Pepagi dah menghadap menu resepi best daripada isteri saya, iaitu Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah. Fuh ... walaupun isteri saya baru pertama kali mencuba resepi Ayam Berempah, tapi memang sedap. Aha .. nyata isteri saya seorang yang memang hebat memasak .. alhamdulillah.

Paling syok ... andai suami isteri pandai memasak, memang bahagia rumahtangga, in Sha Allah. Jika anda seorang wanita yang mencari pasangan suami, cubalah cari dan pikat lelaki yang boleh memasak, ia akan bantu banyak dalam urusan rumahtangga anda.

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah
Memandangkan saya dah merasa resepi sedap isteri saya Ayam Goreng Berempah ni, maka saya nak kongsikanlah kepada anda. Saya nak kongsikan resepi ayam goreng je, tang Nasi Lemak ni, boleh rujuk post lain .. hahaha...

Jom .. mari lihat bahan-bahan untuk menyediakan resepi Ayam Goreng Berempah ini. Pastikan anda gunakan bahan-bahan yang segar, barulah rasa sedap tanpa sebarang bahan penambah perisa .. huhu.

Resepi Ayam Goreng Berempah

Resepi Sedap Ayam Goreng Berempah

Bahan-Bahan

  • 10 ketul ayam
  • 3 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • setengah inci lengkuas*
  • 3 batang serai*
  • 1 sudu besar ketumbar*
  • 1 sudu teh jintan manis*
  • 1 sudu teh jintan putih*
  • 2 sudu besar tepung jagung 
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 tangkai daun kari
  • garam secukupnya

Cara Penyediaan Ayam Goreng Berempah

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda (*). Nak tumbuk dengan lesung batu atau giling pun boleh ... hehehe... 
  2. Kemudian, gaulkan bahan yang telah dikisar dengan ayam yang telah dibersihkan.
  3. Masukkan tepung jagung, serbuk kari, serbuk kunyit dan daun kari.
  4. Masukkan juga garam.
  5. Perap selama setengah jam sebelum anda goreng ayam tersebut sehingga garing.

Untuk rasa lebih pedas, boleh tambahkan serbuk cili ketika menggaulkannya.
Resepi Ayam Goreng Berempah
Mudah je resepi ni, dan bolehlah anda makan samada dengan nasi lemak atau untuk hidangan tengahari anda. Ia tambah sedap kalau dihidangkan dengan nasi panas atau nasi kukus.
Selamat mencuba ... :)

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ya..memamg nampak sedap ..

    Pasti rasa juga sedap nie..

    BalasPadam
  2. perghhh..bergetar otot otot perut tgk hidangan kat atas

    BalasPadam
  3. sesekali pekena nasi lemak ayam berempah ni memang best...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Tak boleh makan selalu Nasi Lemak dengan Ayam Berempah ni.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement