Borang Permohonan Rumah Amanjaya. Rumah Amanjaya merupakan hasil penjenamaan semula rumah kos rendah di bawah seliaan Kerajaan Negeri Perak. Secara amnya, projek Perumahan Amanjaya ialah projek perumahan kos rendah yang mempunyai reka bentuk setaraf rumah kos sederhana. Projek pembangunan dijalankan oleh kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).

Saya pernah berkongsi info berkaitan peluang untuk memiliki rumah kos rendah kerajaan Negeri Perak sebelum ini. Hasil perkongsian saya itu, lebih daripada 19 ribu orang telah berkongsi maklumat berkaitan borang permohonan pembelian rumah kos rendah kerajaan Negeri Perak.

Permohonan Rumah Kos Rendah Amanjaya

Permohonan Rumah Kos Rendah Amanjaya
Kali ini, saya ingin berkongsi peluang baru yang kini dibuka untuk mereka yang masih lagi belum mempunyai rumah sendiri menerusi Projek Perumahan Amanjaya. Syarat untuk memohon tidak banyak berubah, tetapi ada beberapa kelonggaran berbanding projek perumahan kos rendah terdahulu.

Permohonan Rumah Kos Rendah Amanjaya Perak
Projek Perumahan Amanjaya ini merupakan projek perumahan baharu yang disasarkan lebih meluas, iaitu untuk golongan kategori B40. Ini bermakna lebih ramai rakyat negeri Perak dapat merasai peluang dan memohon untuk membeli dan memiliki rumah sendiri menerusi permohonan rumah Amanjaya.

Menerusi Rumah Amanjaya, rakyat negeri Perak bakal mendapat rumah yang lengkap dengan ruang tamu, ruang makan, dapur, tiga bilik tidur dan dua buah tandas berkeluasan 860 kaki persegi. Menariknya ialah, ia ditawarkan dengan harga yang cukup murah iaitu berharga RM70,000 di bawah subsidi kerajaan.
[post_ads]
Daripada sumber yang saya dapat, Kerajaan Negeri merancang membina sehingga 1,200 unit Rumah Amanjaya ini sehingga tahun 2018. Jadi, jika anda berminat, boleh muat turun borang permohonan rumah Amanjaya ini di bawah.

Borang Permohonan Rumah Kos Rendah Amanjaya


Untuk gunakan borang di atas, lalukan tetikus, dan klik pada kekotak di hujung. Anda boleh pilih untuk simpan (save-as) atau terus cetak (print). Secara alternatifnya, anda juga boleh mendapatkan borang permohonan rumah Amanjaya ini menerusi Pejabat Daerah dan Tanah seluruh negeri Perak atau muat turun di laman Perak Today.

Syarat Permohonan Rumah Amanjaya

Syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemohon belum memiliki sebarang rumah.
  • Pendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM3,000 sebulan.

[post_ads_2]
Borang permohonan rumah Amanjaya dengan dokumen lengkap perlu dikembalikan semula ke LPHP seperti tertera dalam borang. Mereka yang mengisi borang dengan lengkap dan tepati syarat serta terdapat projek perumahan Amanjaya seperti daerah yang telah ditandakan, akan dijemput untuk cabutan pemilihan.

Semoga berjaya. Jangan lupa untuk kongsikan kepada yang lain ye.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement