Langkau ke kandungan utama

Permohonan RPP Langkawi - Federal Villa Berjaya

Alhamdulillah. Lama betul tak bercuti ke Pulau Langkawi. Setelah mencuba beberapa kali, isteri saya telah dapatkan tempahan secara online Hotel Federal Villa, yang merupakan salah satu daripada Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) yang disediakan oleh pihak SBBPH.

Kali terakhir bercuti ke Pulau Langkawi adalah pada tahun 2014. Dan ketika itu juga, kami sekeluarga dapat merasai percutian penuh bajet, menginap di Rumah Persekutuan Langkawi - Federal Villa. Memang best dapat menginap di RPP Langkawi ni .. biliknya luas dan selesa.

Permohonan RPP Langkawi - Federal Villa Berjaya

Bilik RPP Langkawi
In Sha Allah, kali ini kami akan menginap selama 2 hari di Bilik Suite Federal Villa yang merupakan sebuah banglo dengan 4 bilik Suite berasingan. Dan dalam setiap bilik Suite itu pula, terdapat 2 bilik lain untuk para tetamu. Jadi, bayangkan .. dengan membayar serendah RM180 semalam, anda akan dapat sebuah suite yang serba serbi lengkap serupa sebuah apartment.
[Baca] RPP Langkawi - Federal Villa
Ramai sebenarnya yang ingin menempah Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) yang disediakan khas untuk kakitangan kerajaan ini, tetapi agak sukar untuk mendapatkan tarikh dan bilik yang sesuai. Al maklumlah, biliknya terhad, dan nak cari tarikh yang kosong tu memang gila kentang susah.

Tapi entah macamana, mungkin rezeki .. isteri saya berjaya buat tempahan baru-baru ini, dan saya pun telah selesai membuat pembayaran untuk penginapan di RPP Langkawi ni.
Bukti tempahan RPP berjaya
Jika anda seorang kakitangan kerajaan, cuba ambil peluang untuk pergi bercuti dan menginap di seleksi RPP yang ada. Memang berbaloi-baloi. Untuk cara tempahan, boleh baca artikel yang saya telah tulis di sini - Cara Buat Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
In Sha Allah, bila tiba masanya nanti .. saya akan kongsikan kisah percutian ini kepada anda semua. Kalau rasa nak tengok perkongsian gambar-gambar menarik di sana nanti, ikuti saya di Instagram Hasrul Hassan ye.

Mungkin kali ini, kami nak cuba ambil pakej sarapan yang disediakan ...sebab setahu sayalah RPP yang lain tak ada menyediakan servis ni. Yelah, RPP Langkawi selain RPP Port Dickson yang gunakan operator dari hotel. Harga pula nampak sangat berbaloi iaitu hanya RM8.00 seorang .. huhuu dan kanak-kanak cuma RM5.00 seorang. Saya baru tahu selepas baca terma syarat yang terkandung khas untuk RPP Langkawi - Federal Villa ni.
Syarat terma menginap di RPP Langkawi
Untuk mereka yang teringin nak menginap di RPP, baca tips ini dulu - Tips Untuk Dapat Tempah Rumah Peranginan Persekutuan

Semoga berinformasi. :)

advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …

iklantwo