Peluang menarik untuk mereka yang mencari smartphone baru sempena musim perayaan ini. Aha, ini ada satu peluang best, anda beli mana-mana ZenFone Max Series, anda boleh menang hadiah utama percutian ke mana-mana destinasi bernilai RM6,888. Menarik tak? Nak tahu lagi bagaimana anda boleh menang hadiah percutian dan hadiah-hadiah best yang lain, baca post ini sehingga akhir.

Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2018 ini, ZenFone menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM21,888 untuk mana-mana pembelian produk ZenFone Max Series daripada pengedar dan penjual yang sah seluruh Malaysia.

ZenFone Max Series - CNY Buy Max & Win!

ZenFone Max Series - CNY Buy Max & Win!
Promosi khas ini bermula dari 29 Januari 2018 sehingga 31 Mac 2018. Jadi, jika anda mencari masa yang sesuai untuk mendapatkan set smartphone yang baru, mungkin anda patut lihat tawaran yang disediakan oleh ZenFone ini. Anda bukan sahaja akan dapat set ZenFone Max Series yang baru, malah boleh menyertai dan layak untuk menyertai CNY Buy Max & Win ini.

Bagaimana cara anda untuk menyertai ZenFone Max Series - CNY Buy Max & Win ini?

Cara Menyertai ZenFone Max Series - CNY Buy Max & Win

Langkahnya cukup mudah:
  • Langkah 1: Beli mana-mana ZenFone Max Series (ZenFone Max Plus, ZenFone 4 Max atau ZenFone 4 Max Pro)
  • Langkah 2: Hantar butiran peribadi & resit (bukti pembelian) di sini: https://woobox.com/x2zcoo
Buat langkah 1 dan 2 yang disebutkan tu dalam tempoh peraduan iaitu bermula dari 29 Jan 2018 (Isnin) sehingga 31 Mac 2018 (Sabtu). Jika anda buat pembelian di luar tempoh ini, maka tidak layak untuk menyertai ZenFone Max Series - CNY Buy Max & Win ini. Penyerahan penyertaan terakhir untuk promosi ini adalah pada 11:59 malam 31 Mac 2018 (Sabtu).

Promosi ini sah untuk rakyat Malaysia dan penduduk tetap Malaysia, dan berumur 18 tahun ke atas sahaja.

Dalam langkah 2, anda akan dikehendaki untuk mengisi nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat email, alamat rumah, bukti pembelian (ambil gambar resit dan muat-naik), lokasi kedai atau pengedar, nombor serial (S/N) ZenFone Max Series yang dibeli untuk verifikasi. Jadi, pastikan maklumat ini tersedia sebelum anda melakukan langkah 2.
[post_ads]

Hadiah ZenFone Max Series - CNY Buy Max & Win

Hadiah ZenFone Max Series - CNY Buy Max & Win
Hadiah-hadiah menarik sudah disediakan untuk anda yang mahu menyertai promosi ini.
  • Hadiah Utama - 1x Baucer Percutian Bernilai RM6,888
  • Hadiah Ke-2 - 1x ASUS ZenBook UX410
  • Hadiah Ke-3 - 2x ASUS VivoBook S15
  • Hadiah Ke-4 - 5x ZenFone Max Plus
  • Hadiah Ke-5 - 10x ASUS ZenPower Slim
Aha, anda bukan sahaja berpeluang untuk menang hadiah baucer percutian bernilai RM6,888 ke mana-mana destinasi, tetapi ada banyak lagi hadiah lain yang ditawarkan.

Untuk makluman, para pemenang akan diumumkan pada 13 April 2018 (Jumaat) menerusi Facebook ASUS Malaysia atau Instagram ASUS MALAYSIA. Pemenang juga akan dihubungi dalam tempoh dua (2) minggu selepas pengumuman pemenang tersebut - sama ada melalui panggilan atau e-mel yang akan dihantar kepada pemenang untuk mengesahkan butiran peribadi mereka & resit (bukti pembelian). Maka itu, sangat penting agar anda menyimpan resit pembelian sepanjang promosi ini.

Apabila sahaja dihubungi oleh pihak penganjur, pemenang mesti bertindak balas terhadap pemberitahuan sedemikian dalam tempoh 48 jam. Ia penting untuk mengesahkan penyertaan anda dalam promosi ini.

Aha .. jika anda gagal untuk mengesahkan dalam tempoh tarikh akhir yang ditetapkan, ini akan mengakibatkan pembatalan hadiah.
[post_ads_2]
ZenFone Max Series - Free Umbrella CNY 2018
Oh ya, satu lagi yang menarik ialah, anda juga boleh tebus hadiah percuma dengan setiap pembelian ZenFone Max Series. Anda boleh tebus sekaki payung percuma bernilai RM49.90 dengan setiap pembelian ZenFone Max Series ini, namun ia terhad untuk pembelian ZenFone Max Plus (M1), ZenFone 4 Max (ZC520KL) atau ZenFone 4 Max Pro (ZC554KL) hanya dari 29 Jan - 31 Mac 2018 di peniaga terpilih sahaja.

Anda boleh semak senarai peniaga terpilih itu di sini - https://www.asus.com/my/events/info/activity_buymaxwindealers/

Untuk promosi hadiah percuma ini, hanya satu hadiah untuk sebuah pembelian sahaja. Anda tidak boleh tukar hadiah dengan wang tunai atau apa-apa hadiah lain.

Untuk maklumat dan info lebih lengkap, boleh rujuk sini - https://www.asus.com/my/events/info/activity_buymaxwin/
ZenFone Max Series - CNY Buy Max & Win!

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement