Tarikh Daftar dan Kemaskini Permohonan BR1M 2018

Pendaftaran dan kemaskini maklumat berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M 2018 - Untuk makluman kepada mereka yang layak memohon dan yang telah layak BR1M, proses pendaftaran baru dan pengemaskinian maklumat boleh dilakukan mulai tarikh 27 November sehingga 31 Disember 2017.

Maklumat dan info berkaitan tarikh daftar BR1M 2018 dan kemaskini maklumat penerima bantuan ini ada dimaklumkan menerusi pamplet yang diedarkan oleh pihak LHDN. Anda boleh lihat pamplet tersebut di akhir post ini, dan anda boleh muat-turun secara percuma sebagai panduan permohonan dan penerima BR1M 2018.

Tarikh Pendaftaran dan Kemaskini BR1M 2018

Tarikh Daftar dan Kemaskini BR1M 2018
Tarikh Daftar dan Kemaskini BR1M 2018
Dalam Bajet 2018, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa skim Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M akan diteruskan untuk tahun 2018. Ia bakal memanfaatkan lebih 7 juta penerima BR1M seperti tahun sebelum ini, dengan peruntukan RM6.8 bilion. Jumlah maksima wang tunai yang diterima oleh penerima BR1M juga kekal sebanyak RM1,200.

Pembayaran, Syarat Kelayakan dan Cara Daftar BR1M 2018

Pembayaran BR1M 2018 akan dilaksanakan bermula pada bulan Februari 2018 melibatkan 3 kategori penerima seperti BR1M 2017:
  • Kategori 1 - Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah - RM450 (Feb)
  • Kategori 2 - Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 - RM300 x 3 (Feb, Jun, Ogos)
  • Kategori 3 - Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah - RM400 x 3 (Feb, Jun, Ogos)
Syarat kelayakan untuk memohon BR1M 2018 kekal seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Untuk sebarang pendaftaran baru BR1M dan juga kemaskini data penerima dan pemohon, salinan dokumen-dokumen di bawah perlu disertakan sebagai sokongan dan bukti:
  • MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  • Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  • Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Proses pendaftaran baru BR1M 2018 serta kemaskini maklumat penerima boleh dilakukan menerusi cara-cara berikut:
  1. Hadir ke mana-mana cawangan LHDN seluruh negeri atau Pusat Khidmat Hasil atau mana-mana UTC LHDN
  2. Portal rasmi BR1M iaitu di https://ebr1m.hasil.gov.my
Jika anda mahu membuat permohonan baru BR1M 2018, dan kemaskini maklumat berkaitan, anda boleh lakukan mulai 27 November 2017. Sila lakukannya sebelum tarikh akhir 31 Disember 2017.

Makluman Penting BR1M 2018

Adalah sangat penting kepada pemohon dan juga penerima BR1M untuk menggunakan dua cara disebutkan tersebut bagi tujuan permohonan dan kemaskini agar memastikan penerima berada di dalam kategori yang betul.

Keputusan Permohonan 2018

Untuk mengetahui samada permohonan baru BR1M 2018 berjaya atau tidak, atau mahu membuat semakan samada masih lagi sebagai penerima BR1M 2018, anda boleh mengetahuinya atau melakukannya menerusi 4 cara di bawah:
  1. Surat makluman keputusan BR1M akan diposkan menerusi alamat yang telah didaftarkan menerusi borang permohonan.
  2. Semakan secara online menerusi https://ebr1m.hasil.gov.my
  3. Menerusi email yang didaftarkan di dalam borang permohonan
  4. Semakan menerusi aplikasi online mobile yang boleh dimuat-turun di Google Play dan AppStore secara percuma.

Amnya, anda boleh juga terus merujuk ke mana-mana pejabat cawangan LHDN berdekatan dengan anda.

Pamplet BR1M 2018

Untuk lebih info, anda boleh rujuk laman web rasmi BR1M, atau muat-turun pamplet BR1M 2018 di bawah ini, klik kekotak hujung untuk 'save-as' dan cetak sebagai rujukan anda.




Post a Comment

9 Comments

  1. oh !! dah boleh buat permohonan ya.. hee~ kena mohon ni.. mana tau tetiba tahun ni ada rezeki..

    ReplyDelete
  2. Salam. Terima kasih atas perkongsian. Sorry OOT. Macam mana nak embed document macam dekat atas ni ya?

    #TheRealBloggerMak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh tak tahu ke? Hmm rasanya pernah tulis dah kot tips blogging tu

      Delete
  3. Replies
    1. Ya... memang bestlah kalau dapat BR1M ... sbb maksima leh dapat rm1200

      Delete
  4. Terima kasih berkongsi maklumat berkenaan BR1M 2018 ni. Berdasarkan syarat kelayakan, saya salah seorang warganegara Malaysia yang layak. InsyaAllah, pada 27 Nov, saya akan melakukan permohonan di LHDN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mudah mudahan nanti permohonan BR1M diluluskan. Tahun 2018 memang akan lebih mencabar ,,

      Delete
  5. jangan lupa update yee

    https://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/11/20/siapa-yang-perlu-pengecualian-cukai-lebih-banyak-tuan-rumah-atau-penyewa/

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.