Traveloka Banner

Ramai Kecewa Pusat Sains Negara (PSN) Walaupun Masuk Percuma

Pusat Sains Negara Kuala Lumpur kini dibuka kembali untuk kunjungan orang ramai setelah lebih dua tahun ditutup untuk kerja-kerja naik-taraf. Pusat Sains Negara (PSN) telah ditutup sejak Mac 2015, sebelum kembali dibuka semula pada pertengahan Oktober 2017 dengan bangunan berwajah baru serta lebih futuristik.

Kos naik-taraf PSN difahamkan melibatkan peruntukan lebih 20 juta ringgit. Ia melibatkan proses naik-taraf bangunan, selain penambahan beberapa ruang pameran interaktif - self exploration yang baru. Pembukaan semula PSN ini telah mengujakan orang ramai, terutama sekali ibu bapa dan rombongan dari sekolah.

Pusat Sains Negara Dibuka Secara Percuma

Pusat Sains Negara Dibuka Secara Percuma
Untuk meraikan pembukaan semula PSN Kualau Lumpur yang berwajah baru, kadar masuk yang sebelum ini dikenakan sebanyak RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak dan warga emas dimansuhkan sementara, kecuali untuk ruang baru Survivor Bunker.
Pusat Sains Negara Dibuka Secara Percuma

Untuk mengalami apa yang disediakan dalam ruang Survivor Bunker, para pengunjung perlu mendapatkan tiket di kaunter tiket yang disediakan, di pintu masuk bangunan PSN. Survivor Bunker adalah ruang interaktif baru yang menguji tahap ketakutan anda, jadi hanya mereka yang menepati kriteria dan syarat sahaja dibenarkan masuk.

  • [col]
    • Sebagai tambahan ilmu kepada anda, penubuhan Pusat Sains Negara adalah bertitik tolak daripada salah satu cabaran strategik yang disenaraikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam kertas kerja beliau bertajuk Malaysia-The Way Forward yang dirangka pada tahun 1992.
    • Bagi merealisasikan cabaran tersebut, Pusat Sains Negara telah merangka beberapa strategi bertujuan untuk memupuk kesedaran, kefahaman dan penghargaan orang ramai terhadap sains dan teknologi.

Saya dan keluarga dari Parit Buntar Perak telah berkesempatan untuk berada di PSN ini sewaktu cuti sekolah - hari Deepavali, 19 Oktober 2017. Ia sememangnya satu peluang yang telah lama dinantikan oleh anak-anak kami, setelah sebelum ini beberapa kali kecewa (2 kali) bila bercuti ke Kuala Lumpur untuk ke PSN.

Baca Review Mengenai PSN di Facebook

Pusat Sains Negara Dibuka Secara Percuma
Jadi, seperti biasa ... sebelum saya membawa keluarga ke Pusat Sains Negara ini, saya akan buat kaji selidik ringkas dan melihat review pengunjung berkaitan PSN setelah ia dibuka semula pertengahan Oktober 2017.

Dan ....

Ohh alangkah terkejutnya saya apabila mendapati ramai pengunjung awal yang telah berada di PSN menzahirkan rasa kecewa dengan apa yang mereka alami di PSN setelah lebih dua tahun ia ditutup untuk renovation.

Kebanyakan pengunjung yang telah berkesempatan untuk masuk ke PSN secara percuma merasa kecewa dengan apa yang dikatakan 'kerja naik-taraf PSN'. Malah, ada yang mengatakan keadaan PSN lebih teruk sebelum ia dinaik-taraf.

Meh saya kongsikan beberapa pandangan, review ikhlas, serta catatan beberapa pengunjung yang telah menjadi yang terawal berkunjung ke PSN ini sekitar 12-16 Oktober 2017 yang lalu. Semua pandangan ini telah disuarakan menerusi page rasmi PSN.

Komen #1 - Encik Saiful Fazli (link asal)

Ramai Kecewa Pusat Sains Negara Dibuka Percuma

Komen #2 - Mrs Penn Low (link asal)

Ramai Kecewa Pusat Sains Negara Dibuka Percuma

Komen #3 - Puan Khadijah Khalid (link asal)

Ramai Kecewa Pusat Sains Negara Dibuka Percuma
Ada beberapa lagi komen yang meluahkan rasa kecewa dengan apa yang selama ini mereka harapkan apabila PSN selesai dalam kerja pengubahsuaian. Pengunjung pasti mengharapkan PSN yang berwajah baru akan berikan lebih kegembiraan dan keseronokan untuk pengunjung.

Rata-rata pengunjung yang telah pergi ke PSN yang dibuka secara percuma sejak Oktober 2017 menyatakan rasa kecewa mengenai beberapa perkara:

  • PSN yang mempunyai dua tingkat atrium sepatutnya penuh dengan pelbagai self-exploration yang baru seperti diharapkan, tetapi ruang tersebut masih lagi nampak belum lengkap, lebih-lebih lagi bahagian tingkat kedua yang agak kosong.
  • Kekurangan staff atau kakitangan PSN untuk membantu dan supervise beberapa ruang pameran.
  • Keadaan tandas yang berbau busuk serta kotor dan masih kelihatan sama seperti dahulu, walhal PSN ditutup selama lebih 2 tahun untuk pengubahsuai dan penambah-baikan.
  • Bahan pameran lapuk, dan ada yang sudah rosak masih diletakkan. Pengunjung mengharapkan bahan pameran yang lebih segar.
  • Kantin yang bersebelahan bangunan utama agak kecil dan sempit, tak mampu nak memuatkan ramai pengunjung yang mahu melepaskan rasa lapar dan dahaga,
  • Kedai cenderahati juga mengecewakan kerana tak banyak produk PSN yang boleh dijadikan sebagai kenangan.
  • Ruang pameran ikan (fish tank) kelihatan agak kotor seperti tidak diselenggara secara berkala.

Aha .. itulah antara isi beberapa komen yang telah diberikan oleh beberapa pengunjung ke PSN.

Saya tak pasti samada pihak Pusat Sains Negara atau MOSTI melihat dan membaca komen-komen ikhlas yang diberikan oleh pengunjung PSN ini. Pun begitu, ada satu balasan komen yang dibuat oleh pihak yang mengendalikan page FB PSN.

Kerja Naik-Taraf Belum Selesai Sepenuhnya

Berikut adalah komen balasan yang diberikan:

"Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Setelah projek penggantian bumbung disiapkan, PSN akan masih melalui proses penaiktarafan secara berperingkat. Penutupan sepanjang tempoh sebelum ini adalah lebih difokuskan kepada projek penggantian bumbung kami. Oleh yang demikian, sepanjang penaiktarafan secara berperingkat ini PSN akan dibuka secara percuma sehingga diberitahu kelak. Sekian, terima kasih." - Sumber Page PSN.

Hmm ... ini bermakna, proses naik-taraf yang telah bermula sejak bulan Mac 2015 masih belum selesai sepenuhnya? Uhh waduhh waduhhh .... adakah ini menyebabkan banyak ruang pameran nampak kurang lengkap? Tandas berbau busuk? Bahan pameran lapuk?

Nyata ramai yang teruja dengan penampilan luaran bangunan Pusat Sains Negara yang lebih segar namun kecewa apabila melangkah kaki masuk ke bahagian pameran.

Takpe. Walaupun komen-komen serta review diberikan kelihatannya bersifat kurang memberansangkan, saya dan isteri tetap sepakat untuk bawa anak-anak ke PSN. In Sha Allah, nantikan kisah pengalaman kami berada di PSN di dalam post akan datang.
Pusat Sains Negara Dibuka Secara Percuma
Survivor Bunker Pusat Sains Negara
Untuk tidak ketinggalan mengetahui cerita kami semasa berkunjung ke PSN ini, jangan lupa untuk langgan blog ini secara percuma di sini - Subscribe to HASRULHASSAN.COM by Email

Oh ya, walaupun banyak komen yang tak best diberikan, namun ramai suka dengan ruang Survivor Bunker ... aha, yang ni saya dan 3 orang anak saya sempat rasai. Nanti, jangan lupa baca ye.

PSN dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Masuk adalah percuma kecuali untuk Survivor Bunker.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

11 Comments

  1. Erkk ye ke? Mama X penah dtg lagi sejak renovate ni. Dulu sebelum renovation mama puas Hati walaupun. Ada beberapa bahan pameran yg rosak. Nanti Ada masa mama ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti pergilah tengok, dia cakap proses tambahbaik dan naik taraf adalah berterusan

      Delete
  2. ok nampaknya kena tunggu post yang seterusnya =)

    ReplyDelete
  3. Masa.2,tahun belum cukup untuk proses pengubah suaian kot

    ReplyDelete
  4. kena tunggu 2 tahun lagi untuk diubahsuai semula.

    https://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/10/16/apa-nombor-cukai-pendapatan-saya/

    ReplyDelete
  5. pernah g dulu sekali je ms zman lawatan kolej..ada la tu problmnya,, duit tak ckup kot

    ReplyDelete
  6. wow 20 ribu tapi bahan pameran tak ditukar ganti..hurmmm

    ReplyDelete
  7. Mummy dah pernah pergi sekali sebelum tutup... macamana komen org luar kena pi sendiri jugak.. baru tau . lgun tiket takdelah mahal sangat kan dengan 4 aras pameran yg boleh dilawati...

    ReplyDelete
  8. Pelawat yg dtg hanya sebab nak seronok. Sedangkan pusat sains negara ialah tempat utk menimba ilmu sains dan teknologi secara tak formal. Tapi sebaliknya berlaku. Banyak bahan pameran rosak kerana pelawat sendiri tak membaca arahan. Tam sampai satu bulan bukak dah banyak bahan pameran rosak. Pelawat tak reti menggunakan kemudahan yang ada. Sampah dibuang merata tempat termasuk lampin pakai buang bayi. Bersepah sepah. Sampah makanan dan minuman bertaburan. Sedangkan terpampang jelas peraturan melarang makanan dan minuman dibawa masuk. Minda rakyat masih di belakang. Hanya suka cari salah orang lain dan tak sedar diri sendiri datang meninggalkan tahi.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.