Cara tukar password Wifi di rumah. Anda nak tukar password wifi di rumah atau mungkin wifi di pejabat atau kedai makan anda? Jika anda menggunakan servis perkhidmatan internet daripada TM Streamyx, dan dibekalkan modem atau router jenis TP-Link, boleh ikuti panduan cara tukar password atau kata laluan Wifi yang saya kongsikan di bawah ini.

Sebenarnya, saya tulis tatacara ni disebabkan ada permintaan daripada pembaca blog saya untuk ketahui bagaimana nak tukar password Wifi di rumah. Menurutnya, ia diperlukan supaya dapat sekat penggunaan Wifi tanpa kebenaran, dan juga untuk elakkan anak-anak senang nak akses Wifi di rumah.

Cara Tukar Password Wifi di Rumah Dengan Mudah

Cara Tukar Password Wifi di Rumah
Tatacara nak tukar password Wifi ini adalah lebih senang dan mudah jika dibandingkan dengan tatacara nak tukar password Streamyx yang pernah saya kongsikan. Dan kepada yang masih belum tahu, sekarang ni dah tak boleh nak tukar password Streamyx ni sendiri, anda perlu menghubungi pihak TM untuk tukar password Streamyx anda.

Cara Tukar Password Wifi di Rumah Modem TP-Link


Apa yang boleh anda buat ialah tukar password Wifi di rumah anda sahaja. Ia tak libatkan akaun Streamyx anda secara langsung, tetapi jika tersilap, anda mungkin tidak dapat akses internet langsung. Jadi, jika nak tukar password atau kata laluan Wifi Streamyx di rumah, ikuti langkah-langkah yang akan saya tunjukkan ini dengan teliti.

[Update] Cara Tukar Password Unifi Wifi Kelajuan Tinggi

Ok. Pertama sekali, untuk tukar password Wifi Streamyx di rumah, anda perlu tahu link konfigurasi modem atau router anda. Bagaimana nak tahu link tersebut? Sila semak samada di belakang atau di bawah modem anda, akan ada IP ditulis seperti ditunjukkan di bawah. Ia akan berikan alamat IP disertakan dengan username serta password (jangan sesekali tukar).

Modem Router TP-Link

Langkah 1

Buka pelayar internet anda, samada Crome, Firefox. Tapi saya lebih syorkan anda buka Internet Explorer (IE) atau versi terkini Microsoft Edge. Taip IP yang diberikan ke kekotak alamat di pelayar internet.

Jika anda menggunakan modem router TP-Link Model TD-W8961N, IP adalah 192.168.1.1 dengan username: admin dan password: admin. Jika anda gunakan modem router lain, biasanya IP lebih kurang sama sahaja iaitu 192.168.1.1 cuma mungkin beza pada username atau password (tmadmin/tmadmin atau admin/password atau)

Langkah 2

Langkah seterusnya adalah berdasarkan antaramuka (interface) untuk modem router TP-Link TD-W8961N. Setelah login menerusi IP tadi, paparan di bawah akan keluar, pilih bahagian 'Interface Setup' dan pilih 'Wireless' [1]. Lihat pada [2], jika anda mahu nama Wifi anda kelihatan kepada awam, pilih Broadcast SSID sebagai Yes.

Jika mahu sorok Wifi anda, pilih No. Pilih WPS sebagai Yes untuk lebih keselamatan tambahan.

Cara Tukar Password Wifi di Rumah


Langkah 3

Letak nama SSID atau nama Wifi baru anda (jika mahu). Anda boleh tukar ikut suka tanpa ada masalah, cumanya jika anda sorok nama (Broadacast SSID = No) Wifi anda, pastikan anda ingat nama ni.

Contohnya "Ini Wifi Aku Punya" atau "Wifirumah" atau "Nak Kena Santau Ke?" .. anda kena masukkan nama Wifi secara manual dan tak boleh gunakan fungsi Search Wifi pada peranti seperti laptop anda. Nasihat saya, letaklah nama yang simple tapi mudah diingati oleh anda. Letak la nama isteri ke, nama anak ke .. atau nama awek cun yang menjadi ingauan anda pun boleh .. keh keh keh.

Cara Tukar Password Wifi
Authentication Type tu, pilih seperti apa yang ditunjukkan pada [3] tu. Ini adalah jenis yang biasa digunakan oleh kebanyakan gajet termasuk smartphone anda untuk dapatkan Wifi.

Langkah 4

Ini adalah langkah paling penting untuk tukar password Wifi Streamyx di rumah. Anda boleh langkau step sebelum ini jika tak mahu ubah apa-apa, tetapi untuk menukarkan password Wifi lama ke password Wifi yang baru, maka langkah ini adalah wajib anda buat.

Pastikan ruang Encryption tu diisi atau pilih TKIP/AES. Dan ruang pada Pre-Shared Key itu .. letakkan password baru Wifi anda. Password anda perlu miliki lebih 8 karektor terdiri daripada nombor dan juga huruf. Anda juga boleh letakkan campuran huruf kecil dan huruf besar serta karektor istimewa.

Langkah 5

Cara Tukar Password dan Sorok Wifi di Rumah
Pastikan langkah terakhir anda buat untuk tukarkan password Wifi ialah dengan tekan atau klik butang SAVE. Jika tak buat, maka apa yang telah anda lakukan dari awal tadi tak akan bawa apa-apa kesan. Pastikan ia refresh sendiri apabila selesai tekan butang Save tersebut.

Kemudian, restart balik modem router anda tekan klik butang on/off.

Kenapa Nak Tukar Password Wifi Streamyx?

  • Jika tak mahu orang lain gunakan Wifi anda tanpa kebenaran.
  • Jika mahu hadkan penggunaan Wifi di rumah anda.
  • Jika anda sendiri terlupa password Wifi anda.
  • Jika anda sendiri terlupa nama Wifi anda - lebih-lebih lagi andai anda set Broadcast SSID = No.
  • Jika anda gunakan modem router yang baru.
Saya harap perkongsian ini dapat membantu sesiapa sahaja yang mungkin cari cara bagaimana nak tukar password atau kata laluan Wifi di rumah.

Satu ingatan paling penting - Jangan sesekali anda masuk ke Internet Setup dan tukar username dan password pulak, akibatnya anda tak boleh nak akses ke internet. Ia adalah username (akaun streamyx/unifi) dan password untuk akses internet. Ingat ni.
Untuk lihat aktiviti akaun Streamyx dan Unifi anda, boleh ke laman web mereka yang baharu di sini - https://unifi.com.my/unifi-en/index.page

Dan jika anda nak mencari modem router yang baru, dengan Wifi berkelajuan tinggi, boleh semak di sini - http://invol.co/cleOC atau nak lebih power boleh tengok tawaran khas di sini - http://invol.co/cleOD

Selamat mencuba.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Asalam saya memang nak tukar pasword tetapi hari tak berjaya..terunstall..alamak payahnya nak kembali kan line internet

    BalasPadam
  2. untuk modem D-Link macamana bos?

    BalasPadam
  3. bos..bole wasap tak..lgi mudah nak stadi@tnya..
    atau bos ada FB..nti sy PM

    BalasPadam
  4. Salam tuan...saya terlupa password wifi ape perlu sy buat...tuan ade whtsapp x lg mudah utk tnya soalan nnti..tq

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement