Saya sebelum ini tak pernah tahu pun kewujudan jenama biskut Nabati ni. Pernahlah ada beberapa orang blogger yang tag nama saya bila mereka bercerita pasal Nabati kat FB, tapi saya untag balik sebab saya bukanlah seorang yang sukakan biskut... haha.
Biskut Wafer Cheese Nabati
Rupanya jenama Nabati ni ramai juga yang minat ehhh. Saya memang belum pernah merasa lagi akan kesedapan yang diperkatakan, al maklumlah, saya bukan kaki makan biskut. Seingat sayalah, biskut yang paling saya suka cuma biskut Kapal Terbang...itupun sekarang ni, bila saya rasa balik .. ia dah tak sama macam rasa dedulu.Baru ni, isteri saya ada belikan biskut wafer cheese dari Nabati. Kalau tak silap sayalah, biskut ni dibeli kat kedai RM2 area Parit Buntar. Anak sayalah yang minta belikan tu.
Sedapnya Biskut Wafer Cheese Nabati Ni ...
Menurut anak sulong saya, si Amri ... biskut wafer cheese Nabati ni jadi kesukaan ramai kat asrama sekolah dia. Laku keras sebab wafer ni sedap. Hmmm kira betullah kot bila ramai yang kata "sedapnya biskut Wafer Cheese Nabati ni ..." .. huhu[post_ads]
Dan bila isteri saya beli, anak-anak saya yang lain pun cakap, yang biskut wafer cheese ni memang sedap. Tapi itulah, saya tak bersempatan nak merasa makan lagi, cuma ambil komen dari anak-anak saya yang dah lebih dahulu kenal akan rasa sedap pada biskut wafer cheese jenama Nabati ni.
Saya tahu, ada beberapa orang blogger yang dah tulis review pasal biskut Nabati. Malah, ada yang dapat tajaan biskut ni untuk beberapa acara tertentu. Uhh beruntung betul derang ... :)
Ada kata, dulu biskut wafer Nabati ni agak sukar nak dapat, kalau ada pun .. ianya hanya dijual di Pulau Langkawi. Nak merasa, kena pergi Langkawi. Itu kata deranglah .. tu sebab ada yang balik dari Langkawi, akan bawa pulang biskut jenama Nabati. Boleh baca review di SINI.
[post_ads_2]
Tapi sekarang, dah banyak kedai yang jual. Malah, boleh beli secara online di beberapa laman web shopping online, contohnya seperti Lazada dan 11th Street. Order je online, dan biskut Nabati pelbagai macam perisa dan jenis akan sampai depan rumah.
Agak-agak nak mencuba biskut wafer cheese Nabati ni, bolehlah cuba cari. Nak senang, cari je online .. in Sha Allah jumpa punyalah. Kat FB pun ada yang jual biskut Nabati ni.
Memang sedap biskut nabati ni. Boleh jugak try yang nabati chocalate.
ReplyDeleteHmmm .. mungkin nanti saya akan cari, tapi kena tanya anak dulu sbb derang yang kaki makan biskut cenggini.
Deletememang sedap biskut ni..bukan anak2 jer yg suka tuan HH tapi mak diaorg pun..hehe
ReplyDeleteCCL pernah try biskut nabati ni . Memang sedap
ReplyDeleteHmmm memang betullah biskut wafer Nabati ni sedap ehh ...
DeleteAnak saya suka makan ni..sentiasa ada stok dlm rumah..
ReplyDeletehaah sedap kan. rasa masin2 cheese.. sedapp
ReplyDeleteSbb ada cheese tu yang buatkan anak-anak saya suka makan Nabati ni
Deleteadik saya paling minat biskut ni.Setiap kali balik asrama,mesti dia sruh mak bekalkan bskut nabati ni...tapi sampai kesudah saya tak pernah try lagi biskut ni
ReplyDeleteHahaha ... saya lak still tak sempat nak merasa Nabati Cheese Wafer ni
Deletememang sedap. cuma manis kena kurangkan makan
ReplyDeleteUhh untuk diri saya memang taklah sbb ada diabetes. Mudah-mudahan nanti, penyakit saya dapat sembuh dan keadaan kembali normal, baru boleh makan benda manis macam biskut Nabati ni.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.