Ramai yang takut nak melabur dalam saham, terutama sekali di Bursa Malaysia (dulunya BSKL). Apa yang mereka berasa takut dan risau adalah modal pelaburan itu akan jadi hangus, tak dapat apa-apa, mereka risau takut rugi. Aiyakkk .. rugi dalam bisnes jual burger pun ada maa, cuma bezanya melabur saham tak perlukan keringat sangat, apa yang diperlukan adalah ilmu saham.

Saya tak nafikan dah ramai mencuba melabur di dalam pasaran saham. Pengalaman saya dulu, semasa bekerja di sebuah syarikat broker saham, orang akan banyak dan sanggup melabur dalam modal yang besar selepas dapat untung yang besar. Tapi, saya nak tanya .. bagaimana nak dapat untung besar tu, kalau tak dimulakan dengan pelaburan yang kecil? Sekecil modal RM100 untuk mula melabur dalam pasaran saham.

Melabur Saham Modal Cuma RM100

Melabur Saham Modal Cuma RM100
Ada yang tidak tahu, dan mungkin kekurangan info bahawa untuk melabur di dalam pasaran saham, anda boleh bermula dengan modal serendah RM100 sahaja. Ini boleh saya kira modal paling minima untuk memulakan satu pelaburan dalam pasaran saham di Malaysia.

Ramai ingat, nak melabur dalam pasaran saham terutama di Bursa Malaysia perlu ada modal besar, dan kena ada banyak duit, walhal hakikatnya ada je saham-saham syarikat besar yang berpotensi dapat untung menjual dan menyediakan saham mereka dengan harga serendah RM1.00 seunit, bermaksud anda boleh beli 100 lot saham dengan nilai RM100 satu lot.

Tiada pelabur saham yang mahu rugi. Walaupun RM100 itu nilainya tidaklah besar sangat, namun kalau dah rugi .. ia akan jadi satu nilai yang agak besar. Kalau untung? Uhh senyum sampai ke telinga sambil berangan nak itu dan ini ... huhuhu.....

Ok, mari saya berikan anda fakta mengenai pelaburan saham.
Bagaimana Nak Melabur Dalam Pasaran Saham

Untuk mula berniaga (jual-beli) saham secara sah, anda cuma memerlukan modal sebanyak RM10 sahaja. Ia adalah kos membuka akaun CDS. Anda boleh buka akaun CDS dengan mana-mana bank komersil di Malaysia yang mempunyai cabang pelaburannya sendiri, contohnya macam RHB Bank, Maybank, CIMB, HSBC dan banyak lagi.
[Baca] Cara Buka Akaun CDS Untuk Pelaburan Saham
Dan apabila dah ada akaun CDS anda sendiri, anda bebas untuk membuat urusniaga pembelian saham samada menerusi kaunter, mesin ATM, dan platform urus-niaga saham. Platform ini biasanya adalah yang paling popular kerana ia digunakan oleh pelabur aktif yang mahu menjana pendapatan serta keuntungan lebih cepat.

Platform ini pula biasanya disediakan oleh bank-bank pelaburan secara percuma, dengan syarat anda telah mendaftar dan membuka akaun CDS menerusi mereka sebagai agen broker. Saya pernah ceritakan platform ini di sini (salah satunya) - Main Saham Menerusi RHB TradeSmart

Ilmu Untuk Mula Bermain/Urus Niaga Saham

Seperti di awal saya beritahu mengenai pelaburan saham ini, perkara paling penting bukanlah modal, tetapi ilmu pelaburan itu sendiri.

Anda mesti nak tahu, mana satu saham nak beli; mana satu saham yang boleh berikan keuntungan, mana satu pula saham yang rugi. Anda juga tentu nak tahu, bila masa dan waktu untuk mula beli saham dan bila pula masa nak jual sesuatu saham.

Semua yang saya sebutkan itu memerlukan ilmu pengetahuan. Anda perlu belajar dan ketahuinya daripada mereka yang sudah ada pengalaman dan mahir dalam selok-belok melabur saham ini.


Bila sebut pasal pelaburan saham ini juga, satu lagi perkara penting yang anda harus faham ialah pantang-larang dalam pelaburan saham ini. Anda tidak boleh bermain dengan emosi. Anda perlu ada disiplin, dan mesti ikut apa yang telah anda belajar. Ramai kecundang dan raih kerugian kerana terlalu mengikut perasaan.

Macamana nak belajar pasal pelaburan saham ni? Bagaimana nak tahu cara buat untung dalam pelaburan saham dengan modal serendah RM100? Saham apakah yang patut dibeli? Saham yang bagaimanakah boleh berikan keuntungan tinggi? Apakah teknik analisis yang digunakan?
Teknik Pelaburan Saham


Jangan lepaskan peluang untuk belajar serta ketahui teknik rahsia jana untung dalam pelaburan saham ini. Pintu rezeki sudah ada untuk anda, tunggu anda nak ketuk dan masuk dengan ilmu yang terbaik. Mahu elak rugi, maka gunakan panduan ini untuk rujukan anda memulakan pelaburan saham anda dari sekarang.

Ilmu menjaga anda, dan anda menjaga pelaburan anda.

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dah lama nak buka akaun saham dan belajar saham. Tapi sampai sekarang masih belum ada tindakan huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skrang ni dah ada supprt WhatsApp dengan Telegram. Bila ada tanda je saham yang best nak beli, derang akan alert dalam tu. So, kat rumah atau guna smartphone leh terus BUY atau SELL.

      Padam
  2. Kena banyak membaca kan bang untuk tambah ilmu dulu sebelum melabur.. kalau tak jadi lebur... nice info bang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan takat membaca je, kena praktik .. boleh praktik memain dulu dengan platform derang tu ..

      Padam
  3. baru berani beli IPO je..hehe..itupun kena rejek sebab beli sikit je..ada la juga pengalaman :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah juga ye nak beli IPO ni, ramai orang dah mula target IPO ni sbb ia murah, dan boleh buat untung cepat .. lagi2 kalau syarikat tu ada potensi besar jangkamasa panjang.

      Padam
  4. Saya pun dah start melabur saham dah abg Hasrul. bab modal tu xkisah kecil, yang penting kena start dari kecil dulu dan biar rugi xpa, kasi ada pengalaman trade jual beli dulu, kalau nak tunggu ada ilmu lengkap memang lambat lah nak belajar

    http://myrujukan.com/beli-saham-pertama-2017-tecfast-0084/

    BalasPadam
  5. Masih ada ke peluang nak main saham?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement