Untung siapa yang pandai ambil kesempatan dengan benda viral seperti drama Pok Ya Cong Codei. Kalau dalam bisnes printing, anda memang boleh buat duit dengan benda viral seperti apa yang berlaku pada Pok Ya Cong Codei. Anda boleh cetak t-shirt, cetak mug, kalendar, buku nota dan seumpamanya yang bertemakan drama Pok Ya Cong Codei ni.

Seperti dilaporkan akhbar, t-shirt Pok Ya Cong Codei laris akibat fenomena viral telefilem yang dilakonkan Sabri Yunus ini. Lebih 200 t-shirt eksklusif keluaran syarikat produksi telefilem Pok Ya Cong Codei, Balang Rimbun berjaya dijual dalam tempoh 3 hari sahaja!

T-Shirt Pok Ya Cong Codei Eksklusif Laris

T-Shirt Pok Ya Cong Codei
Malah, dilaporkan bahawa t-shirt itu yang turut diedarkan ke seluruh Malaysia, mendapat permintaan luar biasa sehingga pengedar dan pengeluar t-shirt Pok Ya Cong Codei kehabisan stok! Perghh hebat pengaruh telefilem yang berdialek Kelantan ni.
[post_ads]

Harga T-Shirt Pok Ya Cong Codei

T-Shirt Pok Ya Cong Codei
T-shirt Pok Ya Cong Codei eksklusif keluaran Balang Rimbun ini dijual dengan harga RM25 sehelai untuk lengan pendek, dan RM29 sehelai untuk lengan panjang. Jualan t-shirt ini yang bersifat sebagai jualan amal juga adalah membantu memperoleh dana bagi membaiki bumbung sebuah masjid.

Menurut FB salah seorang pengedar, sejumlah hasil jualan bagi setiap pembelian t-shirt ini akan disumbangkan kepada tabung wakaf bumbung Masjid Eh Chu di selatan Thailand.

Video Perasmian T-Shirt Pok Ya Cong Codei


[post_ads_2]
Menurut salah seorang pengedar sah baju t-shirt Pok Ya Cong Codei, dia dan pelanggan yang telah menempah terpaksa menunggu stok secara berperingkat kerana kilang yang mencetaknya tak mampu untuk mencetak t-shirt tersebut secara sekaligus.

Uhh kalau anda peminat telefilem ini, dan suka dengan lakonan Sabri Yunus dalam Pok Ya Cong Codei, tentu teringin nak beli ... bukan setakat untuk dipakai, tetapi sebagai satu bentuk cenderahati buat kenang-kenangan. Bukan senang nak dapat .. kira macam apa ehhh .. keluaran terhad (limited edition) gitu.

Bisnes Cetak T-Shirt Memang Laku Keras

Uhh memang best kan kalau bisnes cetak baju t-shirt laku keras seperti apa yang berlaku pada t-shirt Pok Ya Cong Codei ni. Bisnes ni memang tinggi permintaan, malah dah ada pelanggan pun yang menunggu ... cumanya kena tahu cara dan bagaimana nak melakukannya.

Samada anda tahu atau tidak, bisnes printing dan cenderahati seperti cetak t-shirt macam cetak t-shirt Pok Ya Cong Codei ni boleh je dibuat dari rumah, dan kalau kena caranya ... anda tidak memerlukan sebarang modal pun. Anda cuma perlu tahu mana lubuk kilang yang boleh cetak t-shirt, material yang nak digunakan, grafik yang awesome untuk dicetak pada t-shirt dan kilang pembungkusan.

Uhh boleh untung besar ooo dengan cetak t-shirt ni. Tak percaya? Boleh tengok di sini -
Bisnes Cenderahati

Hmm .. lepas ni, mungkin boleh tengok t-shirt Budak Boys lak .. ekekekek ...

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement