5 Tips Kritikal Hasilkan Resume Kerja Hebat

Nak sukses dalam kerjaya? Jika anda mengikut blog iKerjaya Graduan, tentu ada beberapa tips yang boleh anda cuba untuk sukses dalam kerjaya. Tapi, saya tak nak cerita pasal tips tersebut, saya nak kongsikan sedikit tips berkaitan cara nak hasilkan resume yang boleh memberikan peluang yang cerah untuk anda mendapat kerjaya yang diidamkan. Ada 5 tips yang saya fikir kritikal untuk mereka yang mahu menulis sebuah resume kerja yang hebat.

Ada banyak jenis resume sebenarnya. Resume bukan sekadar untuk memohon kerja, tetapi ia merupakan 'aset' untuk membina kerjaya. Dari resume, seorang penemuduga akan melihat potensi diri yang ada pada pemohon kerja. Dari situ, ia cuba menilai menerusi sesi temuduga tentang kelayakan, misi, visi dan matlamat kerjaya seseorang pemohon.

Tips Kritikal Untuk Hasilkan Resume Kerjaya Yang Meyakinkan


5 Tips Kritikal Hasilkan Resume Kerja Hebat
Jika anda seorang lepasan IPT atau kolej, tentu sudah tersiap sedia satu resume lengkap yang bercerita mengenai latar peribadi, latar akademik, latar kebolehan diri anda dan sebagainya. Tetapi bukan semua resume yang anda fikir sudah 100% bercerita mengenai diri anda itu baik untuk permohonan kerja mahupun di mata penemuduga.

Jangan Tiru Template Resume dari Carian Google!

Anda tentu telah meniru template resume daripada sumber carian Google, atau dari buku-buku lama yang telah lapuk dan tidak lagi relevan dengan atmosfera permintaan kerja semasa. Anda perlu ubahsuai resume anda, perbaikinya untuk jadi lebih baik dan paling penting relevan dengan bidang kerjaya yang anda minta.

Bila waktu untuk perbaiki resume anda? Jika sebelum ini anda menghasilkan resume anda dalam keadaan tergesa-gesa dan tanpa panduan yang betul, maka gunakan waktu lapang sebelum menerima mana-mana panggilan temuduga untuk perbaiki resume anda. Ehmm kalau dah puluh resume dihantar tetapi tak dapat jawapan .. memang wajib anda lihat kembali resume yang telah anda sediakan sebelum ini .. huhu.

Sebenarnya pada waktu lapang sebegini adalah waktu paling sesuai anda luangkan masa 'perbaiki resume' anda. Betul. Tanpa gangguan. Ikuti lima tips kritikal berikut untuk hasilkan atau perbaik resume kerja anda, agar ia menjadi satu resume yang boleh berikan impak yang sebenar.

5 Tips Kritikal Untuk Hasilkan Resume Kerja Hebat

Ini apa yang anda perlu lakukan;
  1. Dapatkan iklan kerja kosong melalui laman web cari kerja.
  2. Fahami skop kerja jawatan yang diiklankan.
  3. Cari laman web syarikat atau organisasi tersebut.
  4. Sila studi sedikit dan intip sedikit sebanyak latarbelakang syarikat dan core activiti syarikat tersebut
  5. Mula 'craft' resume anda berdasarkan carian, penyelidikan dan intipan anda.
Ok. Sebagai tambahan, tambahkan komponen kritikal di bawah ini untuk menjadikan resume yang anda tulis lebih menyakinkan. Ini komponen yang bakal menjadikan resume anda 'stand out' dari resume pemohon lain. Percayalah. Saya sendiri sebagai penemuduga ketika bekerja di PPKA, USM melihat kepentingan komponen ini yang dapat menarik minat segera penemuduga.

Tips Berkaitan Komponen Perlu Dalam Sebuah Resume

  1. Masukkan 'career objective' yang spesifik kepada jawatan tersebut
  2. Buang komponen yang tak ada kaitan dengan jawatan tersebut. Contohnya subjek universiti yang
  3. di luar skop jawatan
  4. Masukkan komponen yang berkaitan dan bersesuaian dengan jawatan itu
  5. Maksimum 2 muka surat sahaja. Jangan lebih kerana penemuduga tiada masa nak melihat keseluruhan resume anda secara sepintas lalu.
Sebagai tambahan, anda sertakan surat iringan (cover letter) bersama resume anda. Apa yang perlu anda tambah pada cover letter tersebut adalah;

Bagaimana anda boleh membantu syarikat dalam meningkatkan sesuatu. Sesuatu di sini bermaksud misi dan visi syarikat, apa yang dikeluarkan, apa core aktiviti yang mereka buat. Maklumat ini anda boleh dapat dari
laman web syarikat yang anda pohon tersebut, seperti yang telah saya ceritakan dalam 5 tips kritikal tadi.

Contoh Kerangka Resume Biasa 


5 Tips Kritikal Hasilkan Resume Kerja Hebat
Jika anda masih blur cara untuk hasilkan sebuah resume kerjaya yang bagus, hebat, meyakinkan dan meningkatkan peluang anda mendapatkan kerja, maka saya syor anda dapatkan panduan dan rujukan berikut:

Klik pada pautan ini jika mahu rujukan terbaik resume kerja [+] Rahsia Resume Kerja

Ia sebuah panduan dan rujukan untuk anda perbaiki kelemahan dalam menghasilkan resume. Ada template resume khas untuk anda turut disediakan. Ia satu rujukan lengkap yang perlu anda ada sebelum menulis dan menyediakan resume kerjaya.

1 comment... add one now

emalin mohd emalin mohd July 20, 2016
Jika resume dihantar menggunakan email, sila gunakan adddress email yang formal dan bukannya nama seperti adikmanis@gmail.com, abangsado etc...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.