Buah Bidara, Buah Banyak Manfaat, Daunnya Diguna Ketika Urus Jenazah

Kongsi:

Tentu ramai yang dah tahu mengenai buah Bidara ini. Ia antara buah yang punyai banyak khasiat dan ada disebut dalam pepatah Melayu lama. Kal...

Tentu ramai yang dah tahu mengenai buah Bidara ini. Ia antara buah yang punyai banyak khasiat dan ada disebut dalam pepatah Melayu lama. Kalau yang belum tahu mengenai buah Bidara, ia adalah buah yang boleh disifatkan mempunyai sifat yang hampir sama dengan buah Epal. Bezanya, ia bersaiz lebih kecil.

Tumbuhan ini dikenali dengan banyak nama, dan banyak terdapat di Asia Tenggara. Ada yang memanggil buah Bidara sebagai buah Widara, Bekul, Kalangga dan Epal Siam, Zee-Pen di Burma, Putrea di Kemboja dan Than di Laos.

Buah Bidara, Buah Banyak Manfaat, Daunnya Diguna Ketika Urus Jenazah

Buah Bidara, Buah Banyak Manfaat, Daunnya Diguna Ketika Urus Jenazah
Saya baru-baru ni ada beli buah Bidara ni di Pasar Awam Parit Buntar, harga yang dijual adalah RM13 sekilogram. Mahal. Kalau di Thailand, buah Bidara dijual sekitar RM5-RM6 sekilogram. Tetapi disebabkan ada keinginan untuk makan buah Bidara ni, maka saya pun belilah. Nak perkenalkan buah Bidara ni kepada anak-anak.
[post_ads]
Bila dah dibawa balik rumah, rupanya emak saya sendiri pun tak kenal akan buah Bidara ni. Adeh ... uhh ingatkan kenal buah Bidara yang dikaitkan dengan Nasi Lemak ni dalam bidalan lama ni. Mungkin sebab zaman emak saya buah ini agak sukar nak ditemui kot.

Mengenal Buah Bidara

Pokok buah Bidara agak rendang dan berduri. Buahnya memiliki pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza-beza. Jadi, ia tak selalu bulat seperti buah Epal. Ia mungkin berbentuk bujur, obovate, lonjong atau bulat, dan ada yang boleh mencecah sehingga 1-2.5 inci (2.5-6.25 cm) panjang, bergantung kepada jenis.

Buah Bidara isi padat seperti Epal. Isinya putih dan rangup. Malah, ia lebih rangup daripada kebanyakan epal yang dijual di pasaran. Apabila mengkal sedikit, buah Bidara akan berair sedikit dan mempunyai bau yang menyenangkan. Cuma bila terlebih masak, bau yang wangi akan bertukar sedikit hapak.
Rupa Buah Bidara
Buah Bidara, Buah Banyak Manfaat
Kulit buah Bidara adalah licin, berkilat, nipis tetapi padat. Manakala, buah terlebih masak kulitnya adalah berkedut, kemudian isinya bewarna krim, lembut, berspan dan hapak.

Jadi, waktu best makan buah Bidara ialah ketika ia baru nak masak, atau sedikit muda. Rasanya akan manis masam sedikit, ala .. sebijik macam rasa buah Epal Hijau tu.

Menurut Wikipedia, buah Bidara berasal dari Afrika. Itu sebab buah ini tak berapa dikenali oleh emak saya (kot). Tetapi sekarang, buah ini antara buah yang ditanam dan dikomersilkan. Kalau tak silap sayalah, ia banyak ditanam di Raub, Pahang. Ia antara buah yang mendapat permintaan yang agak baik di Asia Tenggara.
[post_ads_2]
Buah Bidara ni bagus untuk kesihatan, terutama untuk pesakit Kencing Manis. Ia boleh bantu untuk kawal kandungan gula dalam darah, selain melancarkan peredaran darah dalam badan. Ia juga sangat baik untuk gigi dan tulang, dan pastinya kesihatan jantung.

Ia juga sering dijadikan sumber bahan terbaik untuk kecergasan otak. Kalau nak anak-anak anda bijak dan berfikir dengan hebat, boleh jadikan buah Bidara ini salah satu makanan sampingan mereka.

Manfaat Bidara Dalam Islam

Selain buah Bidara, daun pokok Bidara juga ada kegunaannya. Malah, ia digunakan sangat meluas di Asia Tenggara untuk pengurusan jenazah orang Islam.

Mungkin ramai orang muda zaman ini tak tahu mengenai kegunaan daun Bidara ni.

Daun pokok bidara selalu digunakan ketika memandikan jenazah bagi orang Islam. Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan dimandikan tiga kali. Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur daun bidara. Penggunaan daun bidara itu bukan merupakan kepercayaan tradisi sebaliknya satu amalan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Daunnya juga disunatkan untuk digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid. Dari Aisyah R.A, bahawa Asma’ binti Syakal R.A bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang mandi haid, maka beliau bersabda (maksudnya):

"Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya. Maka Asma’ berkata: "Bagaimana aku bersuci dengannya?" Beliau bersabda: "Maha Suci Allah" maka Aisyah berkata kepada Asma’: "Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu)." (H.R Muslim).

COMMENTS

BLOGGER: 9
Loading...
Panduan Iklan Adwords
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,73,Abah Blogger,38,Advertorial,130,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,39,advertorial 2015,7,ARTIKEL KEHIDUPAN,7,ARTIKEL KEKELUARGAAN,7,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,148,Bicara Minda,72,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,76,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,56,Buat Duit Online,370,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,44,Contest 2014,16,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,diskaun saman PDRM,2,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,817,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,356,FAKTA MENARIK,106,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,26,Giveaway,9,Hari Raya,57,Hartanah,60,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,House Husband,599,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,59,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,36,Info GST,14,Informasi,553,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,9,Inspirasi,16,Inspiration,4,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,46,Kekeluargaan,149,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,100,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,58,KISAH KELUARGA,49,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,22,KONGSI PETUA,2,KTM,17,Lawak Blogger,38,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,391,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,11,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,432,Panduan Adsense,19,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,4,PDRM,1,Pelaburan,29,Pendapat,31,Penghargaan Dari Bloggers,8,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,92,Percutian Keluarga,14,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,18,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,57,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,533,Semesti,2,SENI,3,Shopping,133,Shopping Online,4,Sihat Cantik,8,SIHAT SOKMO,17,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Menarik,209,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,116,Tips Blogging,325,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,83,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,53,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,117,Work From Home,11,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog: Buah Bidara, Buah Banyak Manfaat, Daunnya Diguna Ketika Urus Jenazah
Buah Bidara, Buah Banyak Manfaat, Daunnya Diguna Ketika Urus Jenazah
https://3.bp.blogspot.com/-1CC-Bdrix4M/WoEhdIZjmzI/AAAAAAAAr7g/H2e3sojamygGaXoTkNOTomTuHp1cvWA6wCLcBGAs/s1600/buah-bidara.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-1CC-Bdrix4M/WoEhdIZjmzI/AAAAAAAAr7g/H2e3sojamygGaXoTkNOTomTuHp1cvWA6wCLcBGAs/s72-c/buah-bidara.jpg
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog
https://www.hasrulhassan.com/2018/02/buah-bidara-buah-banyak-manfaat-daunnya.html
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/2018/02/buah-bidara-buah-banyak-manfaat-daunnya.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Muatkan Semua Post Tidak ditemui sebarang post PAPAR SEMUA Seterusnya Balas Batal balas Padam Oleh Utama LAMAN POST Papar Semua PILIHAN KHAS UNTUK ANDA TAG ARKIB SEARCH SEMUA POST Tidak ditemui sebarang post berkaitan Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis sebentar tadi 1 minit lalu $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Semalam $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy