Cara Melabur Dalam Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)


Cara Melabur Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Bagaimana nak memulakan pelaburan di dalam unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)? Ramai sebenarnya di kalangan kita yang tahu kewujudan AHB, tetapi tidak tahu cara nak daftar, cara nak buka akaun dan cara untuk melakukan pelaburan AHB ini.

Orait. Kepada mereka yang masih kurang tahu mengenai pelaburan unit Amanah Hartanah Bumiputera, anda boleh baca post sebelum ini yang telah saya sediakan - Info Ringkas Pelaburan AHB

Cara Melabur Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Cara Melabur Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
Apabila dah ketahui serba sedikit mengenai pelaburan AHB, maka bolehlah memulakan langkah untuk membuat pelaburan hartanah pertama anda. Tak susah sebenarnya untuk daftar, buka akaun dan memulakan pelaburan dalam AHB ni.
Pelaburan anda ditaja menerusi dana pelaburan hartanah oleh pihak Pelaburan Hartanah Berhad. Ia sebuah syarikat pelaburan hartanah yang merupakan subsidiari dari Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera. Manakala, pengurusan unit amanah di lakukan oleh Maybank Asset Management Sdn Bhd. Pemegang amanah bagi dana ini ialah AmanahRaya Trustees Berhad.
Ikuti langkah serta tatacara yang saya kongsikan ini. Paling penting anda perlu ada modal pelaburan anda, iaitu minima RM100. Sebelum ini RM1000, dan kemudiannya RM500. Tetapi sebab dana pelaburan AHB sudah bertambah, dan semakin ramai yang melabur dalam AHB ... maka nilai pelaburan awal dikurangkan bagi memudahkan lebih ramai Bumiputera untuk melabur dalam bidang hartanah perdana di Malaysia.

7 Langkah Untuk Memulakan Pelaburan Hartanah Dalam Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

  1. Cari dan pergi ke mana-mana cawangan Maybank. Ini adalah kerana Maybank Asset Management Sdn Bhd yang menguruskan dana pelaburan AHB ini.
  2. Jumpa dengan pegawai bank atau terus minta bantuan di Kaunter Pertanyaan berkaitan pelaburan AHB. Beritahu niat anda - samada nak buka akaun pelaburan atau tambah pelaburan dalam AHB.
  3. Kemudian, anda akan diarahkan untuk berunding dengan Eksekutif Kewangan (FE) di cawangan Maybank tersebut (jika baru nak buka akaun) untuk menjelaskan mengenai AHB dengan lebih terperinci. Anda perlu faham dulu mengenai pelaburan ini - berkaitan cara diuruskan, bila dividen diberikan, berapa kadar dividen anda dapat, apa kelebihan anda perolehi dan banyak lagi. Prospektus pelaburan hartanah menerusi AHB juga akan diberikan.
  4. Isi borang "Borang Pendaftaran - Akaun Dewasa" atau "Borang Pendaftaran - Akaun Kanak-Kanak / Remaja" yang mana berkenaan. Ya, anda boleh memulakan langkah awal dengan membuka akaun pelaburan AHB untuk anak-anak anda. 
  5. (Sila ambil perhatian bahawa anda akan diminta untuk memberikan nombor akaun bank dalam borang tersebut. Ini adalah untuk memudahkan pembayaran dividen, jika ada, yang dividen akan dibayar terus ke akaun anda. Akaun bank selain Maybank boleh diterima tetapi caj minimum akan dikenakan untuk menampung kos urus niaga apabila dibayar dividen. Sebagai alternatif, anda boleh membuka akaun Maybank baru pada deposit minimum RM10)
  6. Kemukakan borang yang lengkap bersama-sama dengan kad pengenalan anda, atau/asal Sijil Kelahiran Mykid (untuk individu yang berumur 3 bulan hingga 18 tahun). Saya sarankan anda buat salinan siap-siap untuk percepatkan proses sebelum ke Maybank.
  7. Buat pembayaran jumlah pelaburan sama ada dalam tunai atau cek kepada jurubank di kaunter. Selepas itu, satu salinan disahkan daripada "Borang Pendaftaran" akan dikeluarkan kepada anda sebagai bukti pelaburan anda. Simpan borang ini sebagai rujukan di kemudian hari.

Selesai. Mudah je tak untuk buka akaun pelaburan AHB ni? Jika anda pergi ke cawangan Maybank yang tak berapa ramai pelanggan di kaunter, memang cepat sekali proses-proses ini.

Nah .. sekarang anda sudah menjadi pelabur dalam bidang hartanah di Malaysia !! Dan bukan sebarang hartanah ye .. ini adalah hartanah-hartanah premium yang pasti memberikan pulangan berganda dengan setiap pelaburan yang anda buat.
AHB adalah dana yang disokong aset patuh Syariah dengan harga tetap sebanyak RM1 seunit dan pelabur Bumiputera boleh menyertai pemilikan benefisial aset hartanah dengan menyediakan aliran pendapatan yang konsisten kepada mereka. Dana itu boleh dilanggan di cawangan Maybank di seluruh negara.

AHB Tiada Buku Pelaburan

Oh ya, tiada buku pelaburan untuk anda dalam AHB ini. Tidak seperti ASB atau ASN, anda akan diberikan buku pelaburan kan? Tetapi AHB hanya akan berikan penyata pelaburan anda setiap 6 bulan yang akan diposkan kepada anda.

Tempoh Kewangan Berakhir

Sebagai pengetahuan anda juga, bulan tamat tempoh kewangan bagi AHB ialah pada September setiap tahun. Jadi, anda boleh andaikan bahawa anda akan terima penyata sekitar bulan Mac/April dan juga September/Oktober. Dan anda akan juga terima satu baucer untuk pengeculian cukai pendapatan anda. Dalam baucer tersebut ada jumlah RM pengecualian cukai yang boleh anda tuntut semasa mengisi borang cukai LHDN.

Jadinya, anda akan terima kadar agihan keuntungan atau dividen pelaburan anda sebanyak 2 kali dalam 1 tahun kewangan berakhir. Ya... dua kali dividen !! Dan setakat ini, secara puratanya kadar agihan keuntungan atau dividen sekitar 3.0 - 3.3 sen seunit.

Fakta Agihan Keuntungan (Dividen) AHB

Meh saya kongsikan sedikit fakta mengenai nilai agihan keuntungan atau dividen ini yang diberikan sejak dari tahun 2011 hingga 2015. Dua kali setahun tu tau .. hoho.
Kadar Dividen AHB Dari 2011 hingga 2015
Menerusi penyata pelaburan AHB yang anda dapat, anda akan nampak jumlah pelaburan semasa anda, jumlah pelaburan ditambah (jika ada) serta nilai pulangan yang anda terima untuk seunit unit amanah pelaburan hartanah anda.

Dividen Dibayar Terus Ke Akaun Bank (Bukan Akaun AHB)

Anda tidak akan nampak pertambahan pelaburan menerusi pulangan yang anda terima, sebab pulangan atau agihan keuntungan ini akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda - dalam hal ini, akaun Maybank anda (samada simpanan atau semasa). Anda akan nampak bayaran dividen ini dikreditkan dalam akaun bank seperti di bawah.
Dividen AHB dalam Akaun Maybank

Cara Tambah Pelaburan AHB

Ok. Dah buka akaun pelaburan AHB, sekarang bagaimana nak tambah pelaburan dalam unit amanah hartanah ini?

Ada dua cara - menerusi bayaran tunai/cek terus ke kaunter dengan borang AHB atau menerusi pengeluaran dari KWSP.
[Baca] Ketahui Teknik Saham Terbaik
Disebabkan saya tiada pengalaman dalam menambah pelaburan menerusi KWSP, jadi tak dapatlah saya nak ceritakan kepada anda. Apapun, tak susah pun nak tambah pelaburan AHB ni. Apa yang perlu anda buat adalah datang ke mana-mana cawangan Maybank anda, isi borang AHB yang disediakan. Kalau boleh, anda bawa penyata anda untuk lihat nombor akaun pelaburan AHB anda. Anda kemudian diminta ke kaunter bayaran untuk memasukkan wang pelaburan tambahan. Slip dari borang penambahan pelaburan AHB yang disahkan akan diberikan, simpan untuk rujukan anda.

Aha .. senang je kan? Anda boleh buat penambahan pada bila-bila masa sahaja.

Point Penting Bila Melabur Dalam AHB

Point penting pertama ialah anda perlu ada akaun Maybank untuk mudahkan anda terima agihan keuntungan atau dividen. Point kedua ialah anda hanya boleh berurusan di kaunter pembayaran sahaja - samada untuk buka akaun pelaburan AHB atau menambah pelaburan AHB.

Point akhir yang paling penting - sila dokumenkan segala urusniaga yang anda buat dan terima mengenai AHB ni. Slip pembayaran, penyata dan baucer pengecualian cukai perlu disimpan elok-elok.


In Sha Allah, di lain post saya akan ceritakan pula mengenai beberapa kelebihan melabur dalam AHB, dan saya akan senaraikan hartanah-hartanah perdana yang menjadi 'milik' anda di Malaysia setelah anda melabur dalam Amanah Hartanah Bumiputera ini. :)

So, isi email anda di ruangan disediakan di bawah untuk tidak ketinggalan mengetahui mengenainya.

{ 8 comments.. read them below or add one }

siti hazreen siti hazreen January 05, 2017
alhamdulillah saya pun dh melabur dalam AHB nih ;)
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 11, 2017
Terima kasih, moga dengan perkongsian ini boleh buat orang faham cara nak melabur dalam AHB
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 11, 2017
Alhamdulillah. Mudah-mudahan lebih ramai Bumiputera akan melabur dalam Unit Amanah ini ..
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 12, 2017
Alhamdulillah, jangan lupa untuk tambah pelaburan dalam AHB ni. Jika nak income bertambah .. biar duit bekerja untuk kita .. :)
eazaq .... eazaq .... January 14, 2017
Nice sharing. Bagaimana dengan tahap kecairan? Ada caj2 perkhidmatan tak untuk tahun 2017? Sebab sebelum2 ini yang saya dengar tiada cas. Mohon pencerahan. Terima kasih

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.