best.

Terus ke sini - http://invol.co/clcxM

Selamat bercuti ke destinasi cuti pilihan Pulau Langkawi ... woot woot ....!!

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement