Pengalaman Peribadi Ditahan Polis Secara Tiba-Tiba

Kongsi:

Pengalaman peribadi ditahan polis, dan telah dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Batu Gajah. Ketahui kenapa dan mengapa saya ditahan polis.

Dalam facebook baru-baru ini, saya ada tanya pada rakan-rakan media sosial saya, samada mereka mahu tahu kisah saya ditahan polis. Daripada status tersebut, nampaknya ramai yang mahu tahu pengalaman pertama kali saya ditahan oleh anggota polis berpakaian preman. Tak sangka ramai nak tahu 'kisah silam' saya ni ehh .. dah macam selebriti pulak .. haha.

Pengalaman saya ditahan pihak polis ni dah berkurun berlaku. Ia berlaku semasa saya baru sahaja tamat belajar di IPT ... kalau tak silap sayalah. Makanya, ia satu kejadian yang menjadi ingatan, yang dah berlaku lebih daripada 20 tahun dahulu!

Pengalaman Peribadi Ditahan Oleh Anggota Polis

Pengalaman Ditahan Polis
Ia berlaku ketika saya beumur awal 20an. Ia satu kejadian yang tidak disangka-sangka sebenarnya. Pada awalnya saya memang tak tahu kenapa dan mengapa saya ditahan. Namun, ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, walaupun hakikatnya saya tak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Pengalaman ditahan polis ini berlaku ketika saya berada di kampung, iaitu Batu Gajah. Ketika itu, saya telah ke bandar Batu Gajah, saja nak merewang .. al maklumlah belum ada kerja tetap lagi waktu itu. Dah berbulan saya tamat belajar dalam Sarjana Muda Sains Komputer, tetapi satu haram kompeni pun tak panggil saya untuk temuduga. Mungkin silap saya menulis resume kot ketika itu. Resume tak cukup hebat.

Pengalaman Tidak Dilupakan Ditahan Polis, Dibawa ke Lokap

Ok. Berbalik pada pengalaman kena tahan polis.
Pengalaman Peribadi Ditahan Polis
Waktu kejadian, saya sedang menggunakan telefon awam. Dulu memang banyak telefon awam kat pekan Batu Gajah. Ketika itu, pasaraya Parkson masih lagi beroperasi berdekatan dengan Pejabat Pos Batu Gajah. Telefon awam tu betul-betul di seberang jalan pasaraya tu.

Saya dok telefon seorang awek ni, dengan tiba-tiba bahu saya dicuit seseorang yang bertubuh tegap. Seorang lelaki dengan cermin mata gelap, dan juga memakai pouch di pinggang. Saya akhiri perbualan di telefon, dan berhadapan dengan lelaki tersebut.

"Abang polis !! " kata lelaki itu sambil menunjukkan kad kuasa anggota polis.
"Boleh berikan kad pengenalan" saya pun berikan kad pengenalan saya tanpa banyak soal.

Anggota polis berpakaian preman ambil kad pengenalan saya.

Saya terdiam.

"Adik sibuk? Boleh ikut abang ke balai kejap?" beritahu anggota polis berpakaian preman itu.
"Kenapa encik? kad pengenalan saya?" tanya saya.

"Jangan risau, ikut je abang .. beri kerjasama ye." jawab anggota polis tersebut.

Saya angguk sahaja. Saya pun ikut anggota polis itu dari belakang.

Tiba-tiba sebuah kenderaan polis, Land Rover berhenti berdekatan kami.

"Adik naik, duduk ... kita pergi balai" kata lelaki tadi.

Saya naik kenderaan polis tu. Saya nampak beberapa lelaki lain dah ada dalam kenderaan polis. Ada wajah yang saya kenal tetapi tak tahu nama. Biasalah geng-geng yang selalu nampak main game arcade kat Yik Foong Ipoh .. haha. Masing-masing dengan muka blur tak tahu punca kenapa diangkut naik kenderaan polis.

Ada tiga orang dalam kenderaan polis termasuklah diri saya. Rata-rata umur kami nampak sebaya, dalam lingkungan 20an. Walaupun ada wajah-wajah macam muka penyangak, tapi saya tahu kami semua bukan ditangkap untuk kes jenayah.

Sebab apa? Sebab kami dipelawa, ditahan tetapi tidak dan bukan digari. Makanya, kami ditahan atas sebab untuk membantu kes polis, dan bukan ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah... errr fikir saya ketika itulah.

Yang tak berapa best tu ialah, ramai juga orang yang melihat kami berada di dalam kenderaan polis tu. Ini termasuklah awek-awek cun yang sedang melepak kat tepi Parkson. Aduhhh .. jatuh saham tu beb.
[post_ads]
Perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Batu Gajah ambil masa kurang 5 minit. Tak jauh pun dari tengah pekan Batu Gajah.

Kami kemudian dipelawa turun dari kenderaan polis, dan diminta untuk masuk ke Bilik Taklimat yang berhawa dingin... uhh sejukkkk. Ada pegawai pangkat besar sudah berada di dalam bilik tersebut. Siap ada karipap, donut, kuih lapis dan juga air kotak atas meja.

"Selamat datang, sila ambil tempat .. dengar taklimat" kata pegawai polis berpangkat tu.

"Anda ditahan bukan kerana salah apa-apa. Kami nak minta bantuan awak semua sahaja" kata pegawai tu.

[Baca Juga] Ketahui Hak-Hak Anda Sebagai Orang Awam Jika Ditahan Polis

Panjang lebar pegawai tu terangkan tentang kes-kes jenayah yang berlaku kat Batu Gajah. Ia macam satu input dan juga satu amaran halus untuk kami agar tidak terlibat dengan apa jua kegiatan jenayah. Pegawai tu banyak tekankan mengenai punca kes jenayah berlaku iaitu disebabkan oleh dadah.

Kami pun nganga je dengar taklimat yang berlansung lebih kurang setengah jam. Lama juga tu ...

"Ehh jemput makan apa yang ada tu" kata salah seorang pegawai atasan yang lain.

Uhh alhamdulillah, rezeki dapat makan free .. haha. Memang perut lapar pun, apatah lagi dah dekat tengahari. Suhu dalam bilik taklimat lak sejuk nak mampus ... terasa nak terkencing pun ada, tapi tak berani nak tanya mana letaknya tandas.. haha.

Habis sahaja taklimat tu, salah seorang anggota polis lain berkata:

"Okey semua. Ikut saya ke lokap ..."

Kami pun ikut sahaja arahan diberikan.

Anda tahu apa yang sebenarnya berlaku?

Mengapa Saya Ditahan Polis Secara Tiba-Tiba?

Pengalaman Peribadi Berada Dalam Kawasan Lokap Polis
[post_ads_2]
Kami semua ditahan untuk dijadikan 'sampel' kawad cam. Kami dipilih atas pengecaman saksi yang mahukan lelaki bertubuh sederhana, rambut lurus, tinggi tak lebih dari 6 kaki. Kawad cam dijalankan untuk selesaikan satu kes ragut seorang wanita muda.

Apabila masuk ke ruangan lokap IPD Batu Gajah tu ... uhh seram weih. Itulah pertama kali saya berada dalam kawasan lokap polis. Ada beberapa tahanan di situ. Ada satu bau yang tidak menyenangkan yang tak dapat nak saya gambarkan.

Kami diminta beratur lurus mengadap ke hadapan. Masing-masing disusun secara rawak oleh salah seorang anggota polis.

Seketika kemudian, salah seorang tahanan dikeluarkan dari lokap, dan diletakkan berbaris bersama kami. Lelaki kurus tinggi, berambut hitam, dengan pakaian lengkap seperti kami. Tak nampak sedikit pun macam seorang tahanan polis.

Kemudian tu, keluar seorang wanita muda dari salah satu pintu menghala masuk ke bahagian ruang lokap. Wanita berbangsa Melayu, memakai baju kurung. Wajah nampak sedikit ketakutan ditemani oleh dua orang anggota polis wanita.

"Ok Cik, Cik lihat semua lelaki ni .. boleh Cik camkan mana satu yang ragut Cik tu?" kata pegawai polis yang berpangkat tadi.

Diam. Saya memang takut ketika itu. Tak pasti apa akan berlaku kelak. Risau ooo kalau tetiba wanita tu tunjuk jari ke arah saya, tak pasal saya akan jadi Orang Kena Tuduh. Saya diam. Yang lain juga diam.

"Pandang depan .. apa tunduk-tunduk, tak salah jangan takutlah" jerkah pegawai tu kepada kami. Uhh berderau darah saya dibuatnya. Dup dap dup dap.

Wanita itu dibawa mengadap kami sorang demi sorang, ditemani seorang anggota polis wanita. Seorang lagi anggota polis lelaki juga turut iringi wanita tersebut untuk lihat kami dengan lebih dekat.

"Yang ini ke Cik? Yang ni macam budak hisap ganja je ni.." sambil cekup bahu saya. Dem .. saya lak dipilih oleh anggota polis tu. Makin kencanglah jantung saya berdegup.

"Bukan" jawab wanita tu. Fuh lega.

Selepas sekali lalu, wanita itu dibawa berdiri depan kami semua.

"Cik pandang sekali lagi muka-muka di depan cik ni; cam betul-betul mana satu lelaki yang ragut Cik" kata pegawai polis.

Sambil jari menuding ke arah tahanan yang berbaris bersama kami .. "Dia".

"Betul ni Cik, jangan salah. Naya orang." kata pegawai polis.

Wanita tu angguk.

Uhh terus sahaja tahanan tu dibawa oleh dua anggota polis masuk ke dalam lokap. Dan kami semua diminta berbaris untuk kembali ke Bilik Taklimat.

"Terima kasih semua kerana memberikan kerjasama dengan pihak polis. Anda sebenarnya telah bantu pihak polis untuk selesaikan kes ini. Terima kasih semua. Anggota saya akan hantar anda semua ke mana-mana tempat anda nak pergi." kata pegawai berpangkat apabila kami semua dah berada dalam Bilik Taklimat.

Saya dan beberapa rakan lain pun naiklah kenderaan polis Land Rover tu. Saya minta untuk diturunkan berhadapan sekolah rendah lama saya, yang agak jauh dari penglihatan orang. Dan bila tiba ke tempat tu, saya sempat juga bersalaman dengan anggota polis yang iringi kami.

Uh.. itulah pengalaman pertama saya ditahan oleh anggota polis. Tak sangka rupanya saya ditahan kerana dijadikan contoh suspek untuk kawad cam kes ragut seorang wanita.

Anda pernah ada pengalaman seperti saya tak?

COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Panduan Iklan Adwords
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,73,Abah Blogger,38,Advertorial,131,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,39,advertorial 2015,7,ARTIKEL KEHIDUPAN,7,ARTIKEL KEKELUARGAAN,7,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,148,Bicara Minda,72,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,76,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,56,Buat Duit Online,370,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,44,Contest 2014,16,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,diskaun saman PDRM,2,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,817,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,356,FAKTA MENARIK,106,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,26,Giveaway,9,Hari Raya,57,Hartanah,60,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,House Husband,599,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,59,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,36,Info GST,14,Informasi,553,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,9,Inspirasi,16,Inspiration,4,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,46,Kekeluargaan,149,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,100,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,58,KISAH KELUARGA,49,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,22,KONGSI PETUA,2,KTM,17,Lawak Blogger,38,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,392,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,11,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,433,Panduan Adsense,19,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,4,PDRM,1,Pelaburan,29,Pendapat,31,Penghargaan Dari Bloggers,8,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,92,Percutian Keluarga,14,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,18,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,57,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,533,Semesti,2,SENI,3,Shopping,133,Shopping Online,4,Sihat Cantik,8,SIHAT SOKMO,17,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Menarik,209,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,116,Tips Blogging,325,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,83,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,53,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,117,Work From Home,11,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog: Pengalaman Peribadi Ditahan Polis Secara Tiba-Tiba
Pengalaman Peribadi Ditahan Polis Secara Tiba-Tiba
Pengalaman peribadi ditahan polis, dan telah dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Batu Gajah. Ketahui kenapa dan mengapa saya ditahan polis.
https://3.bp.blogspot.com/-MzEsYxNZeGs/WnPq0veeMwI/AAAAAAAArPM/Tpzdt7rhDY080Wo7mMXlaJ29vkLQ-D-ZwCLcBGAs/s1600/pengalaman-ditahan-polis.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-MzEsYxNZeGs/WnPq0veeMwI/AAAAAAAArPM/Tpzdt7rhDY080Wo7mMXlaJ29vkLQ-D-ZwCLcBGAs/s72-c/pengalaman-ditahan-polis.jpg
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog
https://www.hasrulhassan.com/2018/02/pengalaman-ditahan-polis.html
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/2018/02/pengalaman-ditahan-polis.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Muatkan Semua Post Tidak ditemui sebarang post PAPAR SEMUA Seterusnya Balas Batal balas Padam Oleh Utama LAMAN POST Papar Semua PILIHAN KHAS UNTUK ANDA TAG ARKIB SEARCH SEMUA POST Tidak ditemui sebarang post berkaitan Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis sebentar tadi 1 minit lalu $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Semalam $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy