7 February 2018

Sayuran Paku Rawan atau Centongan (Sawah Lettuce) Kian Popular


Paku Rawan, dulunya tak ramai ambil peduli akan sayuran kampung yang tumbuh banyak di tepian sawah dan parit. Saya dulu pun kenal pokok Paku Rawan ini sebagai makanan untuk itik-itik air dan itik Serati yang arwah abah saya bela. Rupanya Paku Rawan yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Centongan (Johor) dan Sawah Lettuce ini punyai banyak khasiat khususnya untuk kesihatan lelaki.

Paku Rawan (Limnocharia flava L.) adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia yang dikategorikan sebagai sayur-sayuran terutama untuk masyarakat yang tinggal di kampung dan desa yang banyak sawah bendang. Kalau di utara, memang mudah nak dapat sayuran ini dijual samada di pasar mahupun kedai makan.

Paku Rawan Dikenali Banyak Nama, Antaranya Centongan dan Sawah Lettuce

Paku Rawan atau Centongan atau Sawah Lettuce
Pokok sayuran yang semakin popular ini dikenali dengan banyak nama, ikut tempat dan negeri ianya ditemui. Ada yang menggelarkannya sebagai Keladi Itik, Keladi Bunga Keloyok, Keladi Sesenduk, Selimpat, Kemelin, Kelayau, Genjer, Lagung, Samsir .. uhh dan banyak lagilah.

Popular Sebagai Sayuran di Asia Tenggara

Paku Rawan bukan sekadar popular sebagai sayuran di Malaysia, tetapi juga kebanyakan negara di Asia Tenggara. Kalau kat luar negara, ia dikenali sebagai Sawah Lettuce,Velvet Leaf , Hermit's Waterlily, manakala di Indonesia dikenali sebagai Genjer, Bangeng, dan Eceng. Ada juga yang memanggilnya sebagai Emparuk, selain Jinjir di beberapa kawasan lain di Malaysia, Kaanz Choong di Laos dan Bon-chin, Talapatrusi atau Nangkwak di Thailand.
[post_ads]
Selain mudah ditemui di kawasan sawah bendang dan parit yang airnya tergenang, ia juga tumbuh subur di dalam kawasan pertanian, paya, kawasan berair cetek seperti kolam. Oh satu perkara harus anda tahu untuk bezakan tumbuhan ini dengan tumbuhan keladi yang lain ialah ia bukan tumbuhan air terapung.

Beberapa Fakta Menarik Mengenai Paku Rawan

Aha .. ada yang silap yang sangka ia tumbuhan air yang tumbuh terapung. Paku rawan tidak hidup terapung di atas air malah ia tumbuh menegak dan akarnya berpaut pada tanah lumpur atau tanah berpasir.

Dulunya ia tidaklah popular sebagai sayuran, tetapi lebih kepada makanan haiwan terutama untuk ternakan itik, ikan dalam kolam dan juga babi. Disebabkan ini, ramai orang di kalangan masyarakat Melayu merasa ragu-ragu nak makan Paku Rawan ni.

Paku Rawan memang tumbuhan untuk dimakan sebagai sayuran terutama pucuk muda dan bahagian batangnya yang berongga. Bahagian daun yang tua jarang dimakan kerana rasanya adalah pahit. Selain dijadikan sayuran dan ulaman, tumbuhan ini juga dihancurkan untuk dijadikan baja kompos.
[post_ads_2]

Ciri-Ciri Pokok Tumbuhan Paku Rawan

Mungkin ramai yang tak berapa kenal akan pokok Paku Rawan. Saya tak ada gambar nak kongsikan, tetapi boleh tengok beberapa fakta khusus mengenai pokok atau tumbuhan Paku Rawan atau Centongan ini.
  • Tumbuhan naik menegak dengan ketinggian 20-100 cm, lacticferrous dan mengeluarkan anak (tillering). 
  • Daun berwarna hijau, berbentuk rozet dan panjang tangkai 5-75 cm serta keluar dari pangkal pokok.
  • Daun yang berukuran 5-30 cm x 4-25 cm berbentuk orbicular dengan banyak mempunyai bintil ruang udara.
  • Akar tumbuhan ini jenis akar serabut halus dan banyak.
  • Bunganya adalah umbelliform berwarna kuning dengan bilangan 3-15 kuntum bagi setiap tangkai bunga.
  • Buah paku rawan adalah buah kompoun dengan ukuran garispusat 1.5-2 cm berwarna coklat gelap dan mengandungi banyak biji benih. Uniknya biji benih berbentuk seperti 'kuda' berwarna coklat gelap dan berukuran 1-1.5 mm panjang. Biji ini akan mudah tumbuh apabila jatuh di atas air secara semulajadi untuk proses pembiakan.

Cara Popular Makan Paku Rawan atau Centongan

Paku Rawan atau Centongan atau Sawah Lettuce
Bagaimana nak makan selain jadi ulaman? Ok, saya berikan cara-cara untuk makan Paku Rawan atau Centongan, juga dikenali Sawah Lettuce ini.
  • Ini cara paling biasa iaitu merebus untuk dijadikan ulam.
  • Ulam mentah dengan sambal belacan
  • Dimasak tumis kering
  • Ada yang masak gulai lemak 
  • Boleh juga dimasak goreng belacan macam masak kangkung 
  • Di bahagian utara dan bagi kebanyakan masyarakat Jawa, Paku Rawan dibuat sebagai kerabu
  • Masyarakat Cina suka masak sebagai sebahagian campuran dalam sup
Jika anda ada nampak pokok ini, cubalah jadikan ia sebagai salah satu menu makan anda. Ia sedap, lembut ... dan dikatakan boleh berikan banyak khasiat untuk lelaki yang sudah berkahwin. Ada yang berkata, lelaki belum kahwin tak boleh makan Paku Rawan terlalu banyak, takut nanti anu nya tu akan berdenyut-denyut .. hoho ....

Oh ya, sebelum anda makan sayuran seperti ini, pastikan anda basuh dengan bersih, dan bilas berulang-kali. Bukan apa, kadang terdapat haiwan lain yang bertelur dan bersarang di dalam batang Paku Rawan yang sedikit berongga.

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

6 Komen

owh baru pertama kali tahu dan tengok
hehehe

wah sedapnya padanan lauk2 tu.. surae makan bertambah tu

tak pernah tau pun paku rawan ni..rasa pun tak tau macam mana...

Buat gado-gado @ kerabu kuah kacang sedap...

Ehh ada yang tak tahu ekkk? Uhh sedap ooo ..

Liez auka sgt paku rawan klau dibuat kerabu then letak beras sangai... perghhhh terbaik

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon