Hasif Najmi, anak saya yang paling bongsu dah nak hampir setahun usianya. Baru-baru ini, isteri saya kata, Najmi agak lambat dalam pertuturan setelah membuat pemeriksaan berkala di Pusat Kesihatan Ibu dan Anak di sini. Lalu, saya pun carilah info berkaitan faktor yang menyebabkan anak lambat bercakap.

Ketahui 6 Faktor Anak Lambat Bercakap

Ketahui 6 Faktor Anak Lambat Bercakap
Menurut kajian, kanak-kanak normal mula bercakap pada sekitar usia setahun ke atas. Ia bergantung kepada perkembangan pertuturan normal kanak-kanak sekitar umur 10 hingga 12 bulan di mana perkataan pertamanya mula muncul.

Buat masa ini, Hasif Najmi dah pandai sebut beberapa perkataan mudah seperti Bah Bah, Ma Ma, Lekaih ... tapi kebanyakan waktu, Najmi banyak mengemam.

Saya nak kongsi apa yang saya dapat tahu mengenai faktor yang menyebabkan anak lambat bercakap, moga sama-sama dapat tambah pengetahuan ini... uh walaupun saya dah ada empat orang anak. Mungkin ia boleh membantu untuk tambah pengetahuan berkaitan keibubapaan.

Faktor Kesihatan

Anak kerap mengalami demam dan selesema. Selain itu, sawan atau dilahirkan sebagai bayi pra-matang juga berisiko menyebabkan anak anda lambat bercakap. Tetapi bukan semua akan mengalaminya. Ia bergantung kepada perkembangan kesihatan anak itu sendiri.

Masalah Pada Otot Pertuturan

Terdapat gangguan di bahagian otak anak anda (apraxia of speech) atau otot daripada mulut itu sendiri. Contoh seperti sukar untuk mengatur pergerakan bibir, lidah dan rahang, lidah berbelit (ankyloglossia) atau sumbing.

[Dah Baca?] 25 Petua Anak Pandai Berbahasa Inggeris

Masalah Pendengaran

Jika anak ada memiliki masalah pendengaran, sukar bagi mereka untuk mendapatkan maklumat bahasa, meniru dan menghasilkan bunyi kerana tidak dapat mendengar bunyi yang dihasilkan orang sekeliling.

Kurang Rangsangan Bahasa

Ibu bapa kurang meluangkan masa, bermain bersama anak dan bercakap dengan anak. Jadi, ia menyebabkan anak kurang mendapat maklumat bahasa secara langsung dari orang yang paling hampir dengan mereka. Cuba untuk tidak mengajar mereka dengan bahasa pelat. Keluarkan perkataan yang betul supaya mereka dapat belajar.
[post_ads_2]

Faktor Keturunan

Tidak dinafikan juga bahawa unsur genetik atau kesihatan adalah antara penyebab mengapa kanak-kanak lambat bercakap. Selain itu, anak yang menghidapi penyakit Sindrom Down, gagap dan autisme.

Terlalu Lama Dengan Peranti Elektronik

Teknologi yang semakin pesat menyebabkan kanak-kanak masa kini lebih banyak menghabiskan masa dengan bermain gajet elektronik dan menonton televisyen. Walaupun terdapat rancangan pendidikan, tetapi kebanyakannya ialah komunikasi satu hala.

Sumber: Majalah Jelita

Tips Anak Mudah Bercakap di Awal Usia

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tapi biasanya org cakap,klo lmbat cakap die laju kat kaki dlu kan..hahah xtau pula..hee

    ReplyDelete
  2. ada jugak adik lambat cakap sebab masa kecik selalu demam. Dia besar pun memang lampi sikit. Kena ajar banyak kali baru faham tapi sekarang makin okay dah.

    ReplyDelete
  3. perkara biasa juga tu..

    kalau langsung tak dapat bertutur memang ada masalah pertuturan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement